Friday, September 24, 2010

Wajah2 keluarga PAK HASHIM & MAK ESAH

Inilah wajah anak2, menantu2 dan cucu2 dalam keluarga PAK HASHIM & MAK ESAH.

Senarai nama:

1. Habsah & Rosman
* Nur Rabiatul Adawiyah
* Nur Sayyidah Nafisah
* Nur Luqman Al Hakeem
* Nur Uwais Al Qarni

2. Hasmah & Kasim
* Siti Nur Aisyah
* Mohammad Daniel Arshad

3. Azemi & Syarliza
* Siti Nur Amira Sahira
* Muhammad Akif Shahmi

4. Halijah & ...
* Siti Adlina Husna

5. Hafizah

6. Habibah

Masih ada 3 lagi yang solo. Doa untuk kalian agar mendapat jodoh yang mengajak ke jalan ALLAH.



SEMOGA BERBAHAGIA & GEMBIRA SELALU

AIDIL FITRI 2009

Kegembiraan terpancar pada wajah anak2 & anak sedara yang comel2 menggayakan baju raya masing2.

Mak sedara dan bapa sedara pun tak ketinggalan bergambar... Cuma Chik tak de sebab Kasim terpaksa kerja pada hari raya...








Cantik2 & hensem2 belaka...

Ogos 2006... SRI PENA bersama Tamm

Berkesempatan bercuti ke Sri Pena bersama Tamm.  K Long, K Ngah & Hakeem pun masih kecik lagi.

They really enjoyed their holiday with Tamm.






Kebetulan malam tu ada karnival jualan kat PD. So tak le boring sangat aktiviti malam di sana.

Thank you Tamm...

Thursday, September 23, 2010

FAMILY DAY 2010 ... NSTP

Kali pertama menghadiri family day NSTP tanpa kehadiran ayah.

Hampeh beratus2 hadiah cabutan bertuah, satu pun x sangkut.  Huhu



Walaupun dan kali ketiga datang ke sunway lagoon, ni first time anak2 dapat explore ke merata tempat. Thanks a lot to ucu. Cuma hari hujan, roller coaster tutup... tapi yang lain dapat la jugak naik.


Ibu sebok melayan Uwais. Dia kepenatan. Lepas tengahari, Uwais tido nyenyak,

Nampaknya semua yang pegi enjoy.

INSAN TERSAYANG... adalah kalian

Ketahuilah... sesungguhnya kalian adalah permata hati ayah dan ibu.

Doa kami agar kalian sentiasa berbahagia, taat kepada ALLAH, jadi muslim & muslimat yang cemerlang.

Peluk cium dari kami yang amat menyangi kalian... 

Tanah Tanjung Karang

Tanah pusaka pemberian arwah Embah Gunung kepada Mak Kasinah sebanyak 2 1/2 ekar telah dibahagi dua antara Mastor dan Rosman. Setiap seorang mendapat 1 1/4 ekar.

Pokok kelapa telah selamat ditebang 2 minggu sebelum puasa (sekitar akhir Ogos 2010).

Rosman memilih tanah sebelah kiri bersebelahan dengan tanah Hambali (sepupu sebelah arwah Pak Sukim).

Perlu diingat bahagian yang suku ekar itu perlu digunakan/ sedekah ke jalan ALLAH. Moga dengan keberkatan itu, pahala tersebut akan disalur terus kepada arwah Mak Kasinah (seperti yang telah diwasiat beliau).

Amin...

TOYOTA UNSER: BHJ 3661

Entry pertama... setelah sekian lama, sudah tiba masanya bertukar.

Setelah banyak buat internet research, tanya pendapat ramai pihak, baca forum; rasanya inilah pilihan paling optimum untuk kegunaan keluarga yang terdiri daripada seorang ayah, seorang ibu, 2 anak perempuan dan 2 anak lelaki.

Untuk penjimatan minyak NGV menjadi pilihan. Sesuai untuk perjalan pantai barat.

Pak Hashim & Mak Esah pun nampak berpuas hati dengan pilihan.

Alhmdullillah...

Mula blog keluarga ... sebagai simpanan peribadi

Terlintas untuk sediakan satu platform untuk keluarga sendiri menyimpan kisah suka duka, kenangan, susah senang mengharungi hidup di sisi masing-masing dengan limpahan pelbagai perasaan dan asam garam kahidupan.

Semoga boleh dijadikan rujukan sendiri, anak cucu, adik-beradik dan keluarga terdekat...

Untuk anak-anak: jadikan blog ini sebagai simpulan kenangan semasa ibu ayah masih bersama kalian.

Salam sayang untuk semua.

Mannchaq.