SMKA ni hanya bersebelahan SMKPP Sek Men Pengkalan Permatang tempat En Rosman mengajar silat pada setiap petang Khamis (2015 telah ditukarkan ke hari Jumaat). Seberang jalan pulak adalah rumah Mak Ngah Hakeem... memang tak jauh, sangat-sangat dekat.
Setelah dapat neck tie... terus cuba. Lepas tu beraksi muka lawak seposen
Taklimat pelajar baru. Daripada seratus lebih panggilan dibuat hanya 60 lebih yang mendaftar. Mungkin yang lain dapat tawaran ke SBP.
Khusyuk mendengar taklimat...
Sebahagian ibu bapa yang hadir. Taklimat terpaksa dibuat di surau sebab dewan sekolah dalam proses baik pulih. Ibu dan ayah cari port kipas ler... panas
Ikrar pelajar baru... biasala akhir zaman ni memang pelajar perempuan lebih ramai daripada lelaki. Kat mana-mana institusi pun sama. Sebab tu peluang lelaki untuk dapat sambung belajar selalunya lebih cerah berbanding perempuan. Tapi dah memang perempuan pandai... kan kan kan
Dalam bangunan asrama...
Rasanya inilah kenangan paling mengusik jiwa... Sempat ibu bawa Abdullah dan Shahmie ziarah Hakeem di asrama. Berkenalan dengan kawan-kawan Hakeem. Syahmie bagi A+ untuk kawan-kawan Hakeem. Sangat friendly dan cepat mesra. Ibu tengok pun terpegun, cara sembang macam dah kenal lama sedangkan baru jumpa pertama kali. Abdullah dan Syahmie lepas ni semangat nak daftar kelas KAA sebab nak melanjutkan pelajaran di SMKA waktu tingkatan 4 nanti.
Ibu doakan kejayaan buat kalian. Amin
No comments:
Post a Comment