Saturday, October 21, 2017

Melapangkan fikiran ke Melaka

Ucapan terima kasih kepada Rewardsandyou kerana memberikan perkhidmatan cemerlang dalam melayan kerenah pelanggan.

Ibu dapat voucher penginapan 3 hari 2 malam kebeberapa hotel di Malaysia. Setelah mencari lokasi yang paling dekat serta mencari hotel yang mempunyai swimming pool, ibu buat booking. Barang free, banyak syarat-syarat. Kena booking 3 bulan daripada tarikh, hanya boleh hari bekerja, cuti kena bayar surcharge lagi. Semua komunikasi adalah melalui email. Memang terasa lambat, hari ni email esok baru reply... berhari dan makan minggu baru selesai.  Once submit booking, bayar RM100, since ibu pilih check out hari sabtu kena surcharge lagi RM80. Tapi secara amnya masih murah.

Kali ini ibu pilih Mahkota Hotel, Melaka. Memang sangat puas hati dengan kelancaran proses check-in dan check-out.

Swimming pool ni namanya dolphin... ada 3 ekor kat dasar.  Ada lagi satu di kawasan hadapan berdekatan dengan lobby. Memandangkan kawasan hotel ni luas, 8 blok, maka keperluan swimming pool adalah tinggi. Hotel Mahkota ni sangat sesuai untuk percutian keluarga sebab sebenarnya ia adalah apartment, 1 bilik dan 2 bilik.

Rezeki ibu dapat apartment di tingkat 11 betul-betul mengadap swimming pool.

Ini pandangan blok ibu dari swimming pool. Strategik. Walaupun free, tak de la kena campak entah mana-mana.

Fountain umbrella ni, hanya dibuka pada hari Sabtu. Tak pasti hanya buka during weekend je ke atau 'sedang diperbaiki' masa hari khamis dan jumaat tu.

Jacuzzi pun ada. Kat belakang tu ada gelonsor air. Pun sama, buka pada hari sabtu. Sebelum tu pihak pengurusan tutup, siap ada tali yang menghalang kanak-kanak naik.

Sepanjang dok sana, tak pergi berjalan mana-mana pun. Hanya menziarahi kawan dan cari makan. Hari terakhir pun kawan En Rosman datang hotel.  Kalau bercuti untuk berjalan-jalan kena cari hotel yang tidak menyediakan swimming pool. Tapi kalau tak ada, merajuk pula budak-budak.

Ni aksi terjunan Uwais ... seronok sangat kalau orang ambik gambar dia.  Uwais pun da pandai mengapung badan cara melentang cuma belum berani berenang free style.

Ini pemandangan menghala ke Selat Melaka. Sangat cantik terutama di waktu menjelang senja. Sayup-sayup kelihatan Masjid Selat. Kitorang dah pernah solat di sana pada 2016.

e
Ada 2 tempat makan yang kita orang kunjungi... tapi yang ni memang puas hati. Kedai ni En Rosman makan asam pedas telur Ikan tenggiri. Asam pedas ni memang memenuhi citarasa kami.  Siap minta tambah kuah. Yang lain makan nasi lemak ayam.  Sedap juga... lapar pun sama.

Untuk sarapan, kami bergerak agak jauh... sekitar 6 km dari hotel. Makan roti canai bersama sambal sotong di Roti Canai Awang, rasanya kat area Bukit Beruang.