Tuesday, February 17, 2015

Selain berenang... mula berjinak dengan memanah


Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1317.
Dari Salamah bin Akwa' r.a., katanya: Nabi s.a.w. melalui satu kaum dari suku Aslam. Mereka berlumba memanah. Lalu Nabi s.a.w. bersabda: "Panahlah hai Bani Ismail! Nenek moyang kamu adalah orang yang pintar memanah. Panahlah! Saya di pihak Bani Polan". Kata Salamah: Salah satu dua golongan itu menahan tangannya (tidak memanah). Rasulullah s.a.w. bertanya: "Kenapa kamu tidakmemanah?" Jawabnya: "Bagaimana kami akan memanah, sedang tuan di pihak mereka!" Nabi s.a,w. bersabda: "Panahlah!Sesungguhnya saya di pihak semua!"

Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 1869. 
Dari 'Uqbah bin Amir r.a. katanya dia mendengar Rasulullah saw. bersabda di atas mimbar: "Siapkanlah untuk menghadapi (musuh) kekuatan apa saja yang kamu sanggupi. Ketahuilah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah ketrampilan memanah. Ketahuilah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah ketrampilan memanah. Ketahuilah! Sesungguhnya kekuatan itu ialah ketrampilan memanah."





Sebenarnya banyak hadis2 sahih berkaitan memanah... tapi tidak semua umat Nabi Muhammad saw berkesempatan untuk melakukannya... sesungguhnya dalam kita mencari sunnah-sunnah Rasulallah saw untuk diamalkan, ingatlah yang termaktub sebagai wajib hendahlah didahulukan.

Peralatan mula-mula yang En Rosman ada. Sekarang insyaallah telah bertambah.

Mula-mula En Rosman berguru di Melaka.

Aktiviti senggang... pantang nampak kawasan lapang

Team tiga sekawan ni... tengah buat sesi latihan. Tangan panjang menjadi kelebihan Shahmi dan Abdullah. Shahmi macam pro jer

Ini Abdullah... cepat belajar. Nampak releks jer. Tapi mengena plak tu

Ini pulak semasa sesi latihan silat gayong di SMKPP Kuala Selangor... Pesanan Cikgu Rosman, kalau training silat tak datang, jangan mimpi nak pegang panah


Selain kekuatan tangan, memanah perlukan daya konsentrasi yang tinggi... ibu tak boleh. Tangkap kepala. Terus migraine.













Sunday, February 15, 2015

MRSM Felda Trolak... bermula sebuah kisah


Pendaftaran MRSM diadakan agak lewat. Kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dibuat serentak.  Lebih mudah, tak perlu buat majlis pendaftaran dan orentasi 2 kali. Kebanyakan pelajar telah pun memulakan sesi persekolahan sama ada di sekolah harian atau sekolah kawalan.  Ada yang datang berbaju MRSM, dan ada juga yang datang berbaju sekolah menengah biasa.  Memang tidak dinyatakan pakaian semasa pendaftaran.

Hakeem terpaksa membuat 'medical check-up' dua kali.  Nasib baik zaman teknologi, just bayar RM20 untuk reprint x-ray. Ini di Hospital Sg Buloh. Mungkin semua hospital kerajaan ada perkhidmatan yang sama.  Cuma tempoh simpanan data tidak diketahui berapa lama.

Pintu masuk MRSM Felda.  Mengikut info yang ibu dapat daripada pihak MARA semasa majlis pembukaan, MRSM ada membuat MOU dengan pihak Felda bagi menyediakan kemudahan pembelajaran (tahap tinggi - my words) kepada anak2 Felda. Pembinaan MRSM ni memakan belanja lebih RM120j. Semasa awal penubuhan 80% pelajar adalah anak Felda tetapi sekarang peratusan anak2 Felda yang dikekalkan di MRSM ini adalah sebanyak 50% dan selebihnya anak2 Felda dimasukkan ke MRSM yang lebih hampir dengan rumah mereka.   

So, next time ibubapa kena pandai la memilih MRSM, kuota anak2 orang awam macam ibu ni dah le tinggal separuh berbanding pilihan MRSM lain. Bagi orang awam cuba elakkan memilih MRSM Felda, MRSM PDRM dan MRSM Kem Trendak (pada ibu la) sebab takut peluang anak2 mengecil disebabkan kes kuota ni.  

Disebabkan tak tahu tentang perkara ni, masa isi borang MRSM ibu pilih MRSM Felda sebagai pilihan pertama atas faktor2:
1. Paling hampir dengan Kota Damansara. Masa waktu interview, sempat bertegur sapa dgn ibu2... memang kes yang sama. Masing2 tinggal area KL
2. Elak daripada lokasi selatan tanah air.  Tak sanggup menempuh jem waktu pergi melawat.

Tapi menurut kata Hakeem ada kawan dia yang memohon MRSM Felda ni tapi ditempatkan di MRSM lain. Alhamdulillah rezki...


K Long sedang menyiapakan adiknya untuk sesi pendaftaran. K Ngah tak dapat join sebab pendaftaran dibuat pada hari sekolah.  Hakeem asalnya nak bersongkok (mengekalkan imej SMKA) tapi En Rosman kata tak payah.  Tapi masa masuk asrama tengok ada senior bersongkok, dia pun terus la bersongkok

Pendaftaran dibuat di dewan besar.  Pelajar2 senior menjadi pembantu guru

Sebahagian proses pendaftaran. Menyemak sijil dan bayaran

Dah dapat neck tie baru
 
 Pandangan depan. Pentas
 
 Sebahagian ibu bapa yang hadir

En Yusof guru homeroom.  Kalau dapat homeroom perempuan biasanya lebih lively. Siap buat group Whatapp lepas tu post gambar aktiviti anak2. Tapi kalau cikgu lelaki ni maleh sikit nak melayan kerenah mak bapak. Ibu cakap ni based on pengalaman di SMKA dan feedback daripada kawan yang anaknya dapat homeroom perempuan.

Tapi setakat ni, masa ada masalah telefon homeroom, cepat je dia ambil tindakan. Lepas jumpa... elok pulak dia Whatapp gambar Hakeem.

Sekarang Hakeem dah dibekalkan telefon bimbit. Alhamdulillah kepada pihak MRSM yang bagi kebenaran kepada anak2 membawa handphone. Walaupun bukan smartphone, yang penting boleh berhubung dengan mudah.

Monday, February 2, 2015

Dari SMK Agama Kuala Selangor ke MRSM Felda Trolak

Alhamdulillah... ALLAH anugerahkan rezeki yang tak terhingga kepada anakanda Hakeem untuk melanjutkan pengajian menengahnya di MRSM.  Memang perkara ni di luar jangkaan.  Sedangkan ibu dah anggap tawaran SMKA adalah yang terbaik buat Hakeem... ibu bagi ruang kepada Hakeem untuk memilih namun sebagai anak2 yang terhad pendedahnnya, dia rasa selesa di SMKA. Ibu tanya Hakeem apa cita-cita dia sebenarnya. Saintis muslim... katanya. Ibu katakan kalau ada niat Hakeem nak menceburi kerjaya sebagai peguam atau akauntan, mungkin SMKA lebih sesuai.

Setelah beberapa hari, rupanya lebih daripada 10 pelajar SMKA yang ditawarkan ke MRSM, jadi Hakeem nampak lebih berlapang dada untuk mengorak langkah ke MRSM...

Antara perkara yang menggusarkan Hakeem ialah:
1. Kekerapan ibu dan ayah melawatnya tidak akan sekerap semasa di SMKA.
2. Bagaimana aktiviti silat dan memanah di MRSM
3. Kekerapan balik bermalam sudah pasti tak sekerap di SMKA.
4. Perlu mengekalkan prestasi sepanjang masa. Hakeem rasa MRSM lebih strict daripada SMKA
5. Takut kawan2 baru tak sekepala seperti kawan2 di SMKA


 Surat tawaran

Alhamdulillah... yuran makan SMKA dapat claim balik. Makanya, duit tu sebahagiannya digunakan untuk yuran pendaftaran MRSM. Selebihnya tidak pula disertakan berapa bayaran barang-barang yang perlu dibeli di koperasi...
Pembayaran yuran MRSM boleh bayar online. Kan lebih mudah dan 'friendly'. Kalau nak bayar kat bank pun boleh... ikut kesesuaian masing2. Pada surat tawaran dah disertakan nombor akaun MARA (rasanya setiap pelajar ada no akaun sendiri untuk urusan bayaran masa akan datang).  Hanya masukkan no KP anak dan selesai. Print slip bayaran dan buat bawa masa pendaftaran.

Temuduga dan ujian UKKM di MRSM Felda Trolak

UKKM adalah ujian Kelayakan Kemasukan MRSM. Agak tinggi juga peratusnya.  Kalau ikut website MRSM, ujian ni carry weightage 55% dan ujian lisan 15%.  Selebihnya pendapatan ibubapa dan ko-kurikulum. MRSM pentingkan sains dan matematik... seterusnya ada ujian yang ibu rasa lebih kurang adik-beradik ujian aptitude atau keperibadian. Yang tu tak tau, sebab tak de soalan bocor. Pelik jugak soalan UPSR pun boleh bocor, soalan UKKM ni tak de la pulak yang bocor...

Mengikut pembacaan ibu, soalan matematik memang mencabar. (Tapi Hakeem as usual... "macamana Hakeem soalan math susah tak?"... "Bolehla...") So bab ni ibu tak tau nak komen, nak kata dia prepare untuk exam tu mamang tak nampak la. Yang pasti masa pergi exam tu Hakeem bawak alat tulis yang lengkap termasuk kertas untuk buat jalan kerja. Masa keluar dari bilik ujian, nampak Hakeem pegang kertas tu, budak-budak lain tak nampak pulak. Kalau harap nak mencongak memang payah ler... 

Semasa membuat permohonan ibu isi borang bersama Hakeem. Siap bukak Google map kat tab sebelah untuk ukur jarak daripada Kota Damansara ke lokasi MRSM.  So, lokasi paling dekat adalah MRSM Felda Trolak. Lagi satu ibu memang cuba elak MRSM kat selatan. Rasa tak sanggup menempoh jemnya pada masa depan nanti... kut-kut dapat. Setakat yang ibu bersembang-sembang masa interview, ibu bapa masing2 datang daripada KL. Mesti kes yang sama... nak MRSM yang dekat

Semasa memohon SBP ibu minta SBP Ulul Albab... akibat tekanan interview yang memerlukan hafalan 10 ayat Al-Quran dalam masa yang singkat, Hakeem fobia nak apply MRSM Ulul Albab. So, tak pa la... ibu bagi ruang Hakeem pilih. Tekan sahaja 'submit' terus keluar tarikh dan masa interview. Senang macam tu, tak payah pening nak tunggu panggilan telefon la bagai.

So ibu ambik peluang ni pergi bersama anak2 sedara... bawak jalan-jalan.

Cara susunan interview nampak sangat smooth. Berbanding 30 tahun dulu, masa ibu tiada ujian oral. Ujian bertulis dibuat di sekolah terpilih dalam daerah. Tapi sekarang semuanya computerised hanya ujian oral.  Ujian oral buat by group, so kena confident dan berani berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Hakeem kata dia ada jugak yang tanya lain jawab lain...


Lokasi interview Hakeem. Pandangan daripada asrama lelaki.

Ni asrama lelaki...
 Wakaf-wakaf disediakan untuk ibu bapa yang datang melawat
Padang... saujana mata memandang. Budak-budak dah meronda sampai ke padang... Sebab dah terlalu bosan. Daripada jam 8.30am hingga 1pm. Lama prosesnya
Berkelah dan sarapan... masing-masing belum mandi lagi sebab lepas subuh dah bergerak.

Cervical Spondylosis... akhirnya ambil 6 jap baru reda sakit

Sejak 2008 ibu telah pergi menjalani physiotheraphy sebab sakit belikat yang menyebabkan ketidak selesaan. Selepas lebih kurang 10 sesi, alhamdulillah sakit berkurangan.

Tapi tak lama lepas tu sakit balik. Terpaksa lagi jalani sesi physio untuk kurangkan sakit.

Ahirnya pada 2011, ibu ke Tropicana Medical Centre. Dr Soong. Buat pertama kali ibu buat MRI... dan memang jelas ibu mengalami penyakit ni. Cervical Spondylosis. Berlaku pertumbuhan tulang tambahan pada C5/C6 dan C6/C7. So on and off ibu terpaksa menjalani sesi physio kalau tengkok, belikat atau lengan sakit.  

 Rasanya tulang ibu hodoh lebih kurang mcm ni la...

Akhir 2014 sakit kembali. Kali ni kat tengkok hingga belikat. Sampai nak bagi salam masa solat punya la siksa. Dalam seminggu, 3 hingga 4 kali kena serang migraine.  Selepas beberapa kali treatment, akhirnya doctor suggest ibu ambik injection. Doctor akan bagi jap sebanyak 6 jap, tapi ibu kena masuk OT, day care sahaja.

Total cost untuk treatment ni mencecah RM7k.  Namun, success rate hanya 70% tapi alhamdulillah setakat ni 80% sakit hilang.
- sehingga sekarang (selepas 2 minggu ni) masih belum kena serangan migraine. Selalunya ibu terbangun jam 2 pagi dalam keadaan kepala yang sangat sakit sehingga terpaksa ambik ubat migraine.
- BP ibu pun insyaallah kembali normal.

Moral of the story dalam kes ibu ialah sakit kat badan kita saling berkait.

Kalau keadaan mengizinkan, dapatlah ibu kembali menjadi penderma darah. Amiiin