Sunday, February 14, 2021

Mama Lijah, Mak Esah dan Syafi: ALLAH pilih masuk statistic pesakit Covid-19 Malaysia

Tanggal 9 Jan 2022 mama datang rumah Mak Esah. Sampai Sabtu tengah hari. Waktu ibu dan anak2 sampai, mama dan Tamm tengah bersiap2 nak keluar shopping. Ibu sempat bersalam dengan mama, lepak sekejap sebelum balik sebab nak sediakan makan untuk En Rosman. Anak2 tinggal sebab plan malam nak datang semula untuk ambik anak2. 

Tiba2 menjelang maghrib, Ucu telefon suruh ambik anak2 segera. Mama dah dalam perjalan balik semula ke Taiping sebab suspect Covid-19. 

Mama tak demam tapi hilang deria rasa dan bau. Mak Esah buat laksa, tak rasa apa. Belacan letak depan batang hidung pun tak bau apa. Ucu, apa lagi meloncat la... Sebab ada tanda besar ianya adalah symptom Covid-19. 

Ahad Mama check, Isnin petang ambulance mai ambik untuk dibawa ke pusat kuarantin di Ipoh. 

Yah... Ini dia si gelang merah. 

Ahad Ucu angkut Mak Esah dan Husna buat swab test di Klinik ANDA, Kota Damansara. 

Pak Hashim, Doctor kena datang rumah untuk buat swab. 

Mak Esah didapati positif. Memandangkan Mak tak ada gejala, Mak kuarantin di rumah. 

Team ibu dan Tamm dihubungi pihak KKM Taiping. Pihak KKM Taiping sendiri yang mencari lokasi pusat kesihatan untuk buat swab test di kawasan berdekatan rumah. 

Pagi2 ibu dah sampai. Tak de orang lagi, tapi bila beratur, belakang jugak. Sabar je. 

Hampir seminggu menunggu baru dapat tahu keputusan team ibu dan Tamm negatif. Alhamdulillah. 

Situasi Selangor dan Taiping tak sama. Mungkin sebab terlalu banyak kes, walaupun rasa seperti tak dipeduli, tapi kami faham keadaan front liners yang bertungkus lumus. 

Sama ada kami kurang peka atau kurang informasi daripada pihak KKM. 

- Melilau kami mencari info bagaimana kami nak dapatkan status keputusan swab kami yang hampir seminggu senyap tanpa khabar berita. 
- Kami nak tanya kat mana nak buka gelang pun tak tahu nak tanya pada siapa.  Kebetulan nombor2 yang kami cuba hubungi tak dapat jawapan.
- Ucu yang buat test di klinik swasta, dalam keadaan Mak positif tak ada siapa pun yang hubungi. Mungkin untuk brief cara home quarantine macamana. At least kami pakai gelang, ni gelang pun tak ada, apatah lagi surat. 


Hanya 2 atau 3 hari habis tempoh kuarantin berakhir baru KKM telefon supaya datang ke Pusat Kesihatan untuk surat pelepasan. 

Hebat la Syafi, swab test drive-tru... Macam pergi fast food pulak

Balik sahaja mama ke rumah lepas kuarantin, Syafi didapati positif. Alhamdulillah, dia pun tak ada symptom. Cuma mama la kena second round kuarantin. Tapi this time kat rumah pula. 

Yang hebatnya, KKM Taiping siap datang rumah pasang gelang.

Yang pasti mama tak tau cluster apa. Close contact di ofis mama semua negatif. The only place to think of was IKEA. Mama pergi IKEA on Saturday 2 Jan 2021. That night IKEA Mutiara Damansara announced about the cluster and shut down the next day for sanitisation rasanya...

Birthday Ucu.. Diambang 2021

Mama datang cuti Tahun Baru sebab nak sambut birthday Ucu. Kemungkinan besar waktu ni lah mama kena kuman Covid-19 ni. So cluster mama, 3 individu. 

Pengalaman ini membuat kan Mak Esah fobia nak terima anak2 datang ziarah. 

Semoga kata semua dalam lindungan ALLAH hendaknya.