Bukan nak bercerita tentang kisah sedih ayah masuk hospital. Ini adalah kisah anak-anak pak Hashim yang degil. Selama 5 malam ayah di hospital, hanya malam pertama kami balik tidur rumah. Itupun dah pukul 4.30 am baru balik. Ayah waktu tu masih tak sedar, baru lepas serangan stroke.
Malam- malam seterusnya, kami (anak-anak pompuan) pakat jaga ayah kat hospital. Chik berkesempatan lepak hanya pada malam terakhir sebab terpaksa balik KL. Buat gaji pekerja...
Ada satu malam ibu kononnya dikerah tidur di rumah sebab demam tapi jam 4 pagi Mama balik ajak pi hospital sebab ayah ada sebut nama ibu. So, bergegas ibu ke hospital.
Kami, walau pun tak keluar dengan patah perkataan, tak sanggup tengok mak sendirian jaga ayah. Kesian mak tak cukup tidur dan kepenatan. Dengan kehadiran kami, kurang la sikit penat mak. Boleh jugak mak curi-curi masa untuk tidur. Walaupun kami terpaksa bercakaran dengan guard yang dengan efficiennya menjaga ketat kemasukan pelawat. Situasi ayah waktu di hospital sangat-sangat tak tenteram. Tidur kejap, bangun dan menggelisah. Kejap nak minum, kejap nak solat. Ada saja tak kena terutamanya waktu malam.
Malam-malam sedih tatkala kerisauan kami tinggi, memang tak ada gambar. Tak sanggup rasanya nak bergambar. Bila keadaan ayah dah stabil, barulah ada senyuman diwajah masing-masing. Kalau tak, hati tak keruan mengenang keadaan ayah.
Pukul 12... masih segar. Terima kasih atas sumbangan tikar hitam NSTP sempena family day 2010. Besar jasa tikar ni... dah pi merata tempat, mengikut tuan dia.
Sempat lagi shoru... Balik rumah hanya untuk mandi, basuh baju serba sikut. Masak untuk mak yang jaga ayah kat hospital. Lepas tu bergegas balik ke hospital. Mama, siap bawak komputer lagi. Kami dapat cari ada plug tersorok kat tempat ambulan masuk dan parking. Nyamuk? Banyak, tapi kami pasang ubat nyamuk. Untuk keselesaan.
En Rosman tetiba datang... tanya ada makanan tak. Ceh... bukannya datang bawak makanan. Lagi mau songlap makanan orang. Nyaris ada lebih. Dia lepak kejap, pas tu balik.
Giliran ucu dan mama tido. Tamm masih bertahan. Lepas makan Tamm naik atas teman mak.
Mama dah naik atas. Tamm pulak take over... zzzz. Pada saat ni, Ucu masih belum ada keberanian nak jaga ayah dengan mak. Asyik nak menyebek... biasalah anak bungsu. Cewek habis.
Giliran ibu ialah menjelang subuh. Biasanya ayah kalau nak solat mesti cari ibu untuk wuduk.
Monday, July 30, 2012
Tuesday, July 17, 2012
Aktiviti jogging yang tak menjadi
Biasanya hari Ahad adalah hari gathering ibu, tam and ucu bersama anak-anak berjogging. Lokasinya ialah di taman seksyen 6 Kota Damansara.
Tapi malangnya turun aje bawah, hari tu, hujan turun bagai nak rak. Aktiviti jogging terpaksa dibatalkan. Instead of, balik rumah, kami pi sarapan nasik lemak. Agak-agak jam 8.30am, pasaraya Giant dah bukak... kami pecut pi sana. Jalan-jalan. Uwais pun puas jugak main kat playground sana.

Uwais tak mandi lagi pun...
Sempat shopping baju
Sambutan BH 55 Tahun
Hmmm.... ni la aktivti yang ibu lakukan setelah mendapat jemputan ke majlis makan-makan BH. Mari kita enjoy...
Nasik ambeng, buah manggis dan kek dah bawak turun ke Ad department dulu. Yang ni round 2. Dekat pukul 2pm, kuah durian cicah roti sampai. Tak muat dah perut ibu...
Dalam lif
Tengah menjamu selera... nasik tomato. Air ambik 2. Jus jambu dan coke. Tak hingat
Nasik ambeng, buah manggis dan kek dah bawak turun ke Ad department dulu. Yang ni round 2. Dekat pukul 2pm, kuah durian cicah roti sampai. Tak muat dah perut ibu...
Hakeem kena alergi semasa hadiri kursus di masjid kuning
Cuti pertengahan tahun 2012, Hakeem dihantar ke kursus di masjid Kota Damansara. Hari terakhir, masa ibu pergi ambil dia, aktiviti kem dah habis. Memandangkan dah pukul 5.30pm dan ibu belum solat asar, maka ibu pi solat dulu. Selesai solat baru lah ibu tercari-cari Hakeem.
Bila dah jumpa , punyalah terkejut. Sebelah kiri muka Hakeem bengkak sampai mata pun sepek. Lepas tu bila cek badan tengok penuh bintat. Baju pulak masih pakai baju yang dipakai malam tadi. Alasan tak salin baju sebab beg tertinggal kat atas (tempat peserta perempuan). Mujur, tak buat aktiviti berpeluh. Kalau tak... jenuh nak pengsan orang sekeliling bau Hakeem. Mengikut kata fasilitator mungkin badan Hakeem alergi pada hama carpet... ye la, kat rumah tak dek karpet. pakai tikar buluh jer...

Sebenarnya kursus 4 hari ni kosnya hanya RM50. Murah sangat. Mungkin yang RM20 tu masjid subsidi. Hanya malam terakhir barmalam di masjid untuk Qiamullail.
Happy jer walaupun muka bengkak.
Wednesday, July 11, 2012
Larian MPSJ
Kononnya daftar satu keluarga. Untuk masuk kategori Family. Tapi waktu cuti sekolah budak-budak semua kat kampung. Since dah daftar dan bayar, maka ibu pergi jugakla bersama Uwais dan En Rosman. Tapi bila time lari, En Rosman kata tak mau join. Udahya ibu lari sorang-sorang.
Gambar ni... entah independent photographer mana yang ambik. Kebetulan ada member yang pergi sekali larian tu, dia kata dapat gambar ni. so dia forward gambar ni pada ibu... satu-satunya bukti menunjukkan ibu betul-betul lari. Kalau photographer tu ambik lambat sikit, ibu dah tak lari, Uwais pulak tido sedap sambil menghirup udara pagi yang nyaman...

Pahlawan ciwek... yang kuat menangis
En Rosman dalam proses belajar menjahit setanjak. Maka yang jadi modelnya ialah Hakeem. Kebetulan kepala Hakeem pun besar, sesuai la saiz setanjak untuk dia. Rasanya ni ciptaan En Rosman yang pertama. Lepas, tersebarnya gambar ni kat blog En Rosman, banyak jugak tempahan yang diterima...
Walaupun nampak macho... tapi Hakeem still ciwek... dah besar masih kuat menangis
Walaupun nampak macho... tapi Hakeem still ciwek... dah besar masih kuat menangis