Wednesday, December 19, 2012

Lepak semalaman di The Zon KL

Pusaka KL mengadakan majlis pemasyuran pada 15hb (Sabtu). So malam tu En Rosman bertungkus lumus membuat persiapan di Panggung Sari, Kompleks Kraftangan, Jalan Conlay KL.

Sebuah suite dengan 2 bilik disedikan untuk AJK bertugas. Lepas Jumaat, kami gerak ke The Zon dari Kota Damansara. Petang masuk ke bilik. En Rosman sebok ke sana sini buat urusan. Ibu dengan budak2 lepak sini...




Gambar kat atas ambik kat website. Ibu tak banyak ambik gambar masa kat sama. Mood kureng dan kebetulan batuk yang sangat kritikal...

Ni gambar kat lobby The Zon. Kecik dan simple aje.

Bawak ni pun koleksi gambar kat lobby...



Petang bawak Uwais dan Hakeem ke swimming pool. K Long dan K Ngah lepak kat atas.




Pemandangan kawasan sekitar memang cantik. Tu pasal harga The Zon ni mahal. Gambar gambar ni ibu ambik masa kat swimming pool.






Memang tak dinafikan... sungguh cantik. Suasana pulak mendung dengan hujan renyai-renyai. Peh... kalau tidor sedap nih.

Maghrib baru naik.

Ini la The Zon, KL

Esok pagi lepas sarapan, En Rosman bawak ke Komplex Kraftangan.

Monday, December 17, 2012

Menghadiri majlis pemasyuran PUSAKA KL di Komplek Kraftangan, Jalan Conlay, KL

Ini bukan kali pertama makcik ke Kompleks Kraftangan ni. Pernah jugak ke sini menghadiri event HM dalam tahun 2006 kut...

Kali ni sampai lagi. Dewan yang sama cuma interior design agak berbeza sebab event berbeza.



Ibu kena serang batuk yang teruk. Memang tak boleh membantu apa-apa, dah macam orang semput.

Anak-anak dan ibu bergaya sakan dengan busana ala-ala melayu gitu.








Compassionate leave... di tahun 2012


Untuk tahun ni... insyaallah dah sampai ke penghujung. Compassionate leave 7 hari yang company bagi, 6 hari habis digunakan.

1. Mac 2012
K long disahkan mengidap denggi berdarah. Dimasukkan ke Tropicana Medical Centra, KD selama 5 hari. Kuman akhirnya menjangkiti hati.... Tapi alhamdulillah K long berjaya mengharunginya. Ibu ambik compassionate leave 2 hari.



2. April
Giliran Uwais pulak demam campak. Kuman pergi ke paru-paru pulak. Hospital yang sama, Tropicana Medial Centre. 4 hari di wad. Ibu ambik compassionate leave 2 hari.


3. Julai
Pak Hashim pulak diserang angin ahmar. 6 hari di Hospital Taiping. Ibu ambik compassionate leave 2 hari.


6 pesanan Imam Ghazali