Wednesday, October 13, 2010

AKAUN BANK RAKYAT

Tanggal 8 Oktober, beramai2 pakat pi Bank Rakyat Damansara Uptown. Fikir banyak options:
1. Pelaburan amanah
    - Kak Long dah boleh buka akaun pelaburan Amanah Saham Remaja. OK
    - Kak Ngah & Hakeem boleh buka akaun Amanah Saham Didik. Tapi kena tengok kalau ada saham yang terapung sebab fund untuk ASD telah habis dibeli. KO
    - Uwais langsung tak layak. KO
2. Tabung Haji
    - Akaun boleh dibuka di Bank Rakyat... tapi
3. Akaun Nuri
    Kak Long dan Kak Ngah dah buka buku akaun semasa di sekolah tahun 2009. Tapi masih belum ambil buku akaun. So tak payah lagi menghadapi proses buka buku yang ambil masa lama untuk dibuat.
    Hanya buka akaun baru untuk Hakeem dan Uwais.

Keputusan: buka akaun Bank Rakyat. Islamik jugak.

Dapat banyak la pulak free gifts. suka la budak2 tu..

Lepas ni masing2 kena la pandai berjimat. sapa nak banyak duit masuk dalam akaun, simpan la duit belanja. Bagi ibu RM30 akan dapat tambahan RM20 untuk masuk dalam simpanan.... SELAMAT MENYIMPAN!!!

Nota: Sekali masuk dekat RM1,000 kena la kongsi2. Itu baru 4 beradik... kalau lagi ramai, RM1,000 pakat la bahagi sorang sikit... kui kui

 

Anak dara mak Besah

Ni la 2 orang anak  dara mak Besah.

1. Nur Rabiatul Adawiyah
31.3.1997
5.32 am
2.80 kg

2. Nur Sayyidah  Nafisah
13.4.1998
8.20 pm
3.60 kg

Lihatlah hasilnya sekarang 2010

tapi gemok sikit la....




Polis rondaan... Kes Aminulrasyid

"Sebelum itu, seorang sarjan dari ibupejabat polis Shah Alam memberitahu mahkamah bahawa biasanya setiap anggota yang menjalankan tugas rondaan akan diberikan 100 peluru 9mm untuk sub-mesingan Heckler & Koch MP5.

Saksi itu berkata anggota polis diwajibkan membawa empat kelopak yang masing-masing berisi 25 peluru."


Ada sesuatu yang mengerunkan daripada kenyataan di atas. Polis yang membuat rondaan malan diwajibkan membawa 100 butir peluru.

Ada berani ka, kalau jumpa polis rondaan malam lepas ni???

Sure dalam kepala ingat tentang perkara ni

Monday, October 11, 2010

Kelapa sawit vs rumah sewa

1 ekar tanah = 43560 kaki persegi.

Keluasan tanah 1.25 ekar. Anggap 0.25 ekar tu untuk parit (kongsi dengan Hambali) dan jalan (kongsi dengan Mastor). Maka, keluasan yang boleh diguna adalah sekitar 1 ekar sahaja.

Kelapa sawit
Modal anak pokok RM10 x 75 pokok = RM750
Upah tanam RM2.5 sepokok x 75 pokok = RM 187.5

(dalam tempoh 3 tahun pertama: tiada hasil diperoleh. baja dan racun menjadi modal yang perlu ditanggung)
Racun + baja + upah = RM100 sebulan. 3 tahun = RM3,600
Jumlah = RM4,537.50.

Hasil diperoleh selepas 3 tahun sekitar 0.8 tan (pokok muda) hingga 1.5 tan (pokok matang: 6-15 tahun).
Harga naik turun bergantung kepada harga pasaran antara RM350 setan hingga RM600 setan. Anggapan pendapatan setiap 21 hari ialah minimum RM280 hingga maksimum RM900.
Andaian: harga dan upah baja dan racun sudah diambil kira.

Rumah Sewa
Biasanya memerlukan modal yang lebih besar. Kerja tanah, bangunan & cat, wiring, saliran, kumbahan & najis dan jalan memerlukan modal yang agak banyak.
Anggaran
Kerja tanah RM2,000
Bangunan & cat RM40,000 (4 rumah sederet)
Wiring RM4,000
Saliran, kumbahan & najis RM4,000
Jalan RM2000
Jumlah RM52,000

Wow! boleh ke impian ni tercapai? mana nak dapatkan sejumlah wang sebanyak itu? FIKIR...


Pulangan? Tempoh pembinaan makan sehingga rumah sedia diduduki sekitar 2 bulan. Selepas itu insyaallah bayaran sewa sudah boleh diperoleh.

So, sekarang sedang buat kertas kerja projek ini. Masih ada masa sekitar 2 bulan sehingga tamat tempoh perjanjian mulut dengan Micheal yang menyewa tanah selama 4 bulan untuk tanaman labu dan  kundur. Semoga ALLAH merestui. Amin.

Menebang pokok kelapa di tanah TANJUNG KARANG

Tujuan asal menebang pokok kelapa yang memberikan hasil sekitar RM100++ sebulan adalah:

1. Menanam kelapa sawit yang dikatakan memberikan hasil yang lebih baik kerana harga pasaran lebih tinggi iaitu minyak masak untuk tujuan domestik dan eksport. Berbanding pasaran kelapa yang lebih menjurus kepada pasaran tempatan iaitu santan, walaupun ada industri santan kotak tetapi penerimaan masyarakat masih belum cukup tinggi memandangkan bekalan santan perahan biasa dan kelapa parut masih mudah diperoleh.

2. Mengelak pertelingkahan antara Lek Mar dan Cik Nor. Lek Mar mahu supaya tanah kebun Tg Karang ini diserahkan terus kepada waris Mak Kasinah memandangkan embah Gunung telah meninggal dunia. Cik Nor pula masih ingin membolot hasil kebun ini. Daripada hasil kait kelapa yang diperoleh adalah sekitar RM800 + RM 272 yang diserah untuk tempoh hampir setahun selepas Embah Gunung meninggal, sangat2 tidak berbaloi.

3. Mastor ingin mendirikan rumah untuk keluarganya. Memandang pada usia lebih 40 tahun dengan bilangan anak yang semakin bertambah tetapi masih belum memiliki kediaman sendiri (masih menyewa)... Rosman sangat prihatin dan ingin membantu memudahkan dia menggunakan tanah yang ada untuk tujuan murni, menyediakan rumah sendiri untuk keluarganya.

Maka perancangan demi perancangan Rosman & Habsah buat... untuk merialisasikan hasrat kami sendiri pula menggunakan tanah sekangkang kera ini untuk kepentingan keluarga semoga dengan pulangan yang bakal diperoleh membolehkan kami menyumbang kepada ISLAM.

PERINGATAN: Fikir Sebelum Buat

Masa nak melakukan sesuatu... fikir dulu perkara-perkara dibawah

1. Dah tanya ibu, ayah belum?
2. Apa yang ibu, ayah akan rasa kalau mereka tahu tentang perkara ni kemudian nanti?
    a. puji
    b. tak peduli/ tak kisah
    c. naik angin
3. Apa kesan perbuatan yang akan dibuat kepada orang lain?
    a. tiada kesan
    b. juga akan kena marah
    c. mendapat hukuman yag sama
4. Ini hanya mengira hukum alam... belum dikira mengikut hukum ALLAH... beringatlah

Kadang-kadang perbuatan bodoh kita seorang akan mengakibatkan orang lain menaggung kesan.
Contoh:
1. Tiada sesiapapun dibenarkan sesiapun jumpa kawan2 untuk berjalan-jalan atau pergi makan.
2. Tiada sesiapapun dibenarkan tengok TV selepas jam 12 mlm pada hari cuti
3. Tiada sesiapaun dibenarkan ada akaun facebook
4. Tiada sesiapaun dibenarkan pegang duit lebih daripada RM5

INGAT.


KERJASAMA DIBOLEHKAN TETAPI HANYA KEPADA PERKARA KEBAIKAN SAHAJA.