Monday, October 11, 2010

Menebang pokok kelapa di tanah TANJUNG KARANG

Tujuan asal menebang pokok kelapa yang memberikan hasil sekitar RM100++ sebulan adalah:

1. Menanam kelapa sawit yang dikatakan memberikan hasil yang lebih baik kerana harga pasaran lebih tinggi iaitu minyak masak untuk tujuan domestik dan eksport. Berbanding pasaran kelapa yang lebih menjurus kepada pasaran tempatan iaitu santan, walaupun ada industri santan kotak tetapi penerimaan masyarakat masih belum cukup tinggi memandangkan bekalan santan perahan biasa dan kelapa parut masih mudah diperoleh.

2. Mengelak pertelingkahan antara Lek Mar dan Cik Nor. Lek Mar mahu supaya tanah kebun Tg Karang ini diserahkan terus kepada waris Mak Kasinah memandangkan embah Gunung telah meninggal dunia. Cik Nor pula masih ingin membolot hasil kebun ini. Daripada hasil kait kelapa yang diperoleh adalah sekitar RM800 + RM 272 yang diserah untuk tempoh hampir setahun selepas Embah Gunung meninggal, sangat2 tidak berbaloi.

3. Mastor ingin mendirikan rumah untuk keluarganya. Memandang pada usia lebih 40 tahun dengan bilangan anak yang semakin bertambah tetapi masih belum memiliki kediaman sendiri (masih menyewa)... Rosman sangat prihatin dan ingin membantu memudahkan dia menggunakan tanah yang ada untuk tujuan murni, menyediakan rumah sendiri untuk keluarganya.

Maka perancangan demi perancangan Rosman & Habsah buat... untuk merialisasikan hasrat kami sendiri pula menggunakan tanah sekangkang kera ini untuk kepentingan keluarga semoga dengan pulangan yang bakal diperoleh membolehkan kami menyumbang kepada ISLAM.

No comments:

Post a Comment