Sunday, March 30, 2014

Puduraya... lebih baik daripada dahulu

Disebabkan Pak Hashim tak sihat ibu balik Taiping pada hari biasa. Anak2 sebok dengan sekolah dan tuisyen, ibu balik sorang. Uwais pun tak mau ikut so En Rosman kena la jaga.

Sampai kat Puduraya jam 8.30pm tapi tiket hanya ada pada jam 10.30pm. Itu weekdays, kalau weekends... jawabnya patah balik rumah la.

What's so special this time. Ibu ada banyak masa nak observe sekeliling kawasan. Ada yang istimewa yang ibu discover...

Tetiba Puduraya Nampak sangat bersih. Agaknya cleaner baru lepas sapu kut. Banding puduraya zaman ibu kat UiTM dulu.... masyaallah

Ibu tengok sampai platform lain. Memang tak kelihatan sampah yang keterlaluan. Bas pun tak sebanyak biasa mungkin dah malam sangat kut

 Ni bas pi Hadnyai. Bestnye ada individual TV. Macam naik flight pulak.

Yang ni ibu dah zoom.  Channel boleh pilih. Naik bas ok jugak. Walaupun risiko kemalangan atau rampasan tetap ada...


Monday, March 10, 2014

Nostalgia cendol di Stesyen Bas Taiping

Sewaktu mencari vitamin untuk mak dan vaseline untuk bibir ayah yang kering, kami singgah pi makan cendol di Stensyen Bas Taiping.  Memang nostalgia habis. Walaupun zaman ibu remaja stesyen bas tu masih belum ada tapi zaman Ucu stesyen bas tu la tempat budak-budak sekolah melepak.

Zaman berubah dan masing-masing menjangkau dewasa. Anak-anak muda sudah tidak lagi menaiki bas, stesyen bas Taiping ni menjadi sangat lenggang dan bas-bas yang kelihatan di situ sudah sangat2 dhaif aka uzur. Hanya lokasi tertentu saja yang disediakan perkhidmatan bas loncat.

Destinasi kami ke situ adalah untuk makan cendol. Dengan rasa yang memuaskan hati, harganya pulak sangat berpatutan. Memandangkan ibu masih kenyang, kami hanya menikmati cendol. Laksa kami tak makan tapi kami tapau apam balik untuk bekalan mak masa dalam wad.

 
Ni famili pak cik jual cendol... kepenatan. Tadi ramai betul pelanggan. TErmasuk budak2 budak asrama.

Tengok harga memang boleh balun sorang 2 mangkuk sap-sap soi.

Ucu dan Husna... Uwais kat sebelah tengah bad mood. Maleh ibu nak ambik gambar.
 
What so special about the pulut is... pulut tu dipanggang dulu. Rasa kerak2 dia tu memang ngetop. Tak jumpa kalau area KL.  Ambik jugak gambar kipas... panas betoi
 
Apam balik... pun murah. Lebih murah daripada kat pasar malam.

Kalau lapaq lagi... memang nak gak sebat semangkuk laksa. Tapi perut kenyang sangat

Thursday, March 6, 2014

Temasya Silat Seni, Senjata dan Warisan Selangor 2014... 4

Terima kekalahan dengan tangan terbuka.  Jadikan pengalaman sebagai landasan kepada pencapaian lebih besar pada masa akan datang. 
  


Daripada 4 team yang dihantar hanya team senior sahaja yang berjaya merangkul hadiah tempat ke-6 teratas persembahan terbaik daripada 45 pasukan yang bertanding.

Tak dinafikan sebahagiannya datang untuk menyerikan majlis dan sebagai menyambut baik usaha kerajaan Selangor melestarikan budaya seni mempertahan diri Melayu. Sebahagaian kumpulan hadir untuk menang.  Dan mereka membuktikannya dengan persembahan mantap.

Temasya Silat Seni, Senjata dan Warisan Selangor 2014... 3

Ni pulak team En Rosman berganding bahu... team SK Pengkalan Permatang dan SM Seksyen 4 Kota Damansara. Kalau ada pertandingan pakaian beragam memang boleh menang. Team lain kebanyakannya pakai baju silat aje dan pakai tengkolok gayong. Team Kuala Selangor adalah team pengiring yang lengkap dengan samping dan setanjak. Baju sikap adalah sumbangan untuk pinjaman daripada tuan sifu Hj Lamsah.


 Semangat nak hadiah. Sebenarnya persembahan ni hanya sebagai pendedahan jer. Nak tingkatkan tahap keyakinan diri je.


Hakeem paling seronok. Berdepan dengan MB. Bangga siot. Untung jugak jadi pasukan pertama buat persembahan. Lepas je MB buat lawatan menjengok 4 pasukan pertama buat persembhan. Dia terus blah. Ada urusan lain.

Ni hari kedua... sebahagian yang tak buat persembahan semalam diberi peluang buat persembahan pada hari ni

Temasya Silat Seni, Senjata dan Warisan Selangor 2014... 2

Kuala Selangor membentuk satu pasukan senior yang buat persembahan. Masing-masing adalah bekas juara semasa zaman persekolahan. Masing-masing dah menjangkau ke usia lewat 30-an. Tapi memandangkan Gayong tetap dihati dan ada yang mengelolakan gelanggang atau paling tidak turun ke gelanggang sekali sekala... maka skil masih mantap.

Masing-masing bergaya sakan sebelum buat pertunjukan. 

Gaya mesti mau ada beb 

Baru nak buat latihan... petang nak buat persembahan. Golongan 41, En Rosman fail. Nak angkat kaki dah tak mampu
Bukak gelanggang... adat gayong

Jumpa guru tua. Hormat. Macam kisah pendekar zaman silam pulak. Selalu tengok kat drama. Tapi sebenarnya realiti pun buat benda yang sama
 Waktu persembahan

Gathering anak gayong Kuala Selangor.  Macam family day plak. Nampak masing-masing happy dan enjoy.

Wednesday, March 5, 2014

Temasya Silat Seni, Senjata dan Warisan Selangor 2014... 1

Hanya beberapa hari berlatih... akhirnya En Rosman hantar 2 team ke temasya Silat Seni, Senjata dan Warisan Selangor yang diadakan di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam Selangor, bersebelahan Masjid Biru Shah Alam. Team Sekolah Menengah Pengkalan Permatang, Kuala Selangor dan Sekolah Menengah Seksyen 4, Kota Damanasara.

Majlis dirasmikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Nampak sporting orangnya. Apa yang menarik di sini ialah... Setanjak yang dipakai ini dinamakan Setanjak Seri Selangor, hasil solekan Tuan Tanpa Nama a.k.a En Rosman.

Orang berbaris... Uwais pun join sekaki. Belakang adalah pelajar Sekolah Menengah Permatang

Gayong Hormat... Khalid salam dengan peserta. Bagus strategy tu. Pasukan lain tak bagi arahan hormat, so Khalid hanya salam dengan ketua kontigen. So berpeluang la budak2 du bersalaman dengan MB.


Semangat Anak Gayong  

Gambar ni diambil daripada website MB Selangor... ada watermark sekali

Tuesday, March 4, 2014

Satu lagi jasa Hospital Taiping... 2

Ibu dapat call dalam pukul 2.58am. Mama kata mak suruh semua balik. So kemas2 barang dalam 3.30am kami bergegas balik Taiping. Tayar pulak dah keluar benang... so kena gerak slow2. Kami sampai ke Taiping sekitar jam 8.30am. Terus tuju hospital.

Menjelang esoknya... berak ayah tak keluar warna merah tapi dah bertukar hitam. Ayah nampak sangat lemah dan sangat sakit.

Kami adik beradik dah macam pelarian berkampung di hospital. Sedangkan rumah ayah dengan hospital dalam 10 minit perjalanan jer...

Bentang tikar... masing-masing dengan bekalan makanan.

Tamm tangah sembang apa ntah. Ibu kemudiannya blah pi cari kedai nak tukar tayar di Kamunting. Nasib baik Ahad ada jugak kedai tayar yang bukak.



 

Budak-budak tau seronok jer. Tak tau kerisauan orang tua.

Jiran-jiran mak Esah yang datang ziarah. Kebetulan masa ni semua kena halau keluar sebab doktor sedang tebuk dada ayah. Tak tau untuk apa. Masing-masing hanya teror math. Biologi hancus...

Satu lagi jasa Hospital Taiping... 1

Tanggal 16 Mac (Ahad) lebih kurang jam 5 pg ayah dimasukkan ke hospital taiping. Berak darah... kata orang Melayu darah hidup. Nak tak nak memang kena bawak juga ayah ke hospital. Nak tahu punca. Ayah dimasukkan ke Wad 18. 

 
Ni surat Kasim mintak daripada pihak hospital. Nak mintak cuti. 

 Mak setia ikut ayah dibawa ke bilik radiografi... kut. Untuk buat CT Scan
 
Hospital lama... tanah luas. Seingat ibu, memang pernah melawat orang sakit di sini masa kecik-kecik dulu. Hospital sekarang bertingkat2. Sini nampak lapang sungguh.

Mak kepenatan. Daripada Sabtu malam sampai Ahad malam tak tido.
 
Semalaman tak tido akhirnya ayah lelap. BP daripada 195 turun ke 145. Alhamdulillah.

Monday, March 3, 2014

Aksi Uwais ke TADIKA

Gaya anak bongsu... semangat nak pergi ke tadika. Tapi sampai je kat sekolah mula meleleh air mata. Bila cikgu ambik masuk ke dalam sekolah dia lari keluar. Bila cikgu hantar naik atas, dia turun bawah. Udahnya ibu kena hantar sampai ke dalam bilik darjah.

Bila ibu kena halau... jadi pesta mengangis. Uwais la jadi kepala. Sampai ke hari ni ikut suka dia la bila dia nak menangis ke tak.

 
 Sebelum gerak daripada rumah bukan main semangat.

Siap beraksi-aksi lagi. Minggu pertama je pakai kasut sekolah... pas tu tengok kawan2 pakai selipar, udahnya sekarang sarung selipar je.

 
 
Muka sedih... nak kena tinggal. Hari pertama dah lupa bawak name tag. Udahnya pakai name tag ibu. Nama tulis UWAIS jer.