Complimentary ticket... alhamdulillah. Sessi memujuk Hakeem supaya tak de la dia rasa balik kampung means hanya lepak kat rumah je lepas masuk MRSM
Kat kaunter tiket.
Kat pintu masuk. Dah ke sana beberapa kali, ni la kali pertama kami masuk daripada 'main entrance'
Tengok la tangan En Rosman kat mana...
Naik yang paling hujung. Muka sebelum mula dengan selepas of course berbeza. K Ngah sepanjang masa menjerit. K Long pulak kejap jerit kejap gelak. Siap boleh suruh adik dia bertenang lagi. En Rosman pulak asyik tergelak-gelak. Katanya kelakar tengok pompuan yang mengadap dia... muka merah padam. Ibu pulak punya takut, langsung tak bersuara. Masing-masing punya stail sendiri.
Hakeem tak layak dari segi ketinggian. Min 1.46m rasanya. Hakeem baru 1.38m. Terpaksa tunggu a few years lagi kut.
Siap buat satu pusingan. Memang gerun. Suruh naik lagi, rasanya tak mau dah kut.
Mini zoo... interesting jugak... burung-burung pun dilepas bebas macam tu jer.
Uwais dah siap pakai baju mandi. Theme park tak macam public swimming pool. Banyak songeh, nak kena pakai proper swimmng attire. Kata orang to be safe, pakai kain jersi.
Sampai awal tapi hari cepat panas. Uwais sebenarnya tak sabar-sabar nak masuk air.
Garang harimau ni. Siap mengaum depan cermin. Mungkin baju Hakeem striking sangat kut.
Satu-satunya gambar dalam air yang ibu ambik. Ibu kena serangan migraine... lepas naik kapal tu, terus tangkap kepala.