Wednesday, March 28, 2018

Ikano Power Centre IPC.... cuti sekolah Hakeem dan Uwais

Rasanya dah lama sangat tidak ke IPC. Selalunya tujuan ke sana adalah untuk ke Popular Bookstore. Kali terakhir pergi terfikir apasal lengang, rupanya bangunan ditutup untuk renovation.

Uwais memang selesa macam ni kalau membaca. Buat macam kat rumah. Popular yang baru ni tidak macam dulu yang ada ruang berkarpet untuk anak-anak lepak membaca. Memandangkan kebetulan tidak ramai pengunjung, Uwais berleluasa mengambil ruang.

Hakeem pula sibuk mencari buku rujukan untuk SPM. Harap-harap Hakeem lebih bersedia untuk SPM berbanding PT3 yang ibu nampak kurang serius mengulangkaji pelajaran.

Luangkan masa membaca. Komik yang jadi tumpuan berbanding buku rujukan. Lokasi ini adalah di ruang legar IPC, tingkat yang sama dengan Popular.

Ada challenge SPARTAN KIDS. Dengan pembelian lebih RM100 di mana-mana kedai di IPC layak untuk dapat 1 tiket untuk menyertainya. So resit buku digunakan. Dapat satu tiket. Kebetulan Uwais dan Hakeem ni gayat. Tengok kena panjat tinggi, masing-masing kecut perut.

Jenuh juga pujuk sebab rugi tiket. Akhirnya Hakeem setuju. Mula-mula pihak pengurusan bagi penerangan dulu tentang challange ni kepada peserta.

Ada pula rupanya sorang lagi peserta. Buat serentak, sekurang-kurangnya ada la pesaing.

Kedua-dua peserta nampaknya buat aktiviti dengan santai. Nampak masing-masing tidak menghadapi tekanan akibat lawan yang lebih hebat.

 Potensi lebih kurang sama.

Kena tarik pemberat. Tidak adil la dapat pertolongan pihak pengurusan.

Ini adalah cabaran terakhir. Masa naik, Hakeem agak ketinggalan.

Dengan menghadapkan badan ke hadapan, teknik turun ni lebih pantas sehingga mengatasi pihak lawan. Masa keseluruhan 1 minit 34 saat. Kalau ikut senarai peserta, ada yang bawah 1 minit. Hebat sungguh depa...

 Dapat sijil penyertaan. Uwais pula yang terlajak excited.

Kenangan cuti sekolah penggal pertama 2018.





Monday, March 19, 2018

Appointment masalah mata Hakeem @ Hospital Sg Buloh

Mata Hakeem tiba-tiba jadi juling, alhamdulillah dapat surat rujukan Poliklinik Kota Damansara ke Hospital Sg Buloh.

Memang sengaja tunggu cuti sekolah untuk temujanji.

Orang memang ramai... kat registration sahaja ambil masa hampir satu jam. Ibu faham sebab perkhidmatan disediakan untuk pelbagai klinik. Kes Pak Hashim pun refer kat tempat yang sama.

Pesakit sebenarnya tidak la ramai mana, peneman yang buat kawasan nampak crowded. Hakeem je datang berempat. Warga tua pula kebanyakan ditemani pasangan atau anak-anak.

Kedudukan tandas yang hampir dengan kaunter sangat-sangat memudahkan pengguna.

Persediaan Uwais... bawa game untuk kurangkan kebosanan menunggu.

Selepas asyik kalah main dengan abang, buat aktiviti membaca pula. Menyulur di mana-mana asalkan dia nampak kawasan tu bersih... ibu jenis tidak cerewet bab ni. Balik rumah, boleh mandi.

Ni di klinik mata... cari port yang lengang untuk menonton video kartun... ruang klinik mata sebenarnya lebih crowded sampai terpaksa berdiri. Memang banyak kerusi disediakan untuk kemudahan tetapi memang tak akan cukup menampung kapasiti pengunjung.

Staf klinik tenang dan profesional.  Melayan kerenah pesakit yang pelbagai ragam.

Kesimpulan pertemuan dengan doktor (bahasa ibu):
1. Memang jelas kejulingan. Tapi kes Hakeem adalah juling pendam
2. Ada droppy pada mata kiri. Kedudukan mata hitam Hakeem nampak lebih rendah.
3. Hakeem has a very good control of his eyes. Semua ujian tidak boleh justify yang mata dia tu sebenarnya juling.
4. Tiada kerosakan saraf.

Akan ada appointment lagi pada bulan depan.



Monday, March 12, 2018

Jatuh cinta dengan pengajian hadis... Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM)

Alhamdulillah, segala pujian tidak terhingga dengan limpah kurniaNya terhadap hambamu yang sedang mencari sinar.

Tahun ni adalah tahun ke3 mencedok ilmu daripada cendikiawan hadis di Universiti Malaya, walaupun masa zaman ijazah tidak berpeluang menjadi pelajar UM dan tidak berpeluang menceburi bidang Agama. Hikmahnya... hanya Allah yang mengetahui.

UM menyediakan modul yang bersesuaian bagi golongan yang meminati aliran hadis untuk mendalami dan mempelajari selok belok dunia hadis. Di sini, mereka yang hadir adalah dari berbagai latar belakang pengajian dengan niat murni yang satu iaitu mendalami sedikit sebanyak ilmu hadis bagi panduan dalam beramal yang benar.

Setelah sekian lama tak merasai kesungguhan mentelaah, ulangkaji serta debaran mengambil peperiksaan, inilah masanya. Terubat rindu zaman belajar dulu...

Kelas hanya 2 jam setiap hari Sabtu, tapi pengisiannya sungguh padat. Pengambilan pelajar adalah pada bulan Mac dan September. Setiap semester ada 16 minggu dengan 1 peperiksaan, terbuka kepada yg berminat. Terdapat 4 mata pelajaran bagi setiap semester.

Tengok subjek... untuk seorang bekas pelajar Statistik, memang menggerunkan. Terasa sangat2 menyesal kerana semasa ALLAH beri kesempatan belajar Lughatul Arabiyah dulu, tak belajar bersungguh-sungguh.

Melihat kepada warna beg, masing-masing boleh kenalpasti aliran yang diambil pelajar. Ada warna biru, hijau dan ungu.

Prof Madya Dr Faisal Ahmad Shah, asatizah yang bertungkus lumus terlibat dalam memperkenalkan aliran hadis sebagai satu modul yang sesuai bagi golongan awam.

Jazakallahu khairan, Dr.