Menyusuri sepanjang Jalan Patai Cenang kami tak menjumpai sebarang tempat meletak kereta. Sepanjang jalan tersebut dipenuhi dengan deretan chalet sehingga lot parking yang disediakan adalah untuk penginap chalet tersebut sahaja. Akhirnya kami menjumpai satu lorong ke dalam di sebelah Waterworld Langkawi.... Rupanya jalan tersebut menuju ke Restoran The Cliff iaitu restoran di penghujung pantai. Haripun dah melunjur ke senja... kebetulan ada kereta keluar. Kami cepat-cepat letak kenderaan dan berjalan menuju ke pantai.
Kat hujung tu adalah restoran The Cliff... memang kat penghujung pantai
Panorama indah ni diserikan lagi dengan 'para-gliding'
Cantik pemandangan matahari terbenam...
Mengekori penerbangan 'para-gliding' meluncur angin
No comments:
Post a Comment