Thursday, June 29, 2017

SEKITAR KENDURI TAMM

Event terhangat 2016 adalah kenduri Tamm... tunggu gambar pengantin tak muncul2, maka ibu hanya boleh cilok gambar2 yang ada dalam phone ni la.

Perkongsian detik-detik kenangan dan kegembiraan semasa kenduri.


Photo booth...
Anak2 dara yang sedang membesar...

Uwais dengan dunia dia... pada dia da hensem sangat ler tu hmmm

Anak2 sedara sepupu yang datang daripada Seberang Perai

Sorang lagi anak sedara sepupu... rasanya tak lama lagi naik pelamain la tuh

Anak-beranak, menantu plus cucu Pak Tam daripada Nibong Tebal

Team En Rosman, lepak bawah rumah instead of dalam khemah... plus memantu Mak Kecik daripada Nibong Tebal

Team Wanita UMNO cawangan Kampung Pak Darus.  Geng Mak Esah. Mai satu van... sambil ziarah Pak Hashim. Ada la jugak sikit2 adegan drama air mata. Bertahun tak jumpa tuhhh
Pandangan lain team Wanita UMNO Kg Pak Darus... Ucu tengah entertain sebagai tuan rumah


Kawan-kawan K Ngah yang membesar sejak kecil di Teratai. Generasi pertama yang menduduki apartment ni sejak 2003.

Keluarga sepupu dari Seberang Perai. Sebaya ibu nih... masing2 maintain slim, ibu - ke laut huhu


Team bola Teratai pun join sekali... rezki depa. So dapat la coach jimat RM makan tengah hari.  Bunyi macam dapat masuk akhir pertandingan antara GUGUSAN @ Kota Damansara.
Pengantin dengan moto beso... Memang moto dia sendiri

Mak Kecik and Family

Gambar paling win... cucu lelaki Pak Hashim and Mak Esah