Friday, May 14, 2021
Aidil Fitri kala PKP 3.0
Monday, May 10, 2021
Daurah Tafsir 2021
Sunday, May 9, 2021
Pak Hamid... Semoga ALLAH menempatkan hambaMu itu dalam kalangan mereka yang soleh
Adik Pak Hashim yang bongsu, meninggal di usia 57 tahun.
Pak Hamid sihat. Tapi begitu lah perancangan Allah tidak ada siapa yang mampu menghalang. Disengat lebah dalam kebun, mungkin dikepala. Ajak ke klinik tak mahu, dijumpai meninggal dalam rumah lepas balik dari kebun.
Seorang yang pendam, sama seperti Pak Hashim.
Kenangan ibu semasa kecil waktu ibu dan adik balik ke rumah tok, Pak Hamid selalu ajak main duit syiling, tikam dengan koci. Tapi apabila ibu semakin besar dan Pak Hamid semakin dewasa, kami sudah jarang bercakap. Bila kami sekeluarga balik ke kampung, Pak Hamid banyak berada di luar rumah. Balik sekejap-sekejap untuk makan dan mandi.
Pernah ibu teringat yang ibu terjumpa surat panggilan ke Maktab. Lepas tu ibu dengar Pak Hashim memberi teguran kepada Pak Hamid sebab menolak tawaran tersebut. Mungkin Pak Hamid nak jaga tok kut... Ibu tak pasti dan ibu pun tak bertanya lanjut kepada Pak Hashim, lagipun masa tu ibu masih sekolah rendah.
Masa berlalu... Dan ibu menganjak dewasa. Lepas tok meninggal Pak Hamid kerja kilang. Pernah tinggal dengan Mie masa Mie bujang sampai lah Mie berumahtangga.
Lepas tu Pak Hamid tinggal dengan Mak Lang di Selama.
Kali terakhir ibu jumpa Pak Hamid adalah beberapa tahun dulu masa dia datang menziarahi Pak Hashim, abangnya. Bila dipelawa makan nasi di rumah, cepat-cepat Pak Hamid start motor dan balik.
Semoga ALLAH mengampuni dosanya dan ditempatkan di kalangan HambaNya yang soleh. Amiin.