Wednesday, March 29, 2023

Merasa Makanan Eksotik di Bandar Sabak Bernam

Cuti sekolah lepas bawa Uwais ke Sabak Bernam memandangkan dia kebosanan tak ke mana-mana.  Pusing-pusing di bandar untuk cari makan tengahari, kami singgah di kedai makan majlis yang tidak jauh daripada stesyen bas.

Memandangkan En Rosman sekarang sangat memilih makan agak sukar nak cari menu yang ngam dengan tekak dia. 

Alhamdulillah kedai makan ni sediakan makanan yang dia nak makan. Kedai sebelah pula jual sizzling mee. Minuman pula kami pilih ABC dan lai chee kang.

Kami pilih menu ni untuk makan tengahari:
1. Masak lemak telor manyong
2. Telur sotong pedas 
3. Pais hati ikan pari
4. Ikan manyong masak asam
5. Sambal tempoyak berulamkan pucuk gajus.
 
Uwais mana la reti nak jamah makanan ni. Seperti biasa dia akan makan ayam.

Ibu pertama kali makan telur sotong semata-mata macam ni. Selalunya makan telur yang dalam perut sotong je. Ada rasa bijik-bijik sikit tak macam telur dalam perut sotong yang teksturnya licin.  En Rosman kata berbijik macam tu sebab telur tu da matang. Patutlah...

Telur manyong ni selalunya ibu akan buat kari atau asam pedas. Tapi dah lama tak masak telur manyong ni, anak-anak tak minat, harga pula makin mahal... Almaklum sekarang kami dah masuk golongan B40, dah bukan M40 lagi.

Pais ikan pari ni pun kali pertama ibu makan. Selalunya Mak Esah akan masak lada hitam macam masak kurma (tak tahu apa nama masakannya). 

Masak pais ni, pada ibu, mengurangkan rasa hati pari berbanding masak Mak Esah tu yang  hati parinya "sangat mendalam" rasanya. Risiko makan hati pari ni kadang-kadang ada bahagian yang rasa pahit memandangkan dia berdekatan hempedu, mungkin terkena hempedu yang pecah. 

Teringat tentang satu hadis sahih bahawa Ahli Syurga nanti akan disambut dengan makanan pertama iaitu sepotong hati ikan.  Ia adalah hati ikan yang bersaiz besar, sesetengah ulama mengatakan hati ikan paus. Tetapi kalau ikut saiz ikan pada zaman dahulu, tuna dan ikan pari juga bersaiz besar. Cuma sekarang ni saiz mereka makin mengecil akibat aktiviti penangkapan ikan hingga ikan-ikan tersebut tidak sempat membesar kerana sudah ditangkap. Semoga Allah swt memilih kita untuk menikmati hati ikan di syurga kelak. Amin.

No comments:

Post a Comment