Wednesday, July 15, 2015

Anugerah Kecemerlangan Media Prima


Walaupun dah bergabung antara NSTP dengan Media Prima... nampaknya tahun ni tak la ramai sangat bilangan pelajar yang dapat anugerah.

Bagi kesempatan Hakeem ambil anugerah sebab Hari Anugerah sekolah rendah Hakeem tak dapat hadir akibat ada miss-communication dengan cikgu. Kebetulan En Rosman pun dapat pengiktirafan pihak sekolah kerana kejayaan Hakeem mewakili daerah Petaling Utama dalam pertandingan seni kategori putera sekolah rendah.  Cikgu telefon En Rosman, agaknya lupa nak sebut nama Hakeem untuk hadir... kesian jugak sebab Hakeem memang plan nak jumpa kawan-kawan masa tarikh itu.

 Ucapan daripada Tan Sri Johan Jaafar...

Anugerah berupa piala pusingan serta wang tunai RM200 diberikan oleh En. Seelan Paul COO Rangkaian TV Media Prima.

Semoga menjadi pembakar semangat untuk kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang. Gunakan anugerah Allah ini untuk lebih mendekatkan diri kepadaNYA dan kembalikan tanda syukur itu dengan lebih banyak menyumbang ke jalanNYA.

Tahniah! kepada anak-anak ini.  Jangan alpa...

 Datuk CEO NSTP nun jauh di belakang.

Gambo ni ibu suka... tak nampak muka. Best beraksi...

Bukan main lagi Hakeem... semua orang pakat balik. Ibu dengan Hakeem pakat-pakat jadi kartun.  Terserlah kecomelan

Hakeem... ada aje peluang, tunjuk 'perut' kuang kuang




Monday, June 29, 2015

Masjid Selat Melaka... sejuk dan mendamaikan

Kami melangkah ke selatan balik dari Seri Pena... ke Melaka. Tujuan asal adalah untuk mengambil set panah 20 paun hadiah ibu kepada Uwais.  Penjualnya tinggal di Melaka. So alang2 ke selatan En Rosman mengambil kesempatan bertemu sang 'sifu' yang dah menceburi bidang memanah lebih daripada 10 tahun.

Air tengah surut... kalau air pasang rasanya akan nampak seperti masjid terapung. 

 Kubah yang simple tapi indah. Lampu kritalnya agak kecik

Kebetulan masa ziarah adalah selepas masuk waktu asar.  Ramai pengunjung ambil kesempatan bersolat asar... paling tidak 'tahiyyatul masjid'

Mengadap ke laut lepas.  Waktu air pasang angin pasti menderu-deru

Uwais beraksi bersama En Rosman.  Ramai juga tourist yang datang melawat

 Pandangan dari dalam masjid, mengadap ke laut

Anak-anak bergambar.

Rupanya di tiang-tiang bawah masjid ni, ada pemancing yang berjaya menangkap siakap.  Masa sampai tadi memang nampak sampan di bawah.
Cuaca cantik... sungguh menteramkan jiwa semasa berada di sini

Monday, June 22, 2015

Sri Pena NSTP... aktiviti cuti sambil berendam

Sejak akhir 2014, pihak pengurusan menutup Sri Pena dengan alasan untuk membaik pulih.  Terasa betul lama tak pergi ke sana. Kali terakhir pergi adalah pada 2013 rasanya....


Rupanya Sri Pena ni dibuka pada 1991. Lama la jugak. Bila pergi biasanya akan jumpa la muka-muka yang dikenali....

Mini fountain baru ada... sblm ni gonjeng je tempat ni.

Cantik selepas dicat... tapi yang sedihnya ada pokok yang dicabut. Kalau tak teduh la sikit. Kerusi rehat pun tak nampak bayang. Pelampung keselamatan pun tinggal beberapa biji jer...
Pandangan dari pantai... tanah sebelah dah terang. Mungkin akan naik hotel ke lepas ni. Tak le sunyi sangat. Kalau tak kiri kanan gelap.

Kolam penuh.  Kali ni dapat bilik bawah... memang paling best. Bukak sliding door, terus terjun. Hanya ada 4 unit sahaja, siapa cepat dia dapat.  One more thing, jangan la pergi weekend, memang berebut la.

Hari terakhir, Uwais masuk kolan daripada jam 8 pagi sampai tengahari nak balik.

The best thing about tempat ni ialah, check in time jam 4, check out time pukul 2... sempat la nak prepare lunch


5 kaki... ceh ibu tak jejak kaki kut. Memang pakai pelampung la
Mana la tempat yang u all boleh berendam sampai tengah malam... sini jer.  Malam pertama kurang orang... esok malamnya kolam penuh macam siang.

Ibu maleh nak masuk kolam.... tapi tak tahan iman jugak. Malam orang tak perasan sangat kita kan kan kan


Aktiviti mandi malam ni seronok, bila penat naik atas terus lena...

Aktiviti memanah di MRSM Trolak


Beberapa minggu sebelum balik cuti semester... pergi ziarah Hakeem.  Dia pun mengeluh lama tak memanah. So kami bergerak ke Trolak di samping memenuhi kehendak anak bujang.

Suasana selepas hujan. Mendung. Lecah.

Rupa-rupanya ramai kengkawan Hakeem memang menanti-nanti peluang menarik tali panah.

Sedikit tunjuk ajar daripada en Rosman yang juga baru berjinak-jinak dengan dunia memanah.


Masih takut-takut.  Tapi ada jugak yang nampak 'sajak' dan mampu menarik tali panah...

Mengutip anak panah beramai-ramai. Ada cara juga nak menarik anak panah, silap hari bulan boleh bengkok.

Nasib baik berjaya bukti kepakaran...

Thursday, May 21, 2015

Aktiviti Bulanan PSSGM Kuala Selangor

Antara aktiviti PSSGM Kuala Selangor dalam rangka menaikkan semula kegemilangan daerah ini dalam melahirkan pesilat bermutu... juara antara juara.

Keterlibatan adalah dari kalangan anak-anak murid termasuk juga guru-guru latih... Tahniah cikgu Rizal dan cikgu Awin. Anak lima tapi masih kekal cergas.  Ibu ni, jadi juru gambo je la.

Tengok tali pinggang, bukan boleh percaya. Depa ni main sambar jer. Yang pasti tak de la tinggi daripada yang selayaknya.

Cikgu Pian dan Ustaz Izzudin... semangat. Tahniah. 

Sebelah sini... adalah para senior bertarap sifu

Selalunya jumpa di alam maya. Sebulan sekali jumpa, erat silatul rahim... bersalaman semasa berjumpa adalah sunnah
Nampak aje ibu nak ambik gambo... berlari masing-masing pakcik-pakcik ni, nak berposing.  Pas tu cakap... "jangan lupa share kat whatsapp"

Anak2 perati je la perangai bapak-apak depa
 Seronok memanjang...

K Long, sapa pulak bagi kebenaran pakai tudung warni lain?
Hati-hati, kalau lama tak training, buat sungguh-sungguh memang cari penyakit la. 

...Kena slow and steady.
Saix L lawan XXXXXL...

Harapan ibu pada masa akan datang lebih banyak lagi penyertaan.  Memandang ianya dilakukan pada waktu malam, ianya mungkin salah satu kekangan kepada pelajar.  Terima kasih pada sebahagian ibu bapa yang sanggup luangkan masa menunggu anak-anak sehingga habis

Thursday, April 23, 2015

Kawasan Perkelahan Sungai Bil, Slim River

Ibu dah dua kali ke sana.  Hanya kali ke dua berkesempatan mengambil gambar. Kali pertama kena serangan migraine... hanya makan ubat dan mampu terbaring.

Tapi kali ni pergi ibu tak bawa bekalan makanan sebab ibu datang daripada Kuala Selangor, rumah kakak En Rosman. Kebetulan SpeedMart baru buka di Slim River, so ada lah tempat memborong jajan di samping singgah kedai makan beli nasi makan tengahari.

Nak masuk kena melalui Kampung Sungai Bil. Bayaran RM2 untuk kereta dan RM1 untuk motosikal. Melihat rumah-rumah di kampung ni, rasa iri hati... andainya ibu ada RM mau rasanya ibu beli sebidang tanah kat sini.

Apa nak buat kalau pergi ziarah Hakeem di MRSM Felda. Tak kan nak gerak ke Air Panas Sungai Klah je memanjang... bengkok la kan.  Lagipun Sungai Bil ni kurang 20km jer daripada MRSM. Idak la jauh sangat.

Lagi satu... toilet sini memang terbaik. Bersih dan air pun banyak. Kadang-kadang pusat perkelahan lah yang toilet huru hara. Tak mesra pengunjung.  Surau memang tak de tapi bagi lelaki solat jer kat wakaf... pompuan pun boleh kalau tutup aurat.

 Tempat tenang dan tak crowded... ibu naik awal lepas mandi, tak tahan sejuk.

Pemandangan insyaallah tidak mengecewakan. 

Banyak wakaf-wakaf disediakan untuk pengunjung. Cuma kena hati-hati sebab kayu ada yang dah reput.

Suasana waktu ni mendung. Memang nyaman dan segar.  Terjumpa pulak staf sales NSTP kat sini dalam banyak-banyak tempat. Jauh jugak datang sini daripada KL.

Ni padangan daripada atas jambatan.

Masih berendam...

Sebelum masuk kereta nak balik.... ternampak makhluk ni. Lipan bara. Keluar lepas hujan agaknya.

Thursday, April 2, 2015

Seronok memiliki anak-anak murid....

Rasanya perasaan ni hanya di alami oleh mereka yang bergelar cikgu. Memiliki anak-anak yang menghormati kita sebagai cikgu yang mengajar mereka. Cita-cita bergelar guru memang tak termasuk dalam senarai, tapi kesempatan ni memang menyeronokkan.  The best thing is ibu ni hanya menumpang En Rosman jer sebagai isteri cikgu. Tapi  hubungan anak2 silat adalah secara informal jadinye hubungan lebih mesra.

Bukan itu saja, melihat keakraban anak-anak sendiri bersama anak2 murid seolah-olah macam satu keluarga.

Menjelang pertandingan peringkat daerah Kuala Selangor, anak-anak diajak menjalani latihan di rumah Cikgu Lamsah @ Tanjung Karang. Cikgu yang semangat lebih...

Yang datang petang sabtu ni tak ramai... hanya sebahagian. Latihan hari ahad diadakan di Sek Men Keb Pengkalan Permatang (SMKPP)

Anak-anak ada yang datang dari Puncak Alam dan Kota Damansara. Semangat nak masuk bertanding.

Anak-anak bertali pinggang merah yang dah mendapat sijil Pembantu Jurulatih. TAHNIAH!

Budak MRSM, bekas Juara Solo Putra Sekolah Rendah daerah Kuala Selangor ketagih nak berlatih.  MRSM Trolak diajar Gayong PASAK.
 Cikgu Rosman sedang beri tunjuk ajar

 Aktiviti makan malam.

Nasib baik anak Cikgu Lamsah ada buka cafe kat sebelah... so makan malam tak payah cari jauh-jauh.

Kita minum dulu... 

What so special about this cafe is the drink... memang puas minum satu gelas beso.
 
Walaupun menu tak banyak... tapi harga berpatutan.  Kepada warga Tanjung Karang boleh la try