Zaman berubah dan masing-masing menjangkau dewasa. Anak-anak muda sudah tidak lagi menaiki bas, stesyen bas Taiping ni menjadi sangat lenggang dan bas-bas yang kelihatan di situ sudah sangat2 dhaif aka uzur. Hanya lokasi tertentu saja yang disediakan perkhidmatan bas loncat.
Destinasi kami ke situ adalah untuk makan cendol. Dengan rasa yang memuaskan hati, harganya pulak sangat berpatutan. Memandangkan ibu masih kenyang, kami hanya menikmati cendol. Laksa kami tak makan tapi kami tapau apam balik untuk bekalan mak masa dalam wad.
Tengok harga memang boleh balun sorang 2 mangkuk sap-sap soi.
Ucu dan Husna... Uwais kat sebelah tengah bad mood. Maleh ibu nak ambik gambar.
Apam balik... pun murah. Lebih murah daripada kat pasar malam.
Kalau lapaq lagi... memang nak gak sebat semangkuk laksa. Tapi perut kenyang sangat
No comments:
Post a Comment