Tuesday, October 15, 2013

Beraya Qurban di Columbia Asia, Taiping

Planning punya baik... tahun ni rupanya ALLAH dah menentukan yang kami kena beraya di hospital.

Tak sangka Ucu kena serangan 'tut' di saat-saat menjelang hari raya. Terpaksa lakukan jugak pembedahan sebab tak tahan sakit. Hehe

Mula-mula destinasi hospital pertama ialah Taiping Medical Centre tapi disebabkan pesakit nampak ramai sangat. Kebetulan doktor pulak ada operation so ibu dan mama decide ke Columbia Asia.

Alhamdulillah doktor available. Menurut kata GP kat klinik (pergi hari sebelumnya), procedure tu kejap aje sebab minor surgery... half day boleh siap. So, dalam kepala Ucu petang boleh balik so esok boleh beraya. Ucu pun memang dah siap iron baju.

Lepas jumpa doktor, rupanya panjang procedurenya... kena overnight 2 malam. Haha Kena buat liposkopi la apa bala...
Dah tak boleh control ayu dah... kategori orang sakit

Layan FB since ada WIFI percuma. Lama pulak tu nak tunggu giliran. Biasalah kalau dah swasta, layanan tip top. Kalau doc jumpa kita lama, orang lain pun lama la jgk. Jangan nak emergency sangat
 Kena cocok.
Layanan insyaallah memuaskan. Tapi memandangkan cuti raya, staf Melayu tak nampak muka.

Lepas sembahyang raya terus pi jengok UCU. Masing-masing berdandan. Uwais dan Hakeem pakai baju biasa jer

 
Tengah bersedia menghantar UCU nak buat operation. Lepas je Ucu settle operation, ibu terus shoot balik KL sebab esoknya kerja.

Friday, October 4, 2013

Georgetown UNESCO World Heritage Day

Tanggal 7 July... Dapat jemputan buka booth AKEDEMI PUSAKA sempena sambutan Georgetown UNESCO World Heritage Day.

Team yang pergi kali ini termasuklah Rizal dan Sirrmud.

Memang sangat seronok dan hilang rasa letih.

Jom layan gambar...

Booth AKADEMI PUSAKA didirikan disekitar jalan yang diiktiraf UNESCO. Sebahagian pengunjung yang menunjukkan minat dalam pameran

Teruja melihat minat bangsa lain yang menunjukkan minat dengan budaya Melayu...

Persembahan pakcik ni memag menggamint memori... lagu yang dimainkan sungguh nostalgia sampai nyonya kat hujung tu tak berganjak. Betapa 'strong' muzik dulu yang menjangkau pelbagai bangsa

Booth kat sini adalah under Penag Islamic Foundation. Ada muzik tradiosional, senjata dan busana Melayu, Musium USM, batik, lukisan dan seni mempertahankan diri Melayu.

Antara aktiviti selain silat adalahsepak raga bulatan


Mat saleh ni pun semangat.  Cumanya tak pandai kepak kaki, dengan ala2 main bola sepak.