Menjelang Aidil Adha, ibu seperti biasa Insya-Allah akan sembelih kambing. Lembu, masih belum ada kemampuan.
Seminggu selepas buat pembayaran ibu ke kandang, kebetulan penjaga kandang kata ada banyak kambing baru masuk... so banyak la pilihan.
Akhirnya rambang mata. Niat nak ikut seperti yang disebut dalam hadis... gemuk, 2 warna, bertanduk. Hanya 2 warna je la yg boleh pilih sebab dengan harga yang ibu bayar, sekadar itu sahaja besarnya. Nak tunggu bertanduk, perlu 3 tahun usia kambing... tak tahu la pula berapa harganya.
Pesan penjaga kandang, kalau nak cari kambing yang banyak isi, tengok pada pahanya. Kalau peha berisi tu banyak la daging. Rambang la pula tengok peha kambing. Dah la nak tengok warna, nak kena tengok peha pula. Ada pula sekor yang baik dok dekat ibu sampai ibu boleh pula usap-usap kepala dia. Tapi tak ada pula ada hadis suruh cari kambing begitu. Keliru...
Akhirnya terpaksa minta penjaga kambing yang pilih. Dia pilih yang bulu nipis sebab kalau bulu tebal, tertipu dengan bulu sahaja.
Lepas 5 hari, ibu dapat panggilan mengatakan perlu ke kandang semula sebab kambing yang ibu pilih tu sakit dan akan disembelih. Tiba-tiba hati terasa hiba. Dah banyak tahun korban, ini kali pertama berlaku. Tapi inilah qada' yang telah tertulis.
Akhirnya hari Sabtu pergi rumah Mak Esah nak hantar Uwais sebab Mama datang dari Taiping. Kawan bergaduh Uwais datang, mesti nak main. Rancangnya ibu nak ke kandang dengan K Long berdua saja. Sekali rupanya semua nak ikut ke kandang. Udahnya meriah kandang tu dah macam lawatan sambil belajar ke kandang kambing.
Qistina bad mood ke tu? 2 aksi berbeza depan dan belakang.
Ucu sempat naik sekejap. Itupun bersenjatakan payung. Takut ada kambing terlepas kandang, katanya. Sabo je.
Ini la kambing yg ibu pilih. 2 warna... bulu nipis, harap-harap ada banyak isi.
Kambing ditanda dan diasingkan ke kandang lain.
Dalam berdebar-debar, ada juga pasang niat nak sembelih sendiri. Tapi penjaga kandang kata kami lelaki ada. Kami yang jadi imam, maka kami la yang sembelih. Nampaknya sampai bila-bila la tak merasa sembelih.
Masa nak sembelih kena Uwais yang akad bagi pihak ibu. Tak pasti ajaran sunnah atau tidak tapi setakat yang ibu belajar belum jumpa lagi hadisnya waima hadis dhaif pun tak ada.
Sebelum sembelih macam-macam la yang diucap selawat, takbir bagai... ibu kata tak payah la semua tu, baca "bismillahi Allahu akbar" saja. Tapi memandangkan dia dah ada skrip, dia ignore je apa ibu kata.
Bayar RM50 termasuk service melapah dan potong. Pisau dia, mak ai punya la tajam.
Inilah keseluruhan daging seekor biri-biri. Timbangan berat bersih tolak organ (ibu tak pandai masak) ialah 11.75kg. Alhamdulillah untuk harga yang ibu bayar anggaran berat bersih adalah 10-12 kg.
ربنا تقبل منا انك انت السميع العليم۔۔۔