Ibu membuka lebaran 2013 dengan menyertai acara sukaneka anjuran Kelab Sukan & Rekreasi NSTP. Sama macam pergi Kuala Gandah, pun anjuran kelab yang sama. Itu je pun satu-satunye kalab kat NSTP ni kut. Semua staf adalah ahli kelab ni... macam kat sekolah, persatuan agama islam.
Sebenarnya acara sukaneka ni dah dirancang dari akhir tahun lepas tapi sambutannya kurang memuaskan. Buat akhir tahun... orang pakat bercuti. Sapa nak heran pasal sukaneka ke bagai.
Ibu daftar aje... tak sangka penganjur letak dalam kumpulan based on department. Ad sales ada 2 kumpulan. Merah dan kuning. Ibu dapat kumpulan kuning. Nama kumpulan dapat pada hari khamis. sukanekanya Sabtu. Petang kamis tu jugak buat meeting pakaian beragam berasaskan bahan terbuang. Petang jumaat pulak meeting persembahan.
Memandangkan team merah dan team kuning ni di bawah satu jabatan, so kami mengembeling idea dan tenaga untuk pakaian beragam. Tak kira siapa menang, hadiah kongsi bersama.
Ni koleksi gambar yang ibu dapat daripada kamera kawan.
Gambar team kuning...
Team ibu memang sepakat, satu kepala & tak de nak kondem sama sendiri. Main untuk fun... kalau menang bonus. Yang penting... happy
Gambar persembahan... chicken dance
Masa acara berlangsung
Sapa la ambik gambar perseorangan nih...
Hadiah:
1. Tempat pertama pakaian & persembahan - RM500 (kongsi 24 orang)
2. Tempat pertama acara - RM1200 (kongsi 12 orang)
3. Cabutan bertuah - selimut (letak je kat ofis)
Pada ibu, kalau tengah stress masuk acara macam ni & menang.... hilang stress. Kalau kalah bertambah stress.
Wednesday, January 23, 2013
Tuesday, January 8, 2013
I-City Theme Park, Shah Alam
Akhir tahun 2012, ibu dapat tiket free ke i-City anjuran Harian Metro. Dalam banyak2 tiket free yang ibu pergi, tempat ni la yang dikira paling 'hawau' sekali. Agak2 la... Dalam paper cakap theme park ni boleh isi 5,000 pengunjung pada satu masa. Tapi Harian Metro bagi 20,000 tiket untuk 2 hari. Maknanya 10,000 pengunjung pasa setiap hari. Yang pandainya masa bagi tiket, staf siap tanya nak pergi Sabtu atau Ahad. Rupanya ada beza tiket Sabtu dan Ahad. Sabtu warna biru dan Ahad warna merah.
Bukan tak pernah join acara ramai orang macam ni kat theme park. Masa kat Sunway Lagoon pernah gak BH buat 50,000 sehari. Tapi tak terasa pack sangat banding kat sini.
Peh... memang menyesal habis. Kalau betul i-City nak naikkan nama dengan acara macam ni, sah memang fail.
1. Beratur nak naik parking je dah setengah jam. Nasib baik NGV penuh. Dapat parking kat tingkat paling atas.
2. Beratur punya panjang. Orang seramai-ramainya. Tapi since dah datang, masuk la jugak. Dalam jam 11.15 baru dapat masuk.
3. Kat dalam, nak letak beg kat mana pun tak tau. Setiap inci ruang ada orang. Hanya laluan pejalan kaki je tak de orang lepak.
4. Mandi kat satu kolam aje. Dapat satu 'port' dalam cendawan (dalam kolam kanak-kanak), dah semua anak beranak main kat situ aje.
5. Nak jumpa air kena kuak orang, bayangkan.
6. K Long and adik2 pi survey kut2 ada mana2 tempat yang boleh main lagi selain kolam kanak2 ni... k long kata tak payah. Semua kena beratur. Bukan sikit2 anak. Beratus orang.
Akhirnya lepak satu jam je dan decide untuk balik. Dah le senapang air beli kat Melaka dihilangkan En Rosman pas tu tak mau mengaku pulak tuh. Hangat hati betoi... semua serba tak kena. Sepanjang kat sana ni la 4 keping gambar yang diambil. Semua orang pakat tak de mood.
Tengah Beratur... jauh lagi nak masuk ni
Bad mood... anak and bapak
Dah nak balik dah