Tuesday, December 10, 2019

Gold Coast Morib, Banting

Konon ibu janji dengan Uwais untuk bawa dia ke Theme Park. This time tak mau pergi jauh-jauh. Penat travel bila dah tua-tua ni.

En Rosman bagi link pembelian voucher Gold Coast Morib. Selepas tengok review dan gambar-gambar Google... ok la.

Beli voucher bulan Oktober 2019, valid sampai April 2020.

Voucher penginapan RM150 termasuk 4 tiket masuk ke taman tema dan 2 breakfast. Ibu tambah lagi 2 tiket dan bilik mengadap kolam. So total cost:
1. Penginapan + 4 tiket theme park: RM150 (bayar pada agen)
2. Tiket theme park dewasa dan kanak-kanak: RM25 + RM18 (bayar pada agen)
3. Postage of voucher: RM8 (bayar pada agen)
4. Bilik mengadap kolam: RM20 (bayar di kaunter)
5. Surcharge cuti sekolah: RM50 (bayar di kaunter)

 Padangan dari tingkat 2... Nampak memang cantik.

Weekdays tak berapa ramai orang, mungkin weekend akan lebih ramai, terutamanya dari kalangan ibu-bapa muda,

Pengalaman:
1. Pejalanan:
Ingatkan Banting dekat... tapi sebenarnya jauh jugak, Gerak jam 2, sampai jam 4.30 pm.  Check-in mula jam 3 pm.

2. Check-in
Beratur untuk check-in lebih 30 minit. Sangat lama dan sangat perlahan. Pelanggan depan ibu komplain mengatakan "paling lama berbanding tempat-tempat lain yang dia pernah menginap". Dapat bilik tingkat 4. Lif pula rosak. Guna lif lain yang menyebabkan kami terpaksa buat pusingan 'U' untuk sampai ke bilik.

3. Bilik
Bilik tingkat 4, air-cond rosak. Nasib baik dapat tukar bilik lain Tingkat 2 yang dekat dengan lif yang berfungsi. Proses pertukaran senang. Bilik bersih dan elok.

4. Jakuzzi
Jakuzzi berfungsi dengan baik cuma penutup lubang tak ada. Tak pasti sama ada kena minta di kaunter atau apa. Terpaksa menggunakan initiatif sendiri untuk menutup lubang tu. So masalah selesai. Sepatutnya room service kena pastikan semua peralatan lengkap dan sempurna... (gambar untuk koleksi peribadi sahaja sebab tak bertudung)


5. Sinki
Sinki tak tersumbat, tapi lubang bawah bahagian lantai yang tersumbat. Terlupa pulak ibu nak buat laporan di kaunter.

6. Theme park
Untuk keluarga yang anak-anak dah besar panjang dan masing-masing dah pandai berenang memang tak sesuai datang ke sini kalau setakat nak ke Theme park - tak mencabar. Anak-anak ibu kata "sendu". Kami hanya mandi di kawasan sungai yang airnya agak dalam. Nasib baik la Uwais bawa pistol air yang beli di DIY, so tak la bosan sangat.

7. Pantai dan aktiviti pantai
Pantai sangat-sangat cantik. Pasirnya halus dan gebusssss. Kita orang bawa bola volley ball. Main kat pantai. Antara aktiviti yang disediakan adalah flying fox, naik kuda padi, jalan atas tali gantung (tak ingat nama apa) etc.

 Ni waktu pagi... sambil-sambil nak tunggu untuk mandi kolam.

 Kuak lentang En Rosman.

 Akhirnya give-up main bola tampar, tukar main pasir pula

Wefee...

Kena panjat sendiri, tangga belum disediakan sebab staf bertugas belum mulakan tugasan

Dah on the way nak balik... kesian Uwais kepingin nak mandi laut. Tengahari air masih belum pasang


General speaking... apa pun suasana, asalkan aktiviti bersama keluarga, semuanya memberi kenangan indah.