Rupanya Sri Pena ni dibuka pada 1991. Lama la jugak. Bila pergi biasanya akan jumpa la muka-muka yang dikenali....
Mini fountain baru ada... sblm ni gonjeng je tempat ni.
Cantik selepas dicat... tapi yang sedihnya ada pokok yang dicabut. Kalau tak teduh la sikit. Kerusi rehat pun tak nampak bayang. Pelampung keselamatan pun tinggal beberapa biji jer...
Pandangan dari pantai... tanah sebelah dah terang. Mungkin akan naik hotel ke lepas ni. Tak le sunyi sangat. Kalau tak kiri kanan gelap.
Kolam penuh. Kali ni dapat bilik bawah... memang paling best. Bukak sliding door, terus terjun. Hanya ada 4 unit sahaja, siapa cepat dia dapat. One more thing, jangan la pergi weekend, memang berebut la.
Hari terakhir, Uwais masuk kolan daripada jam 8 pagi sampai tengahari nak balik.
The best thing about tempat ni ialah, check in time jam 4, check out time pukul 2... sempat la nak prepare lunch
5 kaki... ceh ibu tak jejak kaki kut. Memang pakai pelampung la
Mana la tempat yang u all boleh berendam sampai tengah malam... sini jer. Malam pertama kurang orang... esok malamnya kolam penuh macam siang.
Ibu maleh nak masuk kolam.... tapi tak tahan iman jugak. Malam orang tak perasan sangat kita kan kan kan
Aktiviti mandi malam ni seronok, bila penat naik atas terus lena...
No comments:
Post a Comment