Thursday, April 23, 2015

Kawasan Perkelahan Sungai Bil, Slim River

Ibu dah dua kali ke sana.  Hanya kali ke dua berkesempatan mengambil gambar. Kali pertama kena serangan migraine... hanya makan ubat dan mampu terbaring.

Tapi kali ni pergi ibu tak bawa bekalan makanan sebab ibu datang daripada Kuala Selangor, rumah kakak En Rosman. Kebetulan SpeedMart baru buka di Slim River, so ada lah tempat memborong jajan di samping singgah kedai makan beli nasi makan tengahari.

Nak masuk kena melalui Kampung Sungai Bil. Bayaran RM2 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal. Melihat rumah-rumah di kampung ni, rasa iri hati... andainya ibu ada RM mau rasanya ibu beli sebidang tanah kat sini.

Apa nak buat kalau pergi ziarah Hakeem di MRSM Felda. Tak kan nak gerak ke Air Panas Sungai Klah je memanjang... bengkok la kan.  Lagipun Sungai Bil ni kurang 20km jer daripada MRSM. Idak la jauh sangat.

Lagi satu... toilet sini memang terbaik. Bersih dan air pun banyak. Kadang-kadang pusat perkelahan lah yang toilet huru hara. Tak mesra pengunjung.  Surau memang tak de tapi bagi lelaki solat jer kat wakaf... pompuan pun boleh kalau tutup aurat.

 Tempat tenang dan tak crowded... ibu naik awal lepas mandi, tak tahan sejuk.

Pemandangan insyaallah tidak mengecewakan. 

Banyak wakaf-wakaf disediakan untuk pengunjung. Cuma kena hati-hati sebab kayu ada yang dah reput.

Suasana waktu ni mendung. Memang nyaman dan segar.  Terjumpa pulak staf sales NSTP kat sini dalam banyak-banyak tempat. Jauh jugak datang sini daripada KL.

Ni padangan daripada atas jambatan.

Masih berendam...

Sebelum masuk kereta nak balik.... ternampak makhluk ni. Lipan bara. Keluar lepas hujan agaknya.

Thursday, April 2, 2015

Seronok memiliki anak-anak murid....

Rasanya perasaan ni hanya di alami oleh mereka yang bergelar cikgu. Memiliki anak-anak yang menghormati kita sebagai cikgu yang mengajar mereka. Cita-cita bergelar guru memang tak termasuk dalam senarai, tapi kesempatan ni memang menyeronokkan.  The best thing is ibu ni hanya menumpang En Rosman jer sebagai isteri cikgu. Tapi  hubungan anak2 silat adalah secara informal jadinye hubungan lebih mesra.

Bukan itu saja, melihat keakraban anak-anak sendiri bersama anak2 murid seolah-olah macam satu keluarga.

Menjelang pertandingan peringkat daerah Kuala Selangor, anak-anak diajak menjalani latihan di rumah Cikgu Lamsah @ Tanjung Karang. Cikgu yang semangat lebih...

Yang datang petang sabtu ni tak ramai... hanya sebahagian. Latihan hari ahad diadakan di Sek Men Keb Pengkalan Permatang (SMKPP)

Anak-anak ada yang datang dari Puncak Alam dan Kota Damansara. Semangat nak masuk bertanding.

Anak-anak bertali pinggang merah yang dah mendapat sijil Pembantu Jurulatih. TAHNIAH!

Budak MRSM, bekas Juara Solo Putra Sekolah Rendah daerah Kuala Selangor ketagih nak berlatih.  MRSM Trolak diajar Gayong PASAK.
 Cikgu Rosman sedang beri tunjuk ajar

 Aktiviti makan malam.

Nasib baik anak Cikgu Lamsah ada buka cafe kat sebelah... so makan malam tak payah cari jauh-jauh.

Kita minum dulu... 

What so special about this cafe is the drink... memang puas minum satu gelas beso.
 
Walaupun menu tak banyak... tapi harga berpatutan.  Kepada warga Tanjung Karang boleh la try