Friday, August 9, 2019

Cucu Pak Hashim dan Mak Esah ke 12

Adding a new member in the family.. Lahir genap 38 minggu melalui pembedahan dengan berat 2.7 kg.

 Ni gambo Tamm da lepas pantang.

Berat masa ni dah cecah 4.8kg, membesar dengan jayanya

Kuning yang teruk. Bacaan cecah 250... sehingga terpaksa buat ujian tyroid. Lepas pantang masih perlu buat pemeriksaan di pusat kesihatan. 

 Muka very manly la si Ali nih... Ali, nick name sebab tunggu nama Muhammad Eidlan yang tak muncul-muncul

Mood swing la Ali...

Ali bagi hadiah senyuman dengan lesung pipit... tidur dalam iman.

A pinky year - 2019

Koleksi gambar raya 2019. Tema batik untuk perempuan. Memandangkan nak sedondon warna team lelaki dan perempuan, warna yang ada hanya "merah jambu"... maka Hakeem dan Uwais pun jadi jambu raya ni.


Keluar agak lewat daripada Kuala Selangor. Hari dah semakin gelap.

Encik Rosman terpaksa mencemar duli dengan warna pink. Sebenarnya ibu tengok ok je cuma tak biasa dengan warna ni. Lagipun warna ni synonym dengan warna perempuan.

Di gambar lepas balik solat aEidul Fitri @ Masjid Kota Damansara.

Nak gerak balik ke Kuala Selangor daripada rumah ayah & mak @ 106.

Ada makhluk asing dok menyelit kat belakang.

 Uwais buat muka comel. Payah dia bergambar yang comel... selalu memang penuh aksi.

Posing kat pokok kelapa sawit. Lokasi @ Tanjung Karang.



Wednesday, August 7, 2019

Dugaan Allah menguji kekuatan iman hambanya

Seminggu sebelum cuti sekolah bulan March 2019, Uwais sakit perut. Sakit sangat sampai menangis selain muntah-muntah. Bila bawa ke klinik, doktor diagnose sebagai keracunan makanan. Selepas beberapa hari masih tidak berkurang, ibu bawa lagi ke klinik. Doktor kata tak boleh kenal pasti sebab apa. Setiap malam menangis, hati ibu mana yang tak luluh. Hampir seminggu, seterusnya ibu ke klinik yang sama untuk dapatkan surat rujukan ke hospital. Ibu dan En Rosman bawa Uwais ke Kelana Jaya Medical Centre, doctor suspect gastrik la, usus terbelit la... tapi keputusan x-ray menunjukkan perut dipenuhi najis dan angin. Lepas ambil ubat Laktulus, masalah selesai. Alhamdulillah...

X -ray Uwais... banyaknya najis dan angin dalam perut...

Muka orang sakit. BP pun tinggi >140. Mungkin sebab sakit sangat.

Apabila cuti sekolah bermula, Hakeem dan K Ngah mengalami sakit perut serentak. Sakit yang kuat sampai Hakeem menangis. Ibu bawa ke klinik yang sama. Seperti biasa... keracunan makanan. Lepas beberapa hari masih belum reda... akhirnya ibu minta surat rujukan ke hospital. Jam 11 malam tu kami ke emergency Thompson Hospital. Doctor kata perut Hakeem dipenuhi najis dan masukkan ubat melalui dubur. Kak Ngah pula doktor kata gastrik selepas buat x-ray. Hakeem tak ada pula doktor suruh buat x-ray. Ingat boleh selesai. Jam 5 pagi ibu terjaga daripada tidur, rupanya dua beradik tu tak tidur... sakit perut masih kuat.

Selepas hubungi pihak Hospital Thomson, ibu diberitahu perlu cari hospital lain kerana tiada bilik kosong... akhirnya ibu bawa ke KPJ Damansara. Sekali lagi diperiksa. termasuk buat ujian darah. K Ngah perlu dimasukkan ke wad kerana ujian klinikal kata dia dehydrate.  Hakeem masih sakit perut yang kuat, tapi doktor kata tiada bukti klinikal yang mengatakan Hakeem ada masalah. Hakeem betul-betul tak puas hati.

Semasa di wad kecemasan KPJ. Baring sebelah menyebelah. 

Sakitnya berlanjutan sampai Hari Sabtu. Akhirnya, En Rosman bawa Hakeem ke Hospital Sungai Buloh, doktor kata gastrik. Selepas makan ubat gastrik, masalah selesai. Begitulah, bahawa doktor juga manusia, begitu banyak tempat pergi berubat dengan ujuan darah lagi, tiada seorang doktor yang kata gastrik... semoga dengan kesakitan itu, Allah ampuni dosa2 hambanya.

Ruang Unit Kecemasan Hospital Sg Buloh.

Kes K Ngah pula rupanya lebih serius apabila dia mengadu perut bahagian kanannya sakit. Doktor suspect appendics, tapi ultra sound menunjukkan ada cyst sebesar 2.5 cm. Sebenarnya cyst tak bahaya kalau ianya functional cyst, tapi doktor kata ada liquid di kelilingnya. Doktor suspect, cyst dia pecah/ bleeding. So, kena buat operation. Doctor akan remove kedua2 appendics dan cyst serentak sebab kata doktor 99% biasa appendics dia ada masalah.

Di KPJ doktor yang merawat k Ngah seramai 3 orang sebab ada 3 kes (dehydrate, appendics & cyst)... so agak-agaklah kosnya berapa. Selepas operation, condition K Ngah agak teruk. Demam, sakit perut tempat bedah dan muntah-muntah. Untuk pertama kali dalam hidup ibu tengok rupa sebenar muntah hijau... selama ini ingat hanya lawak jenaka sahaja. Doktor kata mungkin the impact to the body is quite severe sebab buang appendics dan cyst serentak walaupun hanya tebuk lubang sahaja. Ibu yang pernah buat pembedahan appendics pada 2002 pun tak teruk macam tu.

Beg muntah bersebelahan. Demam, suhu naik sehingga 41 darjah. Kali ni memang dia tekun makan ubat demam... katanya "K Ngah nak sihat." Tahu pun, selama ni ubat bukan main liat nak makan. Kadang-kadang ibu jumpa ubat dia buang dalam tong sampah.

Appointment selepas pembedahan menunjukkan:
1. Cyst K Ngah bukan cancerous
2. Appendics sebenarnya tiada masalah. Doktor kata kes dia dalam 6 daripada 1000 pesakit dia... yang sedihnya semua itu melibatkan duit.

Lepas semua selesai iaitu selepas cuti sekolah buka, K long yang dah kembali praktikal di IKBN pula kena serangan sakit perut. Sakit yang sama... kuat sampai menangis. Pergi ke Hospital Kuala Kubu Baru, doktor bagi ubat sembelit. Dapat MC balik rumah, masih tak sembuh. Akhirnya ibu bawa ke Unit Kecemasan Hospital Sg Buloh. Doktor kata gastrik. Lepas makan ubat gastrik, alhamdulillah. sembuh.

4 orang anak yang diserang sakit perut dengan penyakit berbeza berturut-turut... itulah dugaan namanya. Hanya doa yang ibu panjatkan kepada Allah dan percaya dengan ujian kesakitan ini bahawa kesembuhan bukanlah serta merta kerana Allah ingin menguji tahap kesabaran hambaNYA dan supaya kita kembali dekat denganNya.