Ibu hanya ambik gambar auto sebab tak pandai ambil gambar pro. Kalau nak banding gambar dengan realiti, jauh sangat antara ciptaan Allah dan keupayaan manusia.
Sunday, November 12, 2023
Bawa anak-anak silat ke Bagan Lalang selepas Kejuaraan Silat Remaja Selangor
Tanggal 9-11 Nov 2023, En Rosman bawa anak-anak silat menyertai Kejohanan Remaja Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Sepang.
Wednesday, April 12, 2023
BHJ3661 Akhirnya dilepaskan... Semoga pemilik baru menjaganya dengan baik
Sejak gearbox rosak, Toyota Unser ni dah tersadai tidak bergerak.
Patah tumbuh, hilang berganti... pepatah Melayu. Zaman ini mana ada lagi ungkapan begitu pada bait bahasa kita. Sekarang masing-masing menggunakan bahasa yang senang faham, straight to the point.
Akhirnya berjaya meluncur selepas ditarik. Nampak masih gagah perkasa. Banyak jasa dan memori yang tercipta kala bersamanya.
Wednesday, March 29, 2023
Merasa Makanan Eksotik di Bandar Sabak Bernam
Cuti sekolah lepas bawa Uwais ke Sabak Bernam memandangkan dia kebosanan tak ke mana-mana. Pusing-pusing di bandar untuk cari makan tengahari, kami singgah di kedai makan majlis yang tidak jauh daripada stesyen bas.
Memandangkan En Rosman sekarang sangat memilih makan agak sukar nak cari menu yang ngam dengan tekak dia.
Alhamdulillah kedai makan ni sediakan makanan yang dia nak makan. Kedai sebelah pula jual sizzling mee. Minuman pula kami pilih ABC dan lai chee kang.
1. Masak lemak telor manyong
2. Telur sotong pedas
3. Pais hati ikan pari
4. Ikan manyong masak asam
5. Sambal tempoyak berulamkan pucuk gajus.
Uwais mana la reti nak jamah makanan ni. Seperti biasa dia akan makan ayam.
Ibu pertama kali makan telur sotong semata-mata macam ni. Selalunya makan telur yang dalam perut sotong je. Ada rasa bijik-bijik sikit tak macam telur dalam perut sotong yang teksturnya licin. En Rosman kata berbijik macam tu sebab telur tu da matang. Patutlah...
Telur manyong ni selalunya ibu akan buat kari atau asam pedas. Tapi dah lama tak masak telur manyong ni, anak-anak tak minat, harga pula makin mahal... Almaklum sekarang kami dah masuk golongan B40, dah bukan M40 lagi.
Pais ikan pari ni pun kali pertama ibu makan. Selalunya Mak Esah akan masak lada hitam macam masak kurma (tak tahu apa nama masakannya).
Masak pais ni, pada ibu, mengurangkan rasa hati pari berbanding masak Mak Esah tu yang hati parinya "sangat mendalam" rasanya. Risiko makan hati pari ni kadang-kadang ada bahagian yang rasa pahit memandangkan dia berdekatan hempedu, mungkin terkena hempedu yang pecah.
Teringat tentang satu hadis sahih bahawa Ahli Syurga nanti akan disambut dengan makanan pertama iaitu sepotong hati ikan. Ia adalah hati ikan yang bersaiz besar, sesetengah ulama mengatakan hati ikan paus. Tetapi kalau ikut saiz ikan pada zaman dahulu, tuna dan ikan pari juga bersaiz besar. Cuma sekarang ni saiz mereka makin mengecil akibat aktiviti penangkapan ikan hingga ikan-ikan tersebut tidak sempat membesar kerana sudah ditangkap. Semoga Allah swt memilih kita untuk menikmati hati ikan di syurga kelak. Amin.
Friday, March 17, 2023
Uwais Keseorangan @ Tasik Shah Alam
Cuti sekolah Uwais tak ke mana-mana. Abang Hakeem balik sekejap sahaja lepas tu terpaksa kembali semula ke JB untuk jalani latihan praktikal di Johor Port.
Uwais yang kebosanan ajak ibu jalan-jalan ke 1 Utama.
Uwais: Ibu jom la jalan-jalan p 1U.
Ibu: Adik, tempat macam tu mana la ada orang tua p.
Uwais: Uwais tengok ada je orang tua yang jalan-jalan kat sana.
Ibu: Adik, agak-agak jiwa depa tu sama tak dengan jiwa Ibu?
Terus Uwais terdiam...
Akhirnya, bila Ibu kena hantar En Rosman meeting di Shah Alam, Ibu bawa la Uwais ke Taman Tasik Shah Alam. Layan la dia yang terpaksa buat aktiviti sorang-sorang.
Tempat nostalgia ibu zaman belajar kat UiTM Shah Alam zaman 90-an tapi sekarang dah banyak berubah.
Ada banyak juga mainan untuk anak-anak 15 tahun ke bawah.
Uwais dah 'usha' Wet World. Nanti-nantilah ke sana beramai-ramai baru seronok.