Balik dari kenduri, Ucu nak juga singgah makan laksa. Ibu jarang makan laksa beli, takut tak memenuhi selera anak tekak. Biasanya Mak Esah, mama or ibu Hasmah yang buat... mereka ni memang terbaek. Lepas la QC mak Besah. Cuma malangnya, mak Besah punya laksa, sendiri QC pun tak lepas. Tapi insyaallah, kalau laksam tidak menghampakan... cuma kemalasan mengatasi segalanya.
Ni cop nama kedai. Google map memang boleh detact. Tak perlu cari alamat. Kira hebat la kedai ni.
Hakeem bergambar di pintu masuk ke ruang untuk order. Dalam memang penuh. Ni pun nasib baik hujan. Kalau tak mungkin lebih ramai pengunjung.
Nostalgia masa dok setinggan... begitu ke dia nak bagi feeling, tak sure. Tapi cara design tu lain dari yang lain.
Dalam, beratur panjang. Order sendiri, bukan table order. Kita kat KFC selalu je buat. Tak de masalah pun.
Ini lah rupa paras laksa ni. Semangkuk laksa RM4.50 tapi air tak pasti... sebab Ucu yang order. Kami hanya minum ais kosong...
menambah nikmat rasa laksa sebenar gitu.
Kalau angkat telur tu memang macam bersarang... ibu memang suka makan laksa dengan telur goreng. Tapi selalunya kitorang akan pukul dan goreng nipis. Gulung dan potong halus. Itu pun sedap sungguh. Biasanya kalau makan laksa sanggup goreng telur macam tu. Pun perlu ada skill golek kuali.
Disebabkan masih kenyang kami hanya beli 3 mangkuk. Tu pun licin, sebab ada kaki yg minat isi, ada juga kaki yang minat kuah so tak ada la yang tersisa.... Alhamdulillah
Monday, November 27, 2017
Saturday, November 18, 2017
Majlis aqiqah Nuryn Qistina
Bukan main happy lagi wajah princess Nuryn Qistina.. Moga besar jadi anak solehah... qurratu 'ayun
Ni gambar keluarga Erman. Kecik-kecik pelamin da macam ni...
Alhamdulillah... kena uli pun masih boleh tersenyum.
Qis, mama dan Papa...
Gerombolan anak cucu Mak Esah dan Pak Hashim.
Pelamin Qis tak padan.
Intan dan maknya turut datang menyerikan majlis. Ipoh jadi tempat pertemuan dengan Ucu. Dapat la juga luangkan masa beberapa jam bersembang dan bercerita.
Terima kasih untuk mak Intan yang banyak memberi kata-kata semangat dan peransang berdasarkan pengalamannya...
Antara juadah yang disediakan... disamping itu ada jugak gulai tempoyak dan roti cicah kuah durian.
3 bujang bertemu.
Mamanya bersama anak daranya Siti Adlina Husna.
Bersiap untuk pulang. Mama menghala ke utara, kami balik ke KL. Cuaca pun nampaknya semakin mencemburui. Memang betul pun... elok sahaja masuk Bandaraya Ipoh, hujan pun turun dengan lebat.
Uwais as usual... penuh aksi sampai kadang-kadang terpaksa delete je gambar sebab tak sanggup tengok rupa dia yg buat spoil gambar orang lain.
Pop corn...
Ni pula hadiah untuk Qistina hasil jahitan K Long
Subscribe to:
Posts (Atom)