Thursday, June 20, 2013

Melawat Chu di Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)

Dapat perkhabaran daripada Tamm yang Chu dimasukkan ke hospital akibat period 'bleeding' yang dah exceed 20 days. Punyala tough sampai badan dah bagi warning pun masih ignore. Rasa nak pitam, letih dan telinga berdengung.... rupanya bacaan hemoglobin dah drop to 5.4... Doktor decide masukkan 4 pain darah. Memandangkan darah yang sama B+ ibu dengan semangat nak pi derma. Tapi rupanya darah tu kena process dulu, should clear from all the kuman2 cth HIV, hepertetis baru boleh derma. So ibu kena derma masa kempen derma darah je la... tak boleh la nak berbakti kat chu.

Biasalah anak cucu Mak Esah and Pak Hashim kan suka berdedai-dedai... kami pi dua kereta. Memang penuh bilik. Biliknya agak kecik (tak mau buat perbandingan - sensitif gitu). Masa 2 orang nurse nak masuk untuk pasang drip for darah, kami siap kena halau. Penuh sangat, riuh pulak tu.

Kat ofis google DEMC... bersesuaian dengan harga

 Alang-alang dah kena halau, lepak kat luar sarapan dulu.

Nak masuk darah punya la lama. 8 jam untuk satu pain. Bab nak ambik darah, 15 minit dah penuh. Nak kena cairkan and temperature kena jaga supaya darah tak beku. Every one hour nurse akan datang cek takut ada complication. Dah le tak sihat, tido pulak tak cukup. Sabo-sabo...

Muka masing2 punya la happy...



Trip AKADEMI PUSAKA ke Penang... (Part 5)

Pada Rabu 19 Jun 2013, BH buat coverage on the event. Terima kasih kepada wartawan Syed Ismail Syed Abu Bakar yang telah memberikan komitmen yang sangat2 tinggi dalam membuat liputan aktiviti ini. Bayangkan dia berada dilokasi pada pagi Sabtu hingga tengahari, malam Ahad dan pagi Ahad untuk mengikuti perjalanan aktiviti anjuran Muzium USM.

Monday, June 17, 2013

Trip AKADEMI PUSAKA ke Penang... (Part 4)

Yang ni kami makan2 di kedai mamak Zubaidah sebelum bergerak ke USM. Masing2 siap dengan busana lengkap termasuk keris.


Trip AKADEMI PUSAKA ke Penang... (Part 3)

Ni aktiviti malam. Ada jugak permintaan untuk En Rosman buat sedikit ucapan kepada pemduduk kampung di Balik Pulau. Sebetulnya YB di Balik Pulau ada menjalankan aktiviti berbasikal pada keesokan harinya dengan kejasama Tourism Malaysia. So venue tu digunakan untuk penyampaian En Rosman.

 Gelap habis, Sebelum gerak ke khemah

Dressing masing2 tak mau kalah...

 Sembang2 dulu
Kat depan tu wartawan Berita Harian. Sangat2 komited dengan kerja. Tak sure dia boleh claim OT tak

Trip AKADEMI PUSAKA ke Penang... (Part 2)

Terlanjur diadakan Program Komuniti di Balik Pulau, pada hari Ahad keesokan harinya iaitu 16 Jun (Ahad) yang diadakan di "Tapak Warisan Alang".   Rombongan bertuah dapat menyumbang membuat pameran di sini pada hari tersebut. Sebelum tu lawatan ke kawasano tapak kami buat pada hari Sabtu.. Lawatan ni dibuat pagi sekitar jam 9 sebelum bertolak ke USM.



En Din... antara orang penting yang merialisasikan projek ini. Difahamkan beliau adalah pengunpul barang2 antik. Tanah kosong yang digunakan pun adalah milik beliau.

 Masing beruniform... Kalau orang kurus, memang segak pakai macam ni sebab tak nampak perut

Trip AKADEMI PUSAKA ke Penang... (Part 1)

Tanggal 15 Jun En Rosman di jemput oleh Muzium USM untuk buat talk berkenaan Busana. Tajuknya "Program Bengkel & Demo Busana Melayu" di Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sain Malaysia Pulau Pinang.  Sebagai permulaan, ruang lingkup perbicaraan ini En Rosman berbicara mengenai samping dan setanjak. Bermula jam 10.30am hingga azan zohor berkumandang. Memang menarik. Ibu pun buat pertama kali terdedah dengan perkara ni.


 Crowd terdiri daripada students dan mak andam

 Cameraman cilik...


 En Rosman buat talk. Nampak penuh confident dan berilmu. Pertama minat yang mendalam, kedua mendalami subjek termasuk aspek sejarahnya sekali. Ketiga padai bercakap dan yang paling penting pandai mengolah dan menyusun script

Model. Yang ibu respek, budak ni nampak pemalu tapi berani tampil untuk menjadi bahan ujikaji (betoi ke?)
 Penerangan cara2 menbuat setanjak. Pemilihan kain serta ukurannya sekali
 Menyolek setanjak
 Setanjak siap digandingkan dengan samping pulak
 Model yang siap didandan. Kasut dia ditukar sekali dengan capal. Cuma keris tidak disisip...
 Siap cari pasangan. Sporting pulak tu

Wednesday, June 5, 2013

Mandi-mandian di Kolam Renang Kemahkotaan

Memang musim panas... terpaksa cari air. Tapi air kat sini bukan macam swimming pool biasa. Air bukit dipam masuk... sejuk siot.


Kolam cetek untuk kanak-kanak ni pun cukup besar untuk turun ramai2. Kalau public swimmol pool lain... alahai kecik.

Una... dia okay pulak kali ni. Pernah datang langsung tak boleh mandi. Air sejuk sangat sampai naik gelegata/ sopak garam.

Uwais and Una... dalam tu kolam ni. pelampung tak bawak tu. Harap gayut kat orang jer.

Seronok la sangat

Kolam ni kurang sikit sejuk banding kolam kecik

Kolam sebelah yang cetek tu agak kecik. Tapi tak minat pulak nak berkubang kat situ. Memang jarang pun pi kolam tu.

Monday, June 3, 2013

Kolam Renang Kemahkotaan/ Coronation Swimming Pool @ Taiping

Selama ni hampir setiap kali balik Taiping mesti pergi sini especially kalau musim panas. Rumah atap zing, kalau panas memang panas giler.

Tempat ni memang sesuai untuk mandi2... sebab sangat selamat. Sebab mandi kat Burmese Pool ni boleh jadi bahaya kalau musim hujan. Selamat daripada 'kepala air'. Banyak kes disebabkan kepala air kalau mandi kat air terjun ni...

Untuk pengetahuan, ibu sebenarnya tak tau nama sebenar kolam ni. Kelakar pulak. Sekali ada banner, baru la tahu nama sebenar kolam ni.

Lokasinya kat kaki bukit naik ke Bukit Maxwell, Taiping. Bayaran murah. Kira 1 kepala RM2.

Jom tengok2 tempat ni.

 Bannernye macam gini aje. Sempoi

 Ada 2 kolam kat sini. Hujung sana kedalaman dalam 3 kaki kut... Yang dalam pun ada 2 bahagian. Tali kat atas tu pembahagi ruang 5 kaki dengan 7 kaki. Tak berani ibu melepasi tali tu.

 Kolam kanak2

Ruang lepak. Hujung saja ada small cafe untuk beli makanan

 Ada podok kat atas bukit. Kali ni tutup pulak tak tau apasal.

 Batang paip ditebuk. So adala situasi macam hujan masuk dalam kolam kanak2

 Rumah pam. Air ni la yang dipam ke dalam kolam. Peh, mamang sejuk kat sini.

Pemandangan bukit kat luar

Sapa yang suka suasana nyaman memang seronok pergi sini

Parking. Kat bawah pokok besar tu ada anak sungai. Dulu masa zaman ibu kecik2, kalau rumah tak dak air, pak Hashim akan bawak mak Esah datang sini untuk basuh kain