Monday, June 29, 2015

Masjid Selat Melaka... sejuk dan mendamaikan

Kami melangkah ke selatan balik dari Seri Pena... ke Melaka. Tujuan asal adalah untuk mengambil set panah 20 paun hadiah ibu kepada Uwais.  Penjualnya tinggal di Melaka. So alang2 ke selatan En Rosman mengambil kesempatan bertemu sang 'sifu' yang dah menceburi bidang memanah lebih daripada 10 tahun.

Air tengah surut... kalau air pasang rasanya akan nampak seperti masjid terapung. 

 Kubah yang simple tapi indah. Lampu kritalnya agak kecik

Kebetulan masa ziarah adalah selepas masuk waktu asar.  Ramai pengunjung ambil kesempatan bersolat asar... paling tidak 'tahiyyatul masjid'

Mengadap ke laut lepas.  Waktu air pasang angin pasti menderu-deru

Uwais beraksi bersama En Rosman.  Ramai juga tourist yang datang melawat

 Pandangan dari dalam masjid, mengadap ke laut

Anak-anak bergambar.

Rupanya di tiang-tiang bawah masjid ni, ada pemancing yang berjaya menangkap siakap.  Masa sampai tadi memang nampak sampan di bawah.
Cuaca cantik... sungguh menteramkan jiwa semasa berada di sini

Monday, June 22, 2015

Sri Pena NSTP... aktiviti cuti sambil berendam

Sejak akhir 2014, pihak pengurusan menutup Sri Pena dengan alasan untuk membaik pulih.  Terasa betul lama tak pergi ke sana. Kali terakhir pergi adalah pada 2013 rasanya....


Rupanya Sri Pena ni dibuka pada 1991. Lama la jugak. Bila pergi biasanya akan jumpa la muka-muka yang dikenali....

Mini fountain baru ada... sblm ni gonjeng je tempat ni.

Cantik selepas dicat... tapi yang sedihnya ada pokok yang dicabut. Kalau tak teduh la sikit. Kerusi rehat pun tak nampak bayang. Pelampung keselamatan pun tinggal beberapa biji jer...
Pandangan dari pantai... tanah sebelah dah terang. Mungkin akan naik hotel ke lepas ni. Tak le sunyi sangat. Kalau tak kiri kanan gelap.

Kolam penuh.  Kali ni dapat bilik bawah... memang paling best. Bukak sliding door, terus terjun. Hanya ada 4 unit sahaja, siapa cepat dia dapat.  One more thing, jangan la pergi weekend, memang berebut la.

Hari terakhir, Uwais masuk kolan daripada jam 8 pagi sampai tengahari nak balik.

The best thing about tempat ni ialah, check in time jam 4, check out time pukul 2... sempat la nak prepare lunch


5 kaki... ceh ibu tak jejak kaki kut. Memang pakai pelampung la
Mana la tempat yang u all boleh berendam sampai tengah malam... sini jer.  Malam pertama kurang orang... esok malamnya kolam penuh macam siang.

Ibu maleh nak masuk kolam.... tapi tak tahan iman jugak. Malam orang tak perasan sangat kita kan kan kan


Aktiviti mandi malam ni seronok, bila penat naik atas terus lena...

Aktiviti memanah di MRSM Trolak


Beberapa minggu sebelum balik cuti semester... pergi ziarah Hakeem.  Dia pun mengeluh lama tak memanah. So kami bergerak ke Trolak di samping memenuhi kehendak anak bujang.

Suasana selepas hujan. Mendung. Lecah.

Rupa-rupanya ramai kengkawan Hakeem memang menanti-nanti peluang menarik tali panah.

Sedikit tunjuk ajar daripada en Rosman yang juga baru berjinak-jinak dengan dunia memanah.


Masih takut-takut.  Tapi ada jugak yang nampak 'sajak' dan mampu menarik tali panah...

Mengutip anak panah beramai-ramai. Ada cara juga nak menarik anak panah, silap hari bulan boleh bengkok.

Nasib baik berjaya bukti kepakaran...