Thursday, December 7, 2017

Again... bowling penutup 2017

Untuk tahun 2017 ni kami buat keputusan untuk tukar waktu game daripada malam kepada pagi. Mengambil kira kehadiran Qistina, takut habis lewat sangat. Last year habis game jam 1 pagi.

 This time lebih meriah, ada hadiah dan cabutan bertuah... terima kasih atas contribution.

 Team husband n wife... ibu nampak macam pakai kain, tapi dalam pakai trek bottom. Konon nak menang, tapi hajat tak kesampaian sebab prestasi merudum.

Team teruna dan 3 dara. Kali ni Ucu bermain dengan mantap. Hebat la... Tahniah dapat tempat ke 2.

 Team pagar... Tahun depan hanya Uwais dan Syafi yang tinggal untuk guna pagar.  Yang lain dah nampak potensi balingan tak masuk longkang.

Sambutan birthday Ucu...

 Hanya jeliter je yang dibenarkan bergambar.

 Foto ni ibu join sekaki.

 Pemenang No 1...Erman, sekali perform dah cemerlang.

 Un pun kali ni menunjukkan belang.  Tak boleh jadi. Ibu kena training untuk tahun depan.

Team ni menang 4 hadiah cabutan bertuah daripada 5. So tak ada la balik tangan kosong. Tengok gaya Uwais... penuh aksi.





Monday, November 27, 2017

Laksa... laksa. This time kat Ipoh. Laksa telur sarang

Balik dari kenduri, Ucu nak juga singgah makan laksa. Ibu jarang makan laksa beli, takut tak memenuhi selera anak tekak. Biasanya Mak Esah, mama or ibu Hasmah yang buat... mereka ni memang terbaek. Lepas la QC mak Besah. Cuma malangnya, mak Besah punya laksa, sendiri QC pun tak lepas. Tapi insyaallah, kalau laksam tidak menghampakan... cuma kemalasan mengatasi segalanya.

Ni cop nama kedai. Google map memang boleh detact. Tak perlu cari alamat. Kira hebat la kedai ni.

Hakeem bergambar di pintu masuk ke ruang untuk order. Dalam memang penuh. Ni pun nasib baik hujan. Kalau tak mungkin lebih ramai pengunjung.

Nostalgia masa dok setinggan... begitu ke dia nak bagi feeling, tak sure. Tapi cara design tu lain dari yang lain.

Dalam, beratur panjang. Order sendiri, bukan table order. Kita kat KFC selalu je buat. Tak de masalah pun.

Ini lah rupa paras laksa ni. Semangkuk laksa RM4.50 tapi air tak pasti... sebab Ucu yang order. Kami hanya minum ais kosong...
menambah nikmat rasa laksa sebenar gitu.

Kalau angkat telur tu memang macam bersarang... ibu memang suka makan laksa dengan telur goreng. Tapi selalunya kitorang akan pukul dan goreng nipis. Gulung dan potong halus. Itu pun sedap sungguh.  Biasanya kalau makan laksa sanggup goreng telur macam tu. Pun perlu ada skill golek kuali.

Disebabkan masih kenyang kami hanya beli 3 mangkuk. Tu pun licin, sebab ada kaki yg minat isi, ada juga kaki yang minat kuah so tak ada la yang tersisa.... Alhamdulillah

Saturday, November 18, 2017

Majlis aqiqah Nuryn Qistina

Tanggal 18 Nov, Mama Tamm mengadakan majlis aqiqah Qis. Ibu tumpang Ucu ke Ipoh. Bergerak sekitar jam 11.30am selepas Ucu ambik ibu di UM.

Bukan main happy lagi wajah princess Nuryn Qistina.. Moga besar jadi anak solehah... qurratu 'ayun

Ni gambar keluarga Erman. Kecik-kecik pelamin da macam ni...

 Alhamdulillah... kena uli pun masih boleh tersenyum.

 Qis, mama dan Papa...

 Gerombolan anak cucu Mak Esah dan Pak Hashim.

Pelamin Qis tak padan.

Intan dan maknya turut datang menyerikan majlis. Ipoh jadi tempat pertemuan dengan Ucu. Dapat la juga luangkan masa beberapa jam bersembang dan bercerita.

Terima kasih untuk mak Intan yang banyak memberi kata-kata semangat dan peransang berdasarkan pengalamannya...

Antara juadah yang disediakan... disamping itu ada jugak gulai tempoyak dan roti cicah kuah durian.

 3 bujang bertemu.

Mamanya bersama anak daranya Siti Adlina Husna.

Bersiap untuk pulang. Mama menghala ke utara, kami balik ke KL.  Cuaca pun nampaknya semakin mencemburui. Memang betul pun... elok sahaja masuk Bandaraya Ipoh, hujan pun turun dengan lebat.


Uwais as usual... penuh aksi sampai kadang-kadang terpaksa delete je gambar sebab tak sanggup tengok rupa dia yg buat spoil gambar orang lain.

Pop corn...

Ni pula hadiah untuk Qistina hasil jahitan K Long

Saturday, October 21, 2017

Melapangkan fikiran ke Melaka

Ucapan terima kasih kepada Rewardsandyou kerana memberikan perkhidmatan cemerlang dalam melayan kerenah pelanggan.

Ibu dapat voucher penginapan 3 hari 2 malam kebeberapa hotel di Malaysia. Setelah mencari lokasi yang paling dekat serta mencari hotel yang mempunyai swimming pool, ibu buat booking. Barang free, banyak syarat-syarat. Kena booking 3 bulan daripada tarikh, hanya boleh hari bekerja, cuti kena bayar surcharge lagi. Semua komunikasi adalah melalui email. Memang terasa lambat, hari ni email esok baru reply... berhari dan makan minggu baru selesai.  Once submit booking, bayar RM100, since ibu pilih check out hari sabtu kena surcharge lagi RM80. Tapi secara amnya masih murah.

Kali ini ibu pilih Mahkota Hotel, Melaka. Memang sangat puas hati dengan kelancaran proses check-in dan check-out.

Swimming pool ni namanya dolphin... ada 3 ekor kat dasar.  Ada lagi satu di kawasan hadapan berdekatan dengan lobby. Memandangkan kawasan hotel ni luas, 8 blok, maka keperluan swimming pool adalah tinggi. Hotel Mahkota ni sangat sesuai untuk percutian keluarga sebab sebenarnya ia adalah apartment, 1 bilik dan 2 bilik.

Rezeki ibu dapat apartment di tingkat 11 betul-betul mengadap swimming pool.

Ini pandangan blok ibu dari swimming pool. Strategik. Walaupun free, tak de la kena campak entah mana-mana.

Fountain umbrella ni, hanya dibuka pada hari Sabtu. Tak pasti hanya buka during weekend je ke atau 'sedang diperbaiki' masa hari khamis dan jumaat tu.

Jacuzzi pun ada. Kat belakang tu ada gelonsor air. Pun sama, buka pada hari sabtu. Sebelum tu pihak pengurusan tutup, siap ada tali yang menghalang kanak-kanak naik.

Sepanjang dok sana, tak pergi berjalan mana-mana pun. Hanya menziarahi kawan dan cari makan. Hari terakhir pun kawan En Rosman datang hotel.  Kalau bercuti untuk berjalan-jalan kena cari hotel yang tidak menyediakan swimming pool. Tapi kalau tak ada, merajuk pula budak-budak.

Ni aksi terjunan Uwais ... seronok sangat kalau orang ambik gambar dia.  Uwais pun da pandai mengapung badan cara melentang cuma belum berani berenang free style.

Ini pemandangan menghala ke Selat Melaka. Sangat cantik terutama di waktu menjelang senja. Sayup-sayup kelihatan Masjid Selat. Kitorang dah pernah solat di sana pada 2016.

e
Ada 2 tempat makan yang kita orang kunjungi... tapi yang ni memang puas hati. Kedai ni En Rosman makan asam pedas telur Ikan tenggiri. Asam pedas ni memang memenuhi citarasa kami.  Siap minta tambah kuah. Yang lain makan nasi lemak ayam.  Sedap juga... lapar pun sama.

Untuk sarapan, kami bergerak agak jauh... sekitar 6 km dari hotel. Makan roti canai bersama sambal sotong di Roti Canai Awang, rasanya kat area Bukit Beruang.

Sunday, September 17, 2017

Abadikan kenangan Qurban 2017

Semasa berada di kandang, kami bertemu seekor anak kambing baka kampung yang berusia 2 minggu. Sangat manja, ibunya dah selamat dijual ... langsung tak takut dengan orang. 

Ibu rasa ramai orang yang datang ke situ akan jatuh sayang dengan dia.

 Mula-mula Uwais segan nak pegang. Geli agaknya.

K Long yang nampak berkenan sangat, k ngah pula tak tau ke mana, geli katanya. Siap suruh tanya pekerja situ sama ada nak jual kambing tu.  Nampaknya mereka pun keberatan nak lepaskan anak kambing tu... alasannya sebab baby lagi.

 Siap hisap jari. Mungkin dia lapar atau rasa masin pada jari.

Masa nak naik kereta untuk bergerak balik, dia siap ikut sampai kepala menjulur masuk... agaknya seronok sangat masing-masing dok melayan dia.  Jenuh kena pindahkan ke tempat selamat. Risau terlanggar pula.

Kebetulan ada seekor ibu kambing di kandang, so anak kambing ni dapat bekalan susu kambing fresh dan tak perlu beli susu formula.  K Long memang semangat nak bela kambing.  Nak kena cari pembekal anak kambing pula lepas ni.


Tuesday, September 5, 2017

Qurban 2017... daripada Si Kacak kepada Abam Jambu

Untuk 2017 ibu tukar strategi... tahun lepas qurban di NSTP, tahun ni ibu cari sendiri pembekal kambing. Zaman maklumat dihujung jari, Mr Google pasti boleh selesaikan masalah.  Cuma cari lokasi kambing di Kuala Selangor sahaja. Ada beberapa... dan ibu pilih PJ Livestock Sdn Bhd pembekal lembu dan kambing dari Australia, lokasi kandang di Kuala Selangor adalah di Api-api. Ada website sendiri. Komunikasi hanya menggunakan Whatsapp dan transaksi Maybank2u.

Kambing ibu pilih sendiri, akibat last minute... rezki ibu adalah Abam Jambu. Yang segar bugar dan hensem semua dah ada pemilik. Redha... dah tertulis rezkinya begitu.

Ada tanda huruf R. Rasanya ni jenis merino, muka putih dan tirus tapi bulu agak kasar... yang jenis dopper lebih macho, bulu pulak cantik gebu. Macam-macam ciptaan ALLAH.

Kebetulan ada seekor ibu yang baru dapat baby. Geram tengok baby tu tapi ibunya garang betul. Siap hentak kaki bagi warning, very protective.

Yang macho dan gebus dah jadi milik orang. Yang besar tu lain harga. Paling besar dah macam ilama bentuknya.

Sebahagian lembu yang akan disembelih. Setakat waktu tu, hanya seekor yang masih belum di tempah.

Rumput napier yang ditanam untuk dijadikan makanan haiwan selain dedak.

Kandangnya dijaga bersih. Ibu bagi 5 bintang untuk hygiene.

Senang rupanya nak uruskan kambing untuk dibawa ke tempat penyembelihan.

En Rosman diajar cara menyembelih... sembelih orang pun berani katanya apalah sangat sembelih kambing.

Kata En Rosman, pisau yang digunakan untuk menyembelih tu mungkin mencecah harga RM200. Bukan cap ayam rupanya... berat bersih daging dan tulang ialah 12kg. Alhamdulillah, sebahagian disedekah, sebahagian dijamu kepada anak-anak silat dan kawan rapat mak ngah. Ibu sempat ambil bahagian peha lebih kurang 1.5kg untuk dimasak di rumah.

Semasa melapah daging ibu tengok bahagian lengan dan shoulder blade, terfikir dalam otak, bahagian ni agaknya yang paling digemari Rasulallah saw...