Tuesday, November 27, 2012

Aktiviti cuti di KLCC

Sanggup ibu ambik cuti hari Khamis semata-mata nak bawak Hakeem & Uwais mandi-manda di KLCC. Ibu dah tau kalau ada k long and k ngah mesti depa tangkap boring. So, ibu aje la yang bawak 2 orang anak jantan ibu berjalan-jalan.

Tengah tunggu LRT di Stesyen Bangsar.

Ibu sanggup drive ke ofis di Bangsar dan parking kat parking biasa ibu di office (parking Unilever). Sarapan roti canai dulu kat Liyas Corner, cari tenaga. Dari situ naik bas ke stesyen LRT Bangsar. Dari Bangsar ke KLCC naik Putra LRT.

Dalam LRT. Waktu kerja... ramai la orang. Lepas Masjid Jamek, baru dapat tempat duduk. Jam sekitar 9.30am


Sampai KLCC dalam 10.15am. Background KLCC. Matahari tengah tegak. Alhamdulillah cuaca cantik. Nampaknya ALLAH merahmati percutian ini...


Dah start mandi. Dalam jam 11.15am Uwais dah cakap yang dia nak berhenti mandi sebab kesejukan. Salin baju, main pulak kat playground. Tak lama... main sekejap dah boring. Cuaca panas, playground panas. Tak selesa. Udahnya, masuk balik dalam pool.


Makan time... makanan habis. Ibu pulak hanya bawak 2 ketul bun dan air. Hakeem cakap tak pe... ibu pergi cari makanan kami main sini tunggu ibu. Ibu jalan pi Cold Storage KLCC beli bekalan. Bila ibu sampai kat pool... budak2 ni buat selambe aje main.

Ambik gambar 1.58pm. Dah lebih waktu zohor. Masa ni tengah panas lagi.

Landing cantik aje dalam air...

Dalam jam 2.30pm cuaca dah start mendung. Orang pun dah makin kurang. Dekat jam 3, kami jalan balik ke KLCC. Masa tu hujan dah renyai-renyai. Uwais kepenatan, tidur dalam LRT. Sampai Bangsar, hujan agak lebat. Naik teksi ke tempat parking kereta.

Drive balik ke Kota Damansara dalam hujan. Sampai rumah 4pm... Uwais terus tidur sampai pukul 6. Penat betul

Friday, November 16, 2012

Uwais jadi pengapit dalam keadaan tak de mood

Dapat jemputan sebagai pengapit. Kali ni di Seksyen 7, Kota Damansara. Kebetulan musim cuti sekolah ni, ramai pulak orang buat kenduri. Pusing punya pusing ... rumah pengantin ni adalah rumah keempat kenduri yang disinggahi. Satu benda yang ibu rasa praktikal ialah dengan kehadiran 'bunting' gambar pengantin. Bagus jugak ada 'bunting' ni, at least kita tahu siapa pengantinnya. Tak ada la berlaku kes... perut dah kenyang, sekali salam... alamak salah rumah daa. Entah kenapa hari ni Uwais tak ada mood. Walaupun kali ni cuaca elok, cuaca Uwais pulak yang mendung. Meh tengok aksi masing-masing...
baru sampai...
tengah betulkan setanjak...
tengok la muka Uwais... dah start dah
macam tak ikhlas je senyum tu...
dah suruh dukung... lapar kut
perbandingan setanjak pengiring dengan pengantin... alahai
muncung jer nampak...
dalam keterpaksaan...

Saturday, November 3, 2012

Sepagi di Jeti Nelayan Telok Gong, Masjid Tanah, Melaka


Sebelum sarapan lagi Naza (member ofis) bawak kami mencari ikan di Jeti Teluk Gong. Memang cantik pemandangan pagi hari di sana. Subhanallah...

 Cantiknya pemandangan kala matahari terbit

Tempat ni memang terkenal dengan ikan talang. Rata-rata saiz ikannya dalam 2-3 kg. Memang tak ada yang kecil. Harga kat nelayan RM3 sekilo. Kalau dah sampai peraih jadi RM5 sekilo. Ikan ni dikatakn tak sedap dimasak 'fresh' sebab isinya tawar. Ikan talang sesuai dibuat kering. Tapi bila dah jadi ikan masin berlipat kali ganda pulak harganya. Ibu beli jugak seekor 2.5 kg. Kononnya nak buat ikan masin. Tak tau le apa cerita.... sekarang ni musim hujan pulak tu.

Kat sini ibu beli ikan tenggiri dan ikan jaket. Ikan tenggiri, tuan rumah buat masak lada Melaka. Peh... sedap giler. Ikan jaket pulak asalnya nak dibakar, tapi tak kesampaian sebab hujan...

Masing-masing tak mandi lagi... hehe 

Naza and ex-hubby. Pasangan pelik 

Air tengah surut... 

Uwais kalau bergambar... macam2 mimik wajah