Tuesday, November 8, 2016

Pemandangan Unik Teluk Cempedak

Pemandangan daripada gigi air ke kawasan darat... menunjukkan pantai Teluk Cempedak ni sangat curam.  Sepanjang yang ibu perasan pantai di kawasan Timur Semenanjung lebih curam mungkin mengadap ke laut dalam, Laut China Selatan, berbanding pantai barat yang landai kerana hampir dengan Sumatera.
Jernihnya air... Maha suci ALLAH, syukur pantai ini masih terhindar daripada pencemaran
Uwais boleh cakap... ibu Uwais nampak flying fish.  Hmmm... hebat mata dia. Layan je la
Surut sangat. Banyak batu... tak tau apa pendapat kaki pancing.

Pantai seberang... nampak macam landai sebab berteluk agaknya.  Ibu tak turun ke sana... Terik sangat matahari

SUBHANALLAH... cantiknya kesan hakisan air pada batu ni.  Kalau muda lagi rasanya ibu akan turun ke sini. Tapi da tua2 ni dah pencen nak jadi adventure

Teluk Cempedak Yang Mendamaikan

Kali terakhir ibu ke Teluk Cempedak adalah semasa pregnantkan K Long... K Long pun dah 19 tahun.

Sebelum ni ibu datang air tengah pasang... ombak kat sini lebih kuat berbanding pantai2 di bahagian barat Semenanjung Malaysia.
Bertemankan Siti dan Denial.... Uwais dan Hakeem tak la kesunyian sangat. Biasanya suasana meriah bersama K long dan K Ngah. 

But, as time goes by... gathering everybody together is quite an effort huhu
Terik... angin pun tak de sebab pantai tengah surut.

Nasib baik ada kawasan teduh... jambatan yang menghubung antara dua pantai. 

Kawasan bawah jambatan di penuhi batu-batu yang bukan calang-calang besarnya. 

Usaha yang baik oleh pihak berwajib.  Tahniah!
Kawasan sebelah kiri adalah bukit yang dipenuhi pokok-pokok.... anak-anak sedang cuba mencari kengkawan dia orang... yang memanjat kat pokok2
Meneruskan perjalanan. Nak juga tengok apa yang ada di seberang sana
Hakeem... x kisah beraksi
Pemandangan pantai Teluk Cempedak di belakang. Memang sangat cantik. 

Subhanallah