Pusaka KL mengadakan majlis pemasyuran pada 15hb (Sabtu). So malam tu En Rosman bertungkus lumus membuat persiapan di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay KL.
Sebuah suite dengan 2 bilik disedikan untuk AJK bertugas. Lepas Jumaat, kami gerak ke The Zon dari Kota Damansara. Petang masuk ke bilik. En Rosman sebok ke sana sini buat urusan. Ibu dengan budak2 lepak sini...
Gambar kat atas ambik kat website. Ibu tak banyak ambik gambar masa kat sama. Mood kureng dan kebetulan batuk yang sangat kritikal...
Ni gambar kat lobby The Zon. Kecik dan simple aje.
Bawak ni pun koleksi gambar kat lobby...
Petang bawak Uwais dan Hakeem ke swimming pool. K Long dan K Ngah lepak kat atas.
Pemandangan kawasan sekitar memang cantik. Tu pasal harga The Zon ni mahal. Gambar gambar ni ibu ambik masa kat swimming pool.
Memang tak dinafikan... sungguh cantik. Suasana pulak mendung dengan hujan renyai-renyai. Peh... kalau tidor sedap nih.
Maghrib baru naik.
Ini la The Zon, KL
Esok pagi lepas sarapan, En Rosman bawak ke Komplex Kraftangan.
Wednesday, December 19, 2012
Monday, December 17, 2012
Menghadiri majlis pemasyuran PUSAKA KL di Komplek Kraftangan, Jalan Conlay, KL
Ini bukan kali pertama makcik ke Kompleks Kraftangan ni. Pernah jugak ke sini menghadiri event HM dalam tahun 2006 kut...
Kali ni sampai lagi. Dewan yang sama cuma interior design agak berbeza sebab event berbeza.
Ibu kena serang batuk yang teruk. Memang tak boleh membantu apa-apa, dah macam orang semput.
Anak-anak dan ibu bergaya sakan dengan busana ala-ala melayu gitu.

Compassionate leave... di tahun 2012
Untuk tahun ni... insyaallah dah sampai ke penghujung. Compassionate leave 7 hari yang company bagi, 6 hari habis digunakan.
1. Mac 2012
K long disahkan mengidap denggi berdarah. Dimasukkan ke Tropicana Medical Centra, KD selama 5 hari. Kuman akhirnya menjangkiti hati.... Tapi alhamdulillah K long berjaya mengharunginya. Ibu ambik compassionate leave 2 hari.
2. April
Giliran Uwais pulak demam campak. Kuman pergi ke paru-paru pulak. Hospital yang sama, Tropicana Medial Centre. 4 hari di wad. Ibu ambik compassionate leave 2 hari.
3. Julai
Pak Hashim pulak diserang angin ahmar. 6 hari di Hospital Taiping. Ibu ambik compassionate leave 2 hari.
Tuesday, November 27, 2012
Aktiviti cuti di KLCC
Sanggup ibu ambik cuti hari Khamis semata-mata nak bawak Hakeem & Uwais mandi-manda di KLCC. Ibu dah tau kalau ada k long and k ngah mesti depa tangkap boring. So, ibu aje la yang bawak 2 orang anak jantan ibu berjalan-jalan.
Tengah tunggu LRT di Stesyen Bangsar.
Ibu sanggup drive ke ofis di Bangsar dan parking kat parking biasa ibu di office (parking Unilever). Sarapan roti canai dulu kat Liyas Corner, cari tenaga. Dari situ naik bas ke stesyen LRT Bangsar. Dari Bangsar ke KLCC naik Putra LRT.
Dalam LRT. Waktu kerja... ramai la orang. Lepas Masjid Jamek, baru dapat tempat duduk. Jam sekitar 9.30am
Sampai KLCC dalam 10.15am. Background KLCC. Matahari tengah tegak. Alhamdulillah cuaca cantik. Nampaknya ALLAH merahmati percutian ini...
Dah start mandi. Dalam jam 11.15am Uwais dah cakap yang dia nak berhenti mandi sebab kesejukan. Salin baju, main pulak kat playground. Tak lama... main sekejap dah boring. Cuaca panas, playground panas. Tak selesa. Udahnya, masuk balik dalam pool.
Makan time... makanan habis. Ibu pulak hanya bawak 2 ketul bun dan air. Hakeem cakap tak pe... ibu pergi cari makanan kami main sini tunggu ibu. Ibu jalan pi Cold Storage KLCC beli bekalan. Bila ibu sampai kat pool... budak2 ni buat selambe aje main.
Ambik gambar 1.58pm. Dah lebih waktu zohor. Masa ni tengah panas lagi.
Landing cantik aje dalam air...
Dalam jam 2.30pm cuaca dah start mendung. Orang pun dah makin kurang. Dekat jam 3, kami jalan balik ke KLCC. Masa tu hujan dah renyai-renyai. Uwais kepenatan, tidur dalam LRT. Sampai Bangsar, hujan agak lebat. Naik teksi ke tempat parking kereta.
Drive balik ke Kota Damansara dalam hujan. Sampai rumah 4pm... Uwais terus tidur sampai pukul 6. Penat betul

Friday, November 16, 2012
Uwais jadi pengapit dalam keadaan tak de mood
Dapat jemputan sebagai pengapit. Kali ni di Seksyen 7, Kota Damansara. Kebetulan musim cuti sekolah ni, ramai pulak orang buat kenduri. Pusing punya pusing ... rumah pengantin ni adalah rumah keempat kenduri yang disinggahi. Satu benda yang ibu rasa praktikal ialah dengan kehadiran 'bunting' gambar pengantin. Bagus jugak ada 'bunting' ni, at least kita tahu siapa pengantinnya. Tak ada la berlaku kes... perut dah kenyang, sekali salam... alamak salah rumah daa.
Entah kenapa hari ni Uwais tak ada mood. Walaupun kali ni cuaca elok, cuaca Uwais pulak yang mendung. Meh tengok aksi masing-masing...
baru sampai...
tengah betulkan setanjak...
tengok la muka Uwais... dah start dah
macam tak ikhlas je senyum tu...
dah suruh dukung... lapar kut
perbandingan setanjak pengiring dengan pengantin... alahai
muncung jer nampak...
dalam keterpaksaan...
Saturday, November 3, 2012
Sepagi di Jeti Nelayan Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka
Sebelum sarapan lagi Naza (member ofis) bawak kami mencari ikan di Jeti Teluk Gong. Memang cantik pemandangan pagi hari di sana. Subhanallah...
Cantiknya pemandangan kala matahari terbit
Tempat ni memang terkenal dengan ikan talang. Rata-rata saiz ikannya dalam 2-3 kg. Memang tak ada yang kecil. Harga kat nelayan RM3 sekilo. Kalau dah sampai peraih jadi RM5 sekilo. Ikan ni dikatakn tak sedap dimasak 'fresh' sebab isinya tawar. Ikan talang sesuai dibuat kering. Tapi bila dah jadi ikan masin berlipat kali ganda pulak harganya. Ibu beli jugak seekor 2.5 kg. Kononnya nak buat ikan masin. Tak tau le apa cerita.... sekarang ni musim hujan pulak tu.
Kat sini ibu beli ikan tenggiri dan ikan jaket. Ikan tenggiri, tuan rumah buat masak lada Melaka. Peh... sedap giler. Ikan jaket pulak asalnya nak dibakar, tapi tak kesampaian sebab hujan...
Masing-masing tak mandi lagi... hehe
Naza and ex-hubby. Pasangan pelik
Air tengah surut...
Uwais kalau bergambar... macam2 mimik wajah
Tuesday, October 23, 2012
Eksplorasi Hakeem...
Hakeem ni orangnya lembut. Cakap lembut, ketawa pun lemah lembut. Kata org putih... gentle. Jadi kalau aktiviti lasak ni dia agak kurang menyerlah... harap2 menyerlah la dalam akademik. Tapi Hakeem tak teragak2 untuk mencuba sebab nak jugak merasai apa aje pengalaman. Naik 'menatang' ni pun dia pantang di offer... terus nak.
Hakeem kata "memang best" Tapi tak mampula nak naik lama2. RM5 hanya 5 minit. Memang melampau harganya. Benda ni kata staff tu RM17,000 satu. Baik beli kancil second hand. Dapat naik 4 org....
Hakeem kata "memang best" Tapi tak mampula nak naik lama2. RM5 hanya 5 minit. Memang melampau harganya. Benda ni kata staff tu RM17,000 satu. Baik beli kancil second hand. Dapat naik 4 org....