Thursday, April 4, 2024

Ziarah Mak Lang Timah Di Taiping

Tanggal 11 Oktober 2023, balik dari ziarah Mak Esah dan Pak Hashim di Sungai Petani kami singgah ziarah Mak Lang Timah di Taiping.

Alhamdulillah lepas jatuh dan patah tulang pelvic, Mak Lang tinggal dengan anaknya kalau tak jenuh jenuh la nak ikut Google Map pergi rumah Mak Lang di Kampung. 

Kalau ikut cerita Mak Lang, 5.15am mop lantai sebab belum masuk subuh. Akhirnya,  terpeleot jatuh. Benda nak jadi.

Sebenarnya Mak Lang on and off masuk hospital. Sebelum ni patah tulang kaki. Kos besi sahaja RM4600. Yang patah tulang pinggul ni kos RM2400 (tak ingat nilai yang tepat). Tu tak kira masuk hospital sebab masalah paru-paru, banyak kali juga.

Ini gambar mak lang keluar hospital lepas masalah paru-paru.

Ni gambar masa sambut menantu baru selepas anak lelakinya kematian isteri akibat kanser payudara.

Masa ziarah sempat ibu video call Mak Esah dan Pak Hashim.

Beli makanan daripada Kedai Mak Leha, mama belanja. Sarapan kat.

Mak Lang ada masalah pendarahan usus 3 minggu lepas ziarah.

Pembedahan tak berjaya sebab doktor tak jumpa punca. Akhirnya dipindahkan dari Hospital Taiping ke Hospital Alor Setar. 

Gambar Pak Teh Harun ziarah Hospital Alor Setar. 

Setelah hampir dua minggu berada dalam keadaan koma, Mak Lang pergi mengadap ilahi.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosa Mak Lang.

اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعفعنها






Sunday, November 12, 2023

Bawa anak-anak silat ke Bagan Lalang selepas Kejuaraan Silat Remaja Selangor

Tanggal 9-11 Nov 2023, En Rosman bawa anak-anak silat menyertai Kejohanan Remaja Sekolah-sekolah Peringkat Negeri Selangor yang diadakan di Sepang.

Majlis penutup

Parents dan sebahagian anak-anak yang tinggal. Beberapa yang lain balik awal.

Saru-satunya wakil yang menghadiahkan pingat.

Matahari masih kelihatan... sekitar 5pm.

Air pasang perlahan, 26 Rabiulawal. 

Sekali sekala anak-anak keluar bersama kawan seronok bukan kepalang.

Keadaan pantai sekitar 6.40 petang. Memandang maghrib 6.58, matahari dah hampir tenggelam..

Ibu hanya ambik gambar auto sebab tak pandai ambil gambar pro. Kalau nak banding gambar dengan realiti, jauh sangat antara ciptaan Allah dan keupayaan manusia. 

Sekejap sahaja air pasang, menjelang maghrib air sudah mula surut. 

Wednesday, April 12, 2023

BHJ3661 Akhirnya dilepaskan... Semoga pemilik baru menjaganya dengan baik

Sejak gearbox rosak, Toyota Unser ni dah tersadai tidak bergerak.

Patah tumbuh, hilang berganti... pepatah Melayu. Zaman ini mana ada lagi ungkapan begitu pada bait bahasa kita. Sekarang masing-masing menggunakan bahasa yang senang faham, straight to the point.

Pandangan belakang. Tiada cacat celanya.
 
Kunci pun dah jem...

Payah juga nak naik. Tayar dah melekat ke tar.

Akhirnya berjaya meluncur selepas ditarik. Nampak masih gagah perkasa. Banyak jasa dan memori yang tercipta kala bersamanya.

Sayup-sayup pandangan melihat dia pergi.

Ini Abang Runner yang akan bawa kereta ini ke Negeri Sembilan. 

Wednesday, March 29, 2023

Merasa Makanan Eksotik di Bandar Sabak Bernam

Cuti sekolah lepas bawa Uwais ke Sabak Bernam memandangkan dia kebosanan tak ke mana-mana.  Pusing-pusing di bandar untuk cari makan tengahari, kami singgah di kedai makan majlis yang tidak jauh daripada stesyen bas.

Memandangkan En Rosman sekarang sangat memilih makan agak sukar nak cari menu yang ngam dengan tekak dia. 

Alhamdulillah kedai makan ni sediakan makanan yang dia nak makan. Kedai sebelah pula jual sizzling mee. Minuman pula kami pilih ABC dan lai chee kang.

Kami pilih menu ni untuk makan tengahari:
1. Masak lemak telor manyong
2. Telur sotong pedas 
3. Pais hati ikan pari
4. Ikan manyong masak asam
5. Sambal tempoyak berulamkan pucuk gajus.
 
Uwais mana la reti nak jamah makanan ni. Seperti biasa dia akan makan ayam.

Ibu pertama kali makan telur sotong semata-mata macam ni. Selalunya makan telur yang dalam perut sotong je. Ada rasa bijik-bijik sikit tak macam telur dalam perut sotong yang teksturnya licin.  En Rosman kata berbijik macam tu sebab telur tu da matang. Patutlah...

Telur manyong ni selalunya ibu akan buat kari atau asam pedas. Tapi dah lama tak masak telur manyong ni, anak-anak tak minat, harga pula makin mahal... Almaklum sekarang kami dah masuk golongan B40, dah bukan M40 lagi.

Pais ikan pari ni pun kali pertama ibu makan. Selalunya Mak Esah akan masak lada hitam macam masak kurma (tak tahu apa nama masakannya). 

Masak pais ni, pada ibu, mengurangkan rasa hati pari berbanding masak Mak Esah tu yang  hati parinya "sangat mendalam" rasanya. Risiko makan hati pari ni kadang-kadang ada bahagian yang rasa pahit memandangkan dia berdekatan hempedu, mungkin terkena hempedu yang pecah. 

Teringat tentang satu hadis sahih bahawa Ahli Syurga nanti akan disambut dengan makanan pertama iaitu sepotong hati ikan.  Ia adalah hati ikan yang bersaiz besar, sesetengah ulama mengatakan hati ikan paus. Tetapi kalau ikut saiz ikan pada zaman dahulu, tuna dan ikan pari juga bersaiz besar. Cuma sekarang ni saiz mereka makin mengecil akibat aktiviti penangkapan ikan hingga ikan-ikan tersebut tidak sempat membesar kerana sudah ditangkap. Semoga Allah swt memilih kita untuk menikmati hati ikan di syurga kelak. Amin.

Friday, March 17, 2023

Uwais Keseorangan @ Tasik Shah Alam

Cuti sekolah Uwais tak ke mana-mana. Abang Hakeem balik sekejap sahaja lepas tu terpaksa kembali semula ke JB untuk jalani latihan praktikal di Johor Port.

Uwais yang kebosanan ajak ibu jalan-jalan ke 1 Utama. 

Uwais: Ibu jom la jalan-jalan p 1U.
Ibu: Adik, tempat macam tu mana la ada orang tua p.
Uwais: Uwais tengok ada je orang tua yang jalan-jalan kat sana.
Ibu: Adik, agak-agak jiwa depa tu sama tak dengan jiwa Ibu?
Terus Uwais terdiam...

Akhirnya, bila Ibu kena hantar En Rosman meeting di Shah Alam, Ibu bawa la Uwais ke Taman Tasik Shah Alam. Layan la dia yang terpaksa buat aktiviti sorang-sorang.

Tempat nostalgia ibu zaman belajar kat UiTM Shah Alam zaman 90-an tapi sekarang dah banyak berubah. 

 
Ada banyak juga mainan untuk anak-anak 15 tahun ke bawah.

Boleh pusing-pusing. Pening la jgk

Ada reel, tapi macam ketat je atau berat terlebih muatan. So, kena ikut laluan alternatif. 

Mengelat. Ibu suruh dia jalan atas tali. Gayat.

Kebetulan ada bot lalu...

Ada jambatan gantung. Mula-mula tu gayat tapi kemudian dah OK.

Last posing kat menara ni. Ibu hanya ambil gambar dari bawah.

Uwais dah 'usha' Wet World. Nanti-nantilah ke sana beramai-ramai baru seronok.

Monday, September 19, 2022

Berakhirnya Hayat Innova WUA9649

Setiap yang namanya makhluk akan ada penamatnya. Kalau ikut tempoh pinjaman, loan tamat 2023 tapi ibu settlekan awal tapi tak la dijangka perkara seburuk ini akan berlaku.

Gambar diambil pada malam kejadian. Saat sambutan Aidil Adha dan tarikh sembelihan korban masih berkuat kuasa...

Masa kejadian En Rosman bersama sahabatnya, Man Sabak. Masa dia masuk ke rumah adalah menjelang subuh. Dia kata,
"Innova accident. Mungkin total loss". 
Tapi ibu nampak condition En Rosman dengan kawannya dalam keadaan baik, tak ada sebarang luka. Macam tak percaya pula sehinggalah dia tunjuk gambar. Masya-Allah...

Gambar di workshop. 

Masa tengok live keadaan Sang Innova, syahdu rasa hati. Banyak jasa dia pada keluarga Pak Rosman.

Kena serah semua dokumen kepada insurans untuk dapatkan cash setelah didapati kos baiki lebih tinggi atau "beyond economic repair".

Nama pada geran masih nama bank. Memandangkan tak tukar lagi, kenalah ibu ke Padang Jawa untuk cop "DIBATALKAN" walapun bagi statement bank loan payoff, pihak insurans masih perlukan cop tu. 

Kalau ikut staf bertugas RM akan dimasukkan ke akaun ibu dalam tempoh sebulan atau mungkin awal sedikit. So, tunggu je la...

Sunday, September 18, 2022

Pertandingan Peringkat Kebangsaan

Bertuah anak-anak silat tahun ni ada pertandingan Peringkat Kebangsaan walaupun dari segi persediaanya sangat minimum sebab lepas PKP, kelas silat baru bermula pada bulan Jun.

Kali ni pertandingan ni bukan silat olahraga atau seni. Ia adalah pertandingan persembahan pelajaran gayong yang dilakukan secara ganda.

Tak banyak gambar yang diambil sebab hari pertama pertandingan ibu dah demam teruk, hari kedua lebih teruk lagi.

Team remaja daripada SMAKL.

Hari kedua ni ibu dah memang dah tak larat langsung. Bila rasa tak sihat, telan panadol. Berjasa juga tikar oren KOOP-NSTP, senang parents nak cari port PANDAWA 5.

Satu-satunya pingat yang dimenangi. Alhamdulillah penguat semangat. 

Bagi anak-anak lain, terus lakukan yang terbaik.