Tuesday, November 8, 2016

Pemandangan Unik Teluk Cempedak

Pemandangan daripada gigi air ke kawasan darat... menunjukkan pantai Teluk Cempedak ni sangat curam.  Sepanjang yang ibu perasan pantai di kawasan Timur Semenanjung lebih curam mungkin mengadap ke laut dalam, Laut China Selatan, berbanding pantai barat yang landai kerana hampir dengan Sumatera.
Jernihnya air... Maha suci ALLAH, syukur pantai ini masih terhindar daripada pencemaran
Uwais boleh cakap... ibu Uwais nampak flying fish.  Hmmm... hebat mata dia. Layan je la
Surut sangat. Banyak batu... tak tau apa pendapat kaki pancing.

Pantai seberang... nampak macam landai sebab berteluk agaknya.  Ibu tak turun ke sana... Terik sangat matahari

SUBHANALLAH... cantiknya kesan hakisan air pada batu ni.  Kalau muda lagi rasanya ibu akan turun ke sini. Tapi da tua2 ni dah pencen nak jadi adventure

Teluk Cempedak Yang Mendamaikan

Kali terakhir ibu ke Teluk Cempedak adalah semasa pregnantkan K Long... K Long pun dah 19 tahun.

Sebelum ni ibu datang air tengah pasang... ombak kat sini lebih kuat berbanding pantai2 di bahagian barat Semenanjung Malaysia.
Bertemankan Siti dan Denial.... Uwais dan Hakeem tak la kesunyian sangat. Biasanya suasana meriah bersama K long dan K Ngah. 

But, as time goes by... gathering everybody together is quite an effort huhu
Terik... angin pun tak de sebab pantai tengah surut.

Nasib baik ada kawasan teduh... jambatan yang menghubung antara dua pantai. 

Kawasan bawah jambatan di penuhi batu-batu yang bukan calang-calang besarnya. 

Usaha yang baik oleh pihak berwajib.  Tahniah!
Kawasan sebelah kiri adalah bukit yang dipenuhi pokok-pokok.... anak-anak sedang cuba mencari kengkawan dia orang... yang memanjat kat pokok2
Meneruskan perjalanan. Nak juga tengok apa yang ada di seberang sana
Hakeem... x kisah beraksi
Pemandangan pantai Teluk Cempedak di belakang. Memang sangat cantik. 

Subhanallah

Wednesday, July 13, 2016

Satay Hut Tg Karang... Kuala Selangor

Selama berbelas tahun berulang Kuala Selangor dan Tanjung Karang, 2015 baru mula cuba singgah di Satay Hut... alhamdulillah makanannya sangat-sangat tidak menghampakan.  Lepas cubaan pertama, setiap kali ada je time kena belanja orang, memang sini jadi pilihan.  Bagi yang datang secara kumpulan (cth anak-anak murid silat) disediakan bangku panjang. Memang lepak habis

 Google map...

 Mee... tengok udang memang tangkap leleh ...

 Nasik goreng USA... kalau perempuan tak kan mampu menghabiskannya sorang
 Inilah sataynye... memang terbaek

Hari Kebangsaan ... melaram dengan hasil tangan En Rosman

Budak-budak memang punya self confidence yg tinggi.  Kalau cikgu kata pakai pakaian beragam, masing-masing tak lepas peluang.

Menjelang hari meedeka, Uwais pun tak sabar-sabar nak pakai baju merdeka.Sib baik k long rajin belikan bendera... hanya jahit baju layang, samping ikatan pancong dan setanjak. Untuk budak 6 tahun, sekeping bendera cukup... modal tak sampai RM10.

Sebelum bergerak ke tadika
Aksi jer lebih

 
Tampal songket sikit... nampak la berbeza. Dapat hadiah beg... pakaian terbaik.