Thursday, May 8, 2014

Pertandingan Silat Daerah Petaling Utama

Alhamdulillah usaha membuahkan hasil. Tahniah kepada anak2 murid silat Cikgu Rosman. Ini satu permulaan yang baik untuk kemajuan silat Daerah Petaling amnya dan Kota Damansara khasnya.

Hanya tiga kategori yang dihantar:
1. Solo Putra Sekolah Rendah
2. Solo Putri Sekolah Menengah
3. Masal Putri Sekolah Menengah.

Cikgu Rosman sedang berbincang dengan guru sukan sekolah Hakeen dan sekolah K Long... untuk perancangan membuka gelanggang di sekolah rendah...

 Dengar penerangan Cikgu Rosman sebaik sampai ke padang... kami antara yang lewat sebab masalah jem di Kota Damansara yang menjadi2

 Upacara membuka gelanggang

Aksi sebelum perlawanan. Kononnya Solo Putra Sekolah Rendah mula dulu... tapi Hakeem terpaksa memohon ke tandas... akibat gementar

Sebelum pertandingan dimulakan, peserta diberi taklimat serta no giliran. Taklimat diberikan oleh Cikgu Kamal daripada gelanggang SMK Bandar Utama 4.

Hasilnya:
1. Solo Putra Sekolah Rendah - Johan
2. Solo Putri Sekolah Menengah - Johan
3. Masal Putri Sekolah Menengah - Tempat kedua


Briefing kepada sang juara yang akan mewakili kelas masing2 mewakili Daerah Petaling Utama ke Kejohanan Silat Sekolah2 Negeri Selangor yang diadakan pada 9-11 Mei 2014 bertempat di Sekolah Agama Menengah Tanjung Karang.

TAHNIAH...

Monday, May 5, 2014

Terjemahan Al-Quran Al-Haramain untuk anak2

Alhamdulillah... hajat dihati ibu untuk menghadiahkan senaskhah terjemahan Al-Quran setiap seorang tercapai. Masa beli tu niatnya hanya nak beli terjemahan resm Othmawi.

Setelah dibelek-belek, dengan harga yang sangat berpatutan, ibu telah beli terjemahan ni. Setakat ni sangat-sangat berpuas hati.

Terjemahan Al-Quran Al Karim ini: AL-HARAMAIN - terjemahan dan tajwid berwarna. Bersaiz A5. Muka suratnya adalah sama dengan Al-Quran asal.

Muka depan. Terdapat tiga warna. Yang warna hijau ni Hakeem punya.

Kelebihan:

1. Tafsir Ibnu Katsir/ Tafsir At-tabari bagi ayat pilihan yang digaris sebagai ilmu tambahan kepada pembaca. Yang ni memang disediakan ruang khas untuk pengisian ini.

Kalau nak tafsir setiap ayat... kena beli tafsir ibnu Katsir la. 1 set 10 jilid. Ibu pun jilid 1 belum habis....

2. Disertakan ruangan tambahan dibahagian kanan bawah sama ada hadis Nabawi atau doa asmaul husna pada hampir setiap muka surat.

3. Tajwid berwarna berserta jenis-jenisnya. 

4 Ruang-ruang kecil lain diisi dengan:
a. Riyadus salihin
b. Hadis kesihatan
c. Mu'jam

Ini muka belakang.

Friday, May 2, 2014

Zikir lepas solat - bersumberkan hadis sahih

Sekian lama... akhirnya ibu berjumpa zikir sahih amalan Rasulallah saw bersandarkan sunnah.  Zikir ni ibu download daripada Wall Ustaz Halim Hassan.

Insyaallah dah jadi amalan harian.

Ucapan terima kasih tak terhingga kepada designer. Kemas, cantik dan berkesan. Ini adalah saham akhirat yang diperpanjangkan...



Sekitar kem latihan menjelang pertandingan silat daerah Kuala Selangor

Sebagai persediaan menjelang pertandingan, Tuan Sifu Hj Lamsah memberi peluang kepada cucu2 muridnya untuk membuat persediaan menjelang pertandingan...

Budak2 adalah terdiri daripada mereka yang bersekolah rendah dan menengah.

 Tengah khusyuk melihat tunjuk ajar guru-guru

K Long dan K Ngah

Antara guru-guru yang hadir. Sungai Buluh dan Sabak Bernam.

 Guru Kuala Selangor dan Kota Damansara

Wajah Tuan Sifu Tuan Hj Lamsah

Up your pesona: Cara pakai selendang 3

Akhir sekali Anis ajar cara pakai selendang bling bling untuk ke majlis...

Selendang Anggun

Biasa untuk ke majlis baru la pakai tudung berlabuchi or berdiamond.

 1. Teknik pakaian tak memerlukan letak pin kat bawah leher. Hanya tarik selendang ke bahagian kanan dan di pinkan dengan jarum peniti. Agak2 ada bucu kat bahagian dada. Tak perlu panjang sangat.

 2. Lebihan kain bahagian belakang tarik ke bahagian kiri. Pusing hingga ke belakang dan pinkan. Pakai selendang ni banyak memerlukan jarum peniti.

 3. Memandangkan selendang yang dipilih Anis tu ada labuci dikedua-dua hujung, so hasilnya macam yang model ni pakai.

Jeng jeng... anggun gitu.

Tengok tak sanggul kat belakang rambut Anis ni kan besar dan tinggi.  Katanya rambut dia pendek jer. Dia hanya menggunakan sepit rambut yang ada bunga besar. Instead of guna sanggul artificial yang ada dijual di pasaran, Anis kata nampak 'plastik' sangat. So dia menggunakan idea ni...

Terima kasih Anis yang tak lokek dengan ilmu kecantikan.

Thursday, May 1, 2014

Up your pesona: Cara pakai selendang 2

Ni lagi satu cara pankai selendang.  Anis ni rasanya dia memang suka pakai selendang 'crumble'. Senang nak urus dan tak perlu digosok.

Selendang Scrumble Express

Cara pakai macam senang... yang peting kena ada serkup rambut yang cover leher. Tapi model kali ni pakai sekup rambut biasa.

 1. Ikat aje hujung bahagian pendek ke belakang.

 2. Tarik hujung selendang dan pusing aje melilit kepala.

3. Kat bahagian leher terpulang le nak diketatkan sikit atau lebih longgar. Lepas pusing letakkan pin.

4. Biar aje macam tu. Kata Anis ni kalau kes emergency tetamu datang rumah. Tapi kalau nak bawak berjalan pun boleh. Mungkin boleh perbaiki bahagian hujung kiri.

Up your pesona: Cara pakai selendang 1

Ibu telah dihantar ke training "Up your pesona". Huhu mamang la ibu tak memposonakan kut mengikut firasat GM Marketing nih...

Dalam training ni antara modulnya ialah:
1. cara pakaian/ dressing mengikut keperluan tugas dan event
2. gabungan warna. Setiap peserta diklassifikasi mengikut kesesuaian warna "cool"atau "warm"
3. cara make-up asas yang perlu... yang ni ibu fail la kan. Dah lama meninggalkan dunia make-up ni.
4. Cara pakai selendang... pun ibu dah maleh nak pakai. payah nak pakai balik lepas solat.

Trainer yang mengajar kami cara pakai tudung bernama Anis. Ibu cuba jugak google nama dia... tak jumpa la pulak.

Selendang: Half moon

1. Gunakan bahagian yang melengkung untuk letak di bahagian depan/ atas kepala. Bukan bahagian lurus.

Sebab tu kat bahagian depan nampak macam berombak. Pastikan ambik bahagian belakang letak habis kebahagian bahu. Sementara itu lekatkan beberapa pin supaya kedudukan tetap.

2. Ambik bahagian belakang (bahagian kiri) dan pinkan ke kanan. Yang berombak tu nampak hidup.

3. Lepas tu pusing habis bahagian kanan. Masih ambik bahagian belakang tanpa mengganggu ombak.

4. Pin dan perkemaskan. Nampak macam senangkan.

Terima kasih saudari Anis...