Alhamdulillah lepas jatuh dan patah tulang pelvic, Mak Lang tinggal dengan anaknya kalau tak jenuh jenuh la nak ikut Google Map pergi rumah Mak Lang di Kampung.
Kalau ikut cerita Mak Lang, 5.15am mop lantai sebab belum masuk subuh. Akhirnya, terpeleot jatuh. Benda nak jadi.
Sebenarnya Mak Lang on and off masuk hospital. Sebelum ni patah tulang kaki. Kos besi sahaja RM4600. Yang patah tulang pinggul ni kos RM2400 (tak ingat nilai yang tepat). Tu tak kira masuk hospital sebab masalah paru-paru, banyak kali juga.
Pembedahan tak berjaya sebab doktor tak jumpa punca. Akhirnya dipindahkan dari Hospital Taiping ke Hospital Alor Setar.
Gambar Pak Teh Harun ziarah Hospital Alor Setar.
Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Mak Lang.
اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعفعنها