Tuesday, June 12, 2012

Musim udang galah...

Sebenarnya dah banyak kali balik ke Kuala Selangor. En Rosman ikut Abg Jumali dengan Abg Erfan pergi memancing udang. Tapi sebelum ni rezki tak memihak pada En Rosman.

Alhamdulillah kali ni naik pulak udang. Dari jam 2pm sampai lewat petang, inilah hasil yang berjaya diperoleh. Memandangkan malam tu kami sekeluarga tak tidur di Kuala Selangor, semua udang-udang ni disedekah kepada kami bawak balik ke Kota Damansara.

 Seksa jugak Uwais nak angkat... 200gm sekor

2 ekor je besar 

 Perbandingan dengan tangan En Rosman

Dah siap di siang... siap untuk dimasak

______________________________________________________________

Yang ni koleksi gambar-gambar yang diambil semasa memancing. Lokasi yang sama tapi pada hari yang berbeza. Kali ni ramai yang pergi, tapi rezki tak berapa baik.

Lokasi ni dekat pintu air, Jalan Bukit Belimbing. Tak de orang tahu tempat ni. Tak pernah nampak orang lain pun memancing kat situ

Udang galah ni belum cukup dewasa...

Yang ni la namanya sepit biru...

Cantik pemandangan di belakang. Matahari dah  nak terbenam.

Tempat ni masih banyak lagi koleksi ikan... Sang rangkak pun rasanya ada tu

Monday, June 4, 2012

Kenduri lijah: makan beradap

Masa pengantin tengah makan beradap, ibu sebok menjaga gerai serawa sukun dan laksa.

So layan gambo makan baradap dulu...

Semoga berbahagia hingga ke akhir hayaat... 

 Beli satu percuma satu... so kiri kanan kena layan Shahrul oii

Husna pun happy aje 

Gambar suap-menyuap tak der la plak 


Inilah gerai yang ibu jaga... laku. belum apa-apa serawa sukun habis dulu. Laksa pulak kena tambah lagi 2 bungkus.

Kenduri lijah: akad nikah

Ni koleksi gambar semasa upacara akad nikah diadakan. Sekali lafaz aje. Shahrul kata memang dah hafal habis.. "Aku terima nikahnya...."

Tengah kira wang... cukup tak mas kahwin RM1,000. 

 Khusyuk dengar penerangan. Asalnya ibu tengok daripada tingkap sebelah tu. Tapi tak sanggup. Ibu yang keto.

Lafaz akad... 

Sah?  

Camera effect... idakler DSLR. Nikon jer 

Gambar ni pun cantik...

Kenduri Lijah: rombongan pihak lelaki

Seingat ibu, masa ibu kahwin rombongan pihak lelaki hanyalah satu van. Sebab orang jauh. Sekali rombongan daripada pihak Shahrul... mak oii. Dekat la katakan.

Ni semua koleksi gambar rombongan pihak lelaki... Majlis akad nikah pukul 11 pagi. Jadi memang belum ada jemputan yang datang. So, bukan saja dalam rumah depa conquer, khemah pun habih penuh dengan suku sakat depa. Caya la...

Rombongan hanya bawak bunga telur, tepak sirih, cincin dan wang hantaran. 

Mak Shahrul... penggemar warna purple. Cayalah 

Biasakla, aktiviti macam ni digemari pompuan aje. Udahnya pengantin terkontang kanting sorang-sorang 

Pakcik pakai ketayap ni pakngah Shahrul. Dia kata akad nikah ni bukan boleh tengok ramai-ramai. Pengantin tengah gabra. Udahnya dia yang gabra. Pi kat pokok jambu petik buah. Lama sangat nak tunggu makan.

Yang dekat Shahrul tu member-member and sepupu-sepapat dia kut

Uztaz Lan dah kat luar... diteruskan dengan bacaan tahlil dan doa selamat.



Uwais... serangan campak

April 2012... Uwais demam. Gaya demamnya tak macam demam denggi sebab denggi demamnya kuat mendadak berserta muntah dan cirit (pengalaman). Demam yang uwais alami ni agak kuat tapi apabila makan ubat, suhu badan akan surut. Walaupun, lepas beberapa jam kemudian, suhu badan akan naik semula. Dalam kes denggi, ubat tak berupaya menurunkan suhu badan. Cerita bab denggi, lain kali.

Selepas 4 hari demam... ibu lihat ada bintik-bintik ruam kelihatan pada bahagian muka terutamanya pada bahagian mata.

So, tengah malam hari ke-5 (Khamis @ 3 am) Uwais masih demam berserta ruam dan batuk yang agak teruk, ibu ambil keputusan untuk ke Hospital Sungai Buluh, kena buat jugak ujian darah, takut apa-apa hal. Bacaan platlet 145. Doktor suspek denggi, walaupun hati berat mengatakan bukan.

Muka bengkak... tunggu ambik ubat di farmasi hospital Sg Buluh 

Kat restoran Khalifah, pujuk makan roti canai dulu sebelum balik ke rumah daripada hospital

Esoknya ibu pergi kerja macam biasa. Tapi hati rasa tak sedap. En Rosman telefon bagi tahu keadaan Uwais tak improve. Minta kebenaran balik awal daripada bos. Terus bawak Uwais ke Tropicana Medial Centre.

Doktor tak buat sebarang pemeriksaan darah sebab dia suspek campak. Tapi tahap yang kritikal sebab kuman dah berjangkit keparu-paru.

So Uwais dimasukkan ke wad. Isolated. Khamis hingga Ahad. Mak Esah dan Pak Hashim datang jugak melawat cucu 'bungsu'.

Masuk air... 

Ruam tebal, tapi demam dah surut 

Lebih banyak masa spend kat lantai, main... boring tidur atas tilam aje

Memandangkan campak dah jadi macam wabak di Petaling Jaya, wakil daripada Jabatan Kesihatan datang ke rumah untuk trace daripada mana datangnya kuman tu. Seingat ibu, Khamis seminggu sebelum tu, kami sekeluarga ke public swimming pool di DBKL, Bangsar, Jumaatnya satu keluarga balik ke Taiping sebab cuti sekolah... Hari Sabtu tu Uwais dah mula demam sikit-sikit. Tak tau daripada mana virus tu bermula. 

Pegawai tu datang kali kedua, katanya untuk ambil darah sebab pihak Tropicana tak ambil darah masa Uwais masuk ke hospital. Kebetulan petang tu jumpa doktor, doktor pun hairan kenapa nak kena ambik darah. 

Bila tanya kepada pegawai perubatan, katanya sebenarnya ada pekeliling daripada kementerian kesihatan yang menyuruh pihak hospital mengambil darah bagi kes campak... sabo je la


Sunday, June 3, 2012

Kenduri Lijah: Pelamin

Pink gitu. Simple. Idea pelamin macam ni lebih elok. Tak memerlukan pengapit. Tau je la... jenuh nak cari pengapit sekarang. Bukan macam zaman dolu-dolu,




Kenduri Lijah: Cadar

Banyak entry nak buat tentang kenduri mama. Mula-mula nak cita pasal cadar. Cantik, tertarik, debob. Pilihan Ucu. Hush Puppies.


Bunga malar tu idea pak andam. Tak sangka bila pasang cantik pulak. Wangi gitu.


Friday, June 1, 2012

Bersama Tamm: Hari Jururawat SeMalaysia

Pagi Ahad tu ibu dengan rajinnya berjogging dengan Uwais, Tamm dan Hakeem. K Long dan K Ngah malas. Ucu pun sama malas. Tak dapek ditolong. Lagipun Tamm tengah bengang on something. So, dia ada nak melepaskan geram kat ibu. So, layannn...

Lepas jogging main badminton. Lepas tu terdengar bunyi riuh daripada sekolah Hakeem. Dengan perasan ingin tahu, kami pun merendeh ke sana dengan reket badminton dan bola.

Rupa-rupanya sambutan Hari Jururawat SeMalaysia dibuat di sekolah Hakeem. Ada pemeriksaan kesihatan percuma. So, why not. Free ma..


Ibu check:
tekanan darah - pas
gula dalam darah - pas
BMI - fail (as usual) ada sorang brother siap tegor yang ibu berlakon pi sana bawak reket dan bola. ceh

Sempat jugak buat peperiksaan pap smear. Tak pernah buat seumur hidup. Kalau kat luar sah ratusan ringgit terbang.

Uwais check gigi. 7 lobang. sabo je

Family chik

Dapat MMS gambar family Chik. Tak ingat event apa... Tapi dapat jugak bergambar satu keluarga. Ibu ni kalau tak gambar raya, rasanya takde pun gambar sekeluarga.



  • Kassim
  • Hasmah
  • Siti Aisyah
  • Muhammad Deniel Arsyad

Pengalaman naik LRT

Anak bongsu... mak pulak tinggal jauh kat kota damansara. so perak a.k.a. jakun la. tak pernah naik LRT. Kebetulan Ucu ajak pergi jalan Masjid India cari baju kurung untuk pakai masa kenduri Mama.

Bangun pagi, sarapan kat Sayang Salhah. pas tu terus gerak ke KL. Parking kat belakang LPPKN. Kat situ ada satu stesyen. Ambik train bayar RM1.20 pergi ke Masjid Jamek. So, dari situ kami menyusur jalan dan patah balik ke parking.

OK jugak strategi tu.

Tengah tunggu train. Mujur jugak ketapi tiba lewat sikit, sempat snap gambar kenangan. Mcm orang ulu pulak.



Weekend, pagi pulak. Lengang habis. sempat ambik2 gambar lagi. 

Cuba kalau weekday... sesak dan menyesakkan...


Bila la lagi nak merasa naik LRT ye Uwais...

Uwais potong rambut di kedai

Dah nak dekat umur tiga tahun, Uwais masih tak berani potong rambut kat kedai. Menangis bukan sikit-sikit anak. Meraung siap peluk ibu lagi. Akhirnya, ibu ambik keputusan potong rambut dia sendiri.

Tup-tup satu hari dia dengan selamba cakap okay nak potong rambut. So dengan machonya duduk kat kerusi dan tak menangis. tapi dengan syarat. ibu kena duduk kat sebelah tak boleh pi mana. tengok aje





Hasilnya...