Kami bergerak jam 5 pagi dari Kota Damansara, isi NGV di jalan ke KLIA dan berpatah balik ke Sungai Pelek. Bersolat subuh di Masjid Sungai Pelek. Sampai di tepi pantai dalam jam 7.30 pagi.
Air tengah surut...
Jauh dah air surutnya...
Uwais dah tumbang. Tidur lewat dan bangun awal. Hanya sempat main sampai kul 2 pm. Pas tu dah tak mampu bertahan.
Team membuta. Nasib baik bawak buai. Seronok pulak datang hari Isnin... tak crowded. Kali ni datang tak payah pasang khemah pun sebab wakaf kosong.
So next time kalau datang, memang akan datang weekdays, baru aman dan tenteram... kalau tak, deretan khemah dah macam setinggan.
Lebih 10 tahun dulu, tempat ni lapang. Sejak terbinanya Sepang Gold Cost tu, sebahagian ruang pantai dah diambil.... so pantai sebelah sana dah jadi private beach.
Untuk rakyat marhaen ni... melukut je la
Nelayan pulang bawak hasil tangkapan. Jam 5 petang air dah surut semula. Air tak naik sangat. En Rosman kata airnya tenang sangat jadi hasil tangkapan tak seberapa. Sepanjang pengalaman ke Bagan Lalang itulah kali pertama kami 'encounter' air pasang mati.
En Rosman. Pukat tiga lapis tu... berat siot
Hasil tangkapan. Udang... Tangan k long tu, bukan tangan Uwais. Estimate berat 200+ gram.
Selainnya ikan2 kecik dan ketam.
Ketam... tak sabar nak makan tom yam sea food.
Hasil tangkapan. Boleh la nak seronok2
Bagan Lalang ni memang ada kecantikan tersendiri. Tapi kalau datang weekend memang kawasan ni akan penuh dengan khemah dan tikar pengunjung.
Sayup-sayup jauh airnya... kami gerak balik dalam jam 6 pm. Sebelum hari gelap.
No comments:
Post a Comment