Wednesday, May 2, 2018

Kem Persiapan Silat @ Pusat Latihan Pandawa Lima

Tahniah Anak2 Pendawa Lima atas kejayaan melepasi halangan pertama pada 2018.

Antara yang hadir kem pembangunan silat menjelang pertandingan sekolah2.

Uwais... masih belim layak bertanding. Tapi semangat untuk persediaan tahun depan.

 Talk to the hand... No. Actually PENDAWA LIMA

 Stretching...
Selain team peserta yang hadir, senior2 dan pesilat kategori remaja juga saling bersama mengorak langkah dan hadir menyokong gelanggang PENDAWA LIMA. Lokasi Kuala Selangor.

 Ini adalah lokasi pertandingan di Shah Alam.

 Pertandingan silat sekolah2...


Posting FB En Rosman mengenai pencapaian gelanggang PENDAWA LIMA.

kisah kami.... 2 emas 7 perak 5 gangsa.... dari 20 penyertaan ke Pertandingan Silat Seni Sekolah2 dan Silat Olahraga...

biarpun dengan kekangan waktu, pesilat baru, kekurangan peralatan, dana yang terhad.... kami mampu melakukannya.... berkat sokongan anak2 Gayong gelanggang Pandawa Lima dan barisan gurulatih muda serta pembantu gurulatih.

InsyaAllah... kami akan terus berkembang...

JOM SILAT!!!.... BERSAMA KAMI.... GELANGGANG PANDAWA LIMA

#kualaselangor #puncakalam #saujanautama #setiaalam #kotadamansara

PUSAT LATIHAN SILAT SENI GAYONG GELANGGANG PANDAWA LIMA

40A, Lorong Naluri Sukma A8/A, Bandar Puncak Alam, 45010 Kuala Selangor, Selangor
019-378 5711

https://g.co/kgs/D5tHn9

#perjuanganbelumselesai
#kempusatsilatseniolahraga
#puteraputeriPandawaLima
#silatsenigayong


Apabila ayah dan ibu terpaksa berpecah untuk tugasan masing-masing

Tanggal ini En Rosman komited buat persiapan kejohanan silat sekolah-sekolah. Kem silat berlangsung di pusat kemajuan silat Pendawa Lima @ Puncak Alam.

Maka ibu menggalas tanggung jawab menghantar K Long berkursus di IKBN, Kuala Kubu Baru. Perancangannya ibu pergi seorang. Tetiba Tamm kata nak ikut. Daniel pun tumpang sekaki.

Bengkel 4 hari anjuran MARA... K Long kata sangat membantu. Peserta adalah terdiri daripada pelbagai cabang perniagaan dan peringkat umur.

IKBN terletak di hujung jalan selepas melintasi MRSM Kuala Kubu Baru dan Youth Asia Camp. Di tempatkan di asrama yang terletak di atas bukit. Memang cantik.

Daniel ambil kesempatan ikut ibu... jalan2. Walaupun tak jalan2 apa pun. Masa lebih banyak diluang di atas kereta. Guna WAZE pun sesat barat ...

Qistina yang tak banyak merengek. Happy je

Dari KKB, kami bergerak ke Slim River, baby sorang kat MRSM tu suruh belikan sabun pulak... macam la tak ada koperasi kat sana. Singgah cari KFC untuk menjamu selera dengan Hakeem. Sampai hampir sana menjelang waktu asar. Kebetulan nak balik hujan selebat2nya.

Selepas Slim River kami bergerak ke Felda Trolak Timur untuk ziarah pak ngah Udin. Pak ngah Udin baru balik dari Perlis, berubat di sana. Kalau kami datang awal dua tiga hari, memang tak ada rezeki berjumpa.

Mak ngah siap kirim ubat untuk Pak Hashim. Bagi lagi anak-anak pokok daun sup untuk kami angkut bawak balik.