Sunday, September 17, 2017

Abadikan kenangan Qurban 2017

Semasa berada di kandang, kami bertemu seekor anak kambing baka kampung yang berusia 2 minggu. Sangat manja, ibunya dah selamat dijual ... langsung tak takut dengan orang. 

Ibu rasa ramai orang yang datang ke situ akan jatuh sayang dengan dia.

 Mula-mula Uwais segan nak pegang. Geli agaknya.

K Long yang nampak berkenan sangat, k ngah pula tak tau ke mana, geli katanya. Siap suruh tanya pekerja situ sama ada nak jual kambing tu.  Nampaknya mereka pun keberatan nak lepaskan anak kambing tu... alasannya sebab baby lagi.

 Siap hisap jari. Mungkin dia lapar atau rasa masin pada jari.

Masa nak naik kereta untuk bergerak balik, dia siap ikut sampai kepala menjulur masuk... agaknya seronok sangat masing-masing dok melayan dia.  Jenuh kena pindahkan ke tempat selamat. Risau terlanggar pula.

Kebetulan ada seekor ibu kambing di kandang, so anak kambing ni dapat bekalan susu kambing fresh dan tak perlu beli susu formula.  K Long memang semangat nak bela kambing.  Nak kena cari pembekal anak kambing pula lepas ni.


Tuesday, September 5, 2017

Qurban 2017... daripada Si Kacak kepada Abam Jambu

Untuk 2017 ibu tukar strategi... tahun lepas qurban di NSTP, tahun ni ibu cari sendiri pembekal kambing. Zaman maklumat dihujung jari, Mr Google pasti boleh selesaikan masalah.  Cuma cari lokasi kambing di Kuala Selangor sahaja. Ada beberapa... dan ibu pilih PJ Livestock Sdn Bhd pembekal lembu dan kambing dari Australia, lokasi kandang di Kuala Selangor adalah di Api-api. Ada website sendiri. Komunikasi hanya menggunakan Whatsapp dan transaksi Maybank2u.

Kambing ibu pilih sendiri, akibat last minute... rezki ibu adalah Abam Jambu. Yang segar bugar dan hensem semua dah ada pemilik. Redha... dah tertulis rezkinya begitu.

Ada tanda huruf R. Rasanya ni jenis merino, muka putih dan tirus tapi bulu agak kasar... yang jenis dopper lebih macho, bulu pulak cantik gebu. Macam-macam ciptaan ALLAH.

Kebetulan ada seekor ibu yang baru dapat baby. Geram tengok baby tu tapi ibunya garang betul. Siap hentak kaki bagi warning, very protective.

Yang macho dan gebus dah jadi milik orang. Yang besar tu lain harga. Paling besar dah macam ilama bentuknya.

Sebahagian lembu yang akan disembelih. Setakat waktu tu, hanya seekor yang masih belum di tempah.

Rumput napier yang ditanam untuk dijadikan makanan haiwan selain dedak.

Kandangnya dijaga bersih. Ibu bagi 5 bintang untuk hygiene.

Senang rupanya nak uruskan kambing untuk dibawa ke tempat penyembelihan.

En Rosman diajar cara menyembelih... sembelih orang pun berani katanya apalah sangat sembelih kambing.

Kata En Rosman, pisau yang digunakan untuk menyembelih tu mungkin mencecah harga RM200. Bukan cap ayam rupanya... berat bersih daging dan tulang ialah 12kg. Alhamdulillah, sebahagian disedekah, sebahagian dijamu kepada anak-anak silat dan kawan rapat mak ngah. Ibu sempat ambil bahagian peha lebih kurang 1.5kg untuk dimasak di rumah.

Semasa melapah daging ibu tengok bahagian lengan dan shoulder blade, terfikir dalam otak, bahagian ni agaknya yang paling digemari Rasulallah saw...

Saturday, September 2, 2017

3D Interactive Park & Toy Muzium @ The Shore Melaka (2)

Post ni tentang 3D Interaktif  Park pula.

Bagi sesiapa yang datang dengan tiket percuma, sila la beli spek 3D. Kalau tak image 3D, tak dapat dilihat. Ibu cuba install App 3D spek dalam AppStore tapi image tak menjadi, so akhirnya ibu beli la juga spek tu.  Tapi bagi yang beli tiket dikaunter, mereka akan dibekalkan dengan spek siap-siap.

I like...sakan masing-masing bergambar. Semua boleh dapat award pelakon aksi popular.

Pandangan 3D hanya betul pada posisi yang di tetapkan.  So, nak ambil gambar kena ambil pada spot yang ditanda... baru nampak real.

K Ngah dan Uwais tak de masalah dengan memek muka... kan masing-masing suka berdrama

Nak angkat sangat. Buka ringan gold bar tu... berat kut

Daripada enam orang ni, sapa yang paling tak de perasaan... hadoi spoil betul. Orang tengah kritikal, boleh pulak dia senyum. Hmmm...

Ko belasah K Long tu Hakeem. Bukan senang dia mengecut jadi kecil macam tu
Hebat tak masing-masing bila gambar da kena rotate?


Terapung? Dalam air pun belum tentu, kat awang-awangan... memang tak la
 Hakeem... tenaga dragon ball dah ditransfer

Ibu suka kat area ni, cantik sangat. Tapi tak boleh lama-lama. Pening









3D Interactive Park & Toy Muzium @ The Shore Melaka (1)

2017 ni tak banyak aktiviti bersama keluarga. Sabtu ibu sebok dengan kelas dan En Rosman pun busy dengan aktiviti silat daripada pagi sampai malam.

Rezki ALLAH kali ni dapat tiket ke tempat yang lain dari yang lain. Tapi untuk pertama kali pulak kami ke Melaka balik hari, selalunya kami akan bermalam. Bertolak 8.30am... jam 5.30pm dah sampai rumah balik.

Di The Shore ni mula-mula kami ke Toy Muzium. Memang menarik, tapi tak la kami luang masa yang panjang di sini.

8 tiket... kali ni rezeki Amirul dan Anuar pula.

Agak-agak kalau orang tengok kami yang beramai-ramai ni, ada tak orang terfikir yang anak-anak ibu seramai ni. Kalau da besar memang la nampak seronok, tapi bayangkan kalau masa kecik ramai macam ni...

Aksi Hakeem. Seronok bergambar terutamanya yang kaki posing. Setakat ni yang nampak suka beraksi masa bergambar adalah Uwais.

 Hakeem mana entah...

Cikgu pun nak tumpang sekaki...

Masing-masing cari partner... memang kami spend masa yang lama di sini. Kalau ada orang, bagi laluan. Lepas tu bergambar semula.
Hulk... Kalau ikut cerita Hulk yang lepas ni, rasanya saiz Hulk lebih besar.







A new member in the family

Seminggu melepasi due date, Tamm terpaksa menyerah diri ke Hospital Sg Buluh. Jumaat.

Sabtu subuh2 kena induce... masa p melawat tengahari tu masih tersenyum. Belum sakit lagi.

K Long join sekali nak tengok Tamm. Sanggup tak pergi silat,

Ahad pagi bukaan baru 3cm. Ahad petang bukaan 4cm.

Malam jam 9pm Eman beritahu yang Tamm ditolak ke bilik OT sebab baby dah buang najis dalam perut... ni la risiko kalau overdue.



Kul sebelas belum dengar khabar berita... hampir jam 12, Eman hantar gambar si kecik. Ni gambar lepas iqamat. Dalam gambar nampak macam besar. 2.5 kg jer... kecik macam mama dia, tapi panjang macam ayah dia, 57cm.

 Masa ni Eman kata belum lagi jumpa Tamm.

Tok, daripada awal Tamm admit, teringat-ingat nak jumpa anak dia tapi terpaksa bersabar. Once dah tahu Tamm bersalin, ceaser pulak tu, ibu ambik cuti bagi peluang tok ke hospital dan ibu jaga wan.

Ni keluarga belah Eman...

Uwais antara yang tak sabar nak pegang baby...

Hakeem dapat tengok baby kat hospital. Rezki dia sebab MC 2 hari, tonsil bengkak