Pengalaman ini terjadi diakhir tahun 2006. Apabila mendapat tahu arwah jo (johari) mengidap kanser hati tahap 3. Mann dan Chaq sepakat ingin menolongnya berubat kampung. Isterinya menyatakan bahawa rawatan kimoterapi gagal kerana ubat yang ingin disalurkan ke bahagian hati yang mengalami kanser, tetapi pergi ke bahagian hati yang sihat.
Semasa proses mengubat, arwah dimandikan dengan air bunga di bilik air. Kemudian dia dan keluarga pulang dahulu. Kami pula mengambil peluang bersembang tentang apa yang sebenarnya berlaku terhadap arwah.
Semasa ingin pulang, terasa nak kencing. Makanya, terus masuk kebilik air yang penuh dengan bunga2 yang berselerak selepas arwah mandi.
Dalam perjalanan balik, terjumpa pula satu kemalangan antara sebuah van dengan sekawan lembu. Memandangkan jam adalah sekitar 4am, jalan pula gelap dan lengang. Kami ambil keputusan membantu walaupun telah terlajak. Pusing balik dan berhenti betul-betul bersebelahan van dan lembu yang dilanggar. Keadaan lembu itu memang sedang nazak. Kaki nyonya itu tersepit pada bahagian pedal minyak dan brek.
"Tak apa ke letak keta kat sini. Sakni kena badi lembu tu pulak". Dah tanya dah kat Mann perkara tu.
"Tak apa".
Bermula esoknya dan beberapa hari seterusnya, badan terasa lemah. Mual dan muntah-muntah. Suhu office yang sejuk normal terasa macam di dalam peti ais. Sampai terpaksa pakai sarung tangan. Jumpa doktor, doktor kata metabolisma badan rendah... Kebetulan ada meeting di luar office, sempat berhenti kat tepi jalan untuk muntah. Semasa meeting juga beberapa kali pergi ke toilet... muntah.
Mesti ada yang tak kena. Sama ada:
1. pergi ke bilik air selepas arwah mandi
2. badi lembu....
Setelah berubat kampung, alhamdulillah hilang. Hanya ALLAH yang tahu apa sebenarnya berlaku.
No comments:
Post a Comment