Tuesday, February 19, 2013

Sambutan Maulidur Rasul di Rumah Tamu Datin Halijah

Sambutan Maulidur Rasul di adalah anjuran PUSAKA KL. Lokasi pilihan kali ni pulak ialah di Rumah Tamu Datin Halijah. Kalau ikut sejarah rumah ni dah berusia lebih 100 tahun. Wah... paling ibu solute ialah warisnya yang sanggup mengekalkan ciri-ciri kemelayuannya. Daripada luar memang nampak biasa sebab kawasan tu dikelilingi pembangunan. Tapi bila dah masuk memang terasa kalainannya. Rasa macam berada di satu kawasan yang jauh daripada KL. Pemandangan dalam rumah dan persekitarannya memang menyejukkan mata memandang. Pokok-pokoknya amat rendang.

Cuma satu je yang en Rosman tak berkenan... panas. Kalau rumah tu dipasang air-cond. Peh... tahap kepuasan jadi maksimum. Sebuah surau yang besar jugak disediakan.

Tiada sewa dikenakan, sebab dia ikut per pax. Hidangan hari tu ialah nasi tomato bersama lauk + kambing panggang. Kata en Rosman, nasik tomato RM30 per pax. Kambing tak tau le plak berapa.

Budak2 sempat bergambar.


Ni mapnya... kena klik gambar kalau nak enlarge huhu


Pandangan luar rumah...







Ibu dengan En Rosman pun tumpang sekaki...

Thursday, February 7, 2013

Melawat pameran digital khat Ismail Md Zain

Masa anak-anak melawat ke NSTP pada Jan 2013, kat main lobby ada pameran digital khat. Memang cantik. Tapi harga pun boleh tahan.

Kalau dah digitize, boleh ke design sendiri? Harga paling murah RM950. Yang mahal yg ibu nampak harga dalam RM1300.

Layan gambar yang sempat disnap...