Friday, May 14, 2021

Aidil Fitri kala PKP 3.0

Another year of pandemic. Looks like this won't last soon.

Anyway, hidup diteruskan. 2 perayaan besar umat Islam adalah AIDIL FITRI dan AIDIL ADHA. Sikit sebanyak nak la juga dirai.  So, instead of ambik gambar indoor... Kami anak-beranak turun bawah beraksi macam nak pergi beraya. Tapi hanya ambil gambar kenangan untuk tatapan kemudian hari.  Selalunya kalau pergi beraya, kami akan bergambar di perkarangan rumah saudara mara. Tahun ni bergambar di kawasan rumah sendiri...

Monday, May 10, 2021

Daurah Tafsir 2021

Perancangan ALLAH adalah yang terbaik buat ibu. Terasa segalanya ALLAH permudahkan, ALLAH lorongkan. Hanya perlu meminta, merintih, marayu, mengadu tanpa perlu mengajar ALLAH mengikut kehendak kita. ALLAH sudah sediakan aturan yang paling indah, paling cantik mengikut keperluan hambaNya.

Tanggal 1 Syaaban 1442, ibu berkesempatan menghadiri Daurah Tafsir di bawah kelolaan Ayah Aji @ Madrasah Tafsir Sunnah, Bandar Pinggiran Subang. Penginapan dan makanan disediakan percuma. Cuma tunggu orang yang ada inabah dan sanggup luang masa.  Sesungguhnya taufiq dan hidayah milik ALLAH jua. 

Kelas 3 kali sehari, sekitar 7 jam sehari. Jangkaan 30 juz tafsir dapat dikhatamkan seminggu sebelum Syawal. Ibu tak berkesempatan  bermalam di madrasah. Maka, agak terkejar-kejar berulang alik kadang-kadang sampai 3 kali sehari. Terdapat sikit kekangan yang ALLAH bantu laluinya... Dalam hati ibu terdetik, ALLAH tahu kesulitan yang hambaNya hadapi, segalanya tak mungkin sia-sia... pasti akan ada ganjaran, Insya-Allah.

Ilmu Quran inilah harta paling berharga yang ALLAH beri setelah sekian lama mencari. Alhamdulillah, di madrasah ibu berkesempatan berkenalan dan berjumpa dengan insan-insan yang sama-sama dalam proses belajar dan mencari kebenaran. 

Sesi pembelajaran. Pelajar tahfiz duduk, pelajar dewasa disediakan kerusi. 

Peluang QnA dengan Ayah Aji lepas sesi kelas. Perkara inilah pelajar yang ikuti kelas secara online tak peroleh. 

Malam kadang-kadang bawa Hakeem dan Uwais. K long dan K Ngah pun ada beberapa kali datang. Semoga ALLAH buka hati insan-insan tersayang disekeling ibu untuk belajar Ilmu Quran. Ni solat terawih, ibu cuti... Tu yang ambil gambar curi. 

Sesi bergambar setelah Daurah Tafsir 2021 tamat. Hari terakhir. Anak-anak tahfiz seronok sangat sebab esok masing-masing akan pulang ke kampung halaman  untuk menyambut SYAWAL. Lusa bermula PKP di 6 daerah di Selangor. Alhamdulillah, cantik aturan Allah. 

Antara pelajar wanita yang hadir semasa hari terakhir. Ada juga pelajar wanita lain yang tak berkesempatan bersama dihari terakhir. Mak Aji pun datang sama-sama bermesra dengan pelajar Ayah Aji. 

Semoga ALLAH beri peluang ibu menghadiri Daurah tiap tahun untuk kemantapan Ilmu. Untuk mendapat sanad, hanya qada' dan qadar ALLAHlah penentunya. 

Sunday, May 9, 2021

Pak Hamid... Semoga ALLAH menempatkan hambaMu itu dalam kalangan mereka yang soleh


Adik Pak Hashim yang bongsu, meninggal di usia 57 tahun.

Pak Hamid sihat. Tapi begitu lah perancangan Allah tidak ada siapa yang mampu menghalang. Disengat lebah dalam kebun, mungkin dikepala. Ajak ke klinik tak mahu, dijumpai meninggal dalam rumah lepas balik dari kebun.

Seorang yang pendam, sama seperti Pak Hashim. 

Kenangan ibu semasa kecil waktu ibu dan adik balik ke rumah tok, Pak Hamid selalu ajak main duit syiling, tikam dengan koci. Tapi apabila ibu semakin besar dan Pak Hamid semakin dewasa, kami sudah jarang bercakap. Bila kami sekeluarga balik ke kampung, Pak Hamid banyak berada di luar rumah. Balik sekejap-sekejap untuk makan dan mandi.

Pernah ibu teringat yang ibu terjumpa surat panggilan ke Maktab. Lepas tu ibu dengar Pak Hashim memberi teguran kepada Pak Hamid sebab menolak tawaran tersebut. Mungkin Pak Hamid nak jaga tok kut... Ibu tak pasti dan ibu pun tak bertanya lanjut kepada Pak Hashim, lagipun masa tu ibu masih sekolah rendah. 

Masa berlalu... Dan ibu menganjak dewasa. Lepas tok meninggal Pak Hamid kerja kilang. Pernah tinggal dengan  Mie masa Mie bujang sampai lah Mie berumahtangga.

Lepas tu Pak Hamid tinggal dengan Mak Lang di Selama. 

Kali terakhir ibu jumpa Pak Hamid adalah beberapa tahun dulu masa dia datang menziarahi Pak Hashim, abangnya. Bila dipelawa makan nasi di rumah, cepat-cepat Pak Hamid start motor dan balik.

Semoga ALLAH mengampuni dosanya dan ditempatkan di kalangan HambaNya yang soleh. Amiin.