Monday, April 7, 2014

Beg duit kena curi... JPJ yang banyak songeh

Semasa menghadiri bengkel setanjak anjuran En Rosman, beg duit ibu kena curi. Memang ibu pasti sebab ibu ada pegang beg duit diawal sesi bengkel dan k long pun ada masukkan duit dalam tu.

Masa waktu rehat, ibu tak ikut peserta lain makan tengahari. Memandangkan ibu bawa bekal... ibu lepak dalam bilik kuliah dengan k long tapi di bahagian belakang bilik. Watu ibu ke bilik air memang ada seorang lelaki masuk dan duduk tempat ibu.  Siap Tanya k long kuliah dah mula belum. Dia duduk sekejap lepas tu keluar. K Long yang lurus bendul ni langsung tak syak apa2.

Ibu hanya sedari beg duit tak ada waktu akhir kuliah semasa peserta nak buat bayaran dan perlukan duit kecil.

Esoknya ibu buat laporan polis.... biasa la bila buat laporan kita akan bercerita kepada polis dan pihak polis akan buat summary dan mereka bertanya sama ada kita bersetuju atau tidak dengan ayat yang digunakan dalam laporan itu.

Lepas aje buat laporan... ingat nak senang ibu dengan en Rosman pecut ke JPJ Padang Jawa Kelang. Sampai kaunter, ibu tak boleh pun naik atas sebab laporan polis tak diterima. Kena ada sekurang-kurangnya IC sementara. Ngok ngek betoi...

Dalam proses buat IC, dengan laporan polis yang mengatakan beg duit kena curi, selamat la RM ibu... kalau tak jenuh nak menggagau.  Segala kad debit dan kredit semua lebur. so bila dah buat IC... pukul 4 pm baru settle. Udahnya sehari hanya selesai buat lapuran polis dan buat IC.  Ingat nak settle semua urusan sekaligus

Memandangkan ibu jarang memandu... maka berlengah la nak buat lesen. Akhirnya waktu bercuti ibu buat lesen di Taiping.  Berbeza dengan jabatan pendaftaran, JPJ tak terima laporan polis ibu sebagai kecurian sebaliknya diketegorikan sebagai kecuaian... sebab ada word 'syakki'.  Jenuh jugak ibu terangkan kepada pegawai tu bahawa perkataan' syakki' adalah daripada polis.  Memang ibu confirm beg duit tu dicuri dan bukan kecuaian... akhirnya depa kata kalau tak puas hati boleh pegi jumpa pegawai kat dalam.... sabo je "apasal la pejabat pendaftaran dengan JPJ tak sekata?".

Ibu tanya pegawai berapa dendanya, dia kata RM20. So, ibu decide... bayo je la. Buat penat je nak terangkan, Sat gi lambat, en Rosman moncong pulak



Moral of the story... jangan sekali2 guna perkataan 'syak' dalam laporang polis.