Sunday, February 15, 2015

MRSM Felda Trolak... bermula sebuah kisah


Pendaftaran MRSM diadakan agak lewat. Kemasukan pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 4 dibuat serentak.  Lebih mudah, tak perlu buat majlis pendaftaran dan orentasi 2 kali. Kebanyakan pelajar telah pun memulakan sesi persekolahan sama ada di sekolah harian atau sekolah kawalan.  Ada yang datang berbaju MRSM, dan ada juga yang datang berbaju sekolah menengah biasa.  Memang tidak dinyatakan pakaian semasa pendaftaran.

Hakeem terpaksa membuat 'medical check-up' dua kali.  Nasib baik zaman teknologi, just bayar RM20 untuk reprint x-ray. Ini di Hospital Sg Buloh. Mungkin semua hospital kerajaan ada perkhidmatan yang sama.  Cuma tempoh simpanan data tidak diketahui berapa lama.

Pintu masuk MRSM Felda.  Mengikut info yang ibu dapat daripada pihak MARA semasa majlis pembukaan, MRSM ada membuat MOU dengan pihak Felda bagi menyediakan kemudahan pembelajaran (tahap tinggi - my words) kepada anak2 Felda. Pembinaan MRSM ni memakan belanja lebih RM120j. Semasa awal penubuhan 80% pelajar adalah anak Felda tetapi sekarang peratusan anak2 Felda yang dikekalkan di MRSM ini adalah sebanyak 50% dan selebihnya anak2 Felda dimasukkan ke MRSM yang lebih hampir dengan rumah mereka.   

So, next time ibubapa kena pandai la memilih MRSM, kuota anak2 orang awam macam ibu ni dah le tinggal separuh berbanding pilihan MRSM lain. Bagi orang awam cuba elakkan memilih MRSM Felda, MRSM PDRM dan MRSM Kem Trendak (pada ibu la) sebab takut peluang anak2 mengecil disebabkan kes kuota ni.  

Disebabkan tak tahu tentang perkara ni, masa isi borang MRSM ibu pilih MRSM Felda sebagai pilihan pertama atas faktor2:
1. Paling hampir dengan Kota Damansara. Masa waktu interview, sempat bertegur sapa dgn ibu2... memang kes yang sama. Masing2 tinggal area KL
2. Elak daripada lokasi selatan tanah air.  Tak sanggup menempuh jem waktu pergi melawat.

Tapi menurut kata Hakeem ada kawan dia yang memohon MRSM Felda ni tapi ditempatkan di MRSM lain. Alhamdulillah rezki...


K Long sedang menyiapakan adiknya untuk sesi pendaftaran. K Ngah tak dapat join sebab pendaftaran dibuat pada hari sekolah.  Hakeem asalnya nak bersongkok (mengekalkan imej SMKA) tapi En Rosman kata tak payah.  Tapi masa masuk asrama tengok ada senior bersongkok, dia pun terus la bersongkok

Pendaftaran dibuat di dewan besar.  Pelajar2 senior menjadi pembantu guru

Sebahagian proses pendaftaran. Menyemak sijil dan bayaran

Dah dapat neck tie baru
 
 Pandangan depan. Pentas
 
 Sebahagian ibu bapa yang hadir

En Yusof guru homeroom.  Kalau dapat homeroom perempuan biasanya lebih lively. Siap buat group Whatapp lepas tu post gambar aktiviti anak2. Tapi kalau cikgu lelaki ni maleh sikit nak melayan kerenah mak bapak. Ibu cakap ni based on pengalaman di SMKA dan feedback daripada kawan yang anaknya dapat homeroom perempuan.

Tapi setakat ni, masa ada masalah telefon homeroom, cepat je dia ambil tindakan. Lepas jumpa... elok pulak dia Whatapp gambar Hakeem.

Sekarang Hakeem dah dibekalkan telefon bimbit. Alhamdulillah kepada pihak MRSM yang bagi kebenaran kepada anak2 membawa handphone. Walaupun bukan smartphone, yang penting boleh berhubung dengan mudah.

13 comments:

  1. hi just nk tya, mrsm felda trolak dibenarkan bawa telefon bimbit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua mrsm dibenarkan bawa telefon bimbit. Anak saya pun di mrsm felda tingkatan 3

      Delete
    2. Semua mrsm dibenarkan bawa telefon bimbit. Anak saya pun di mrsm felda tingkatan 3

      Delete
    3. Semua mrsm dibenarkan bawa telefon bimbit. Anak saya pun di mrsm felda tingkatan 3

      Delete
    4. Semua mrsm dibenarkan bawa telefon bimbit. Anak saya pun di mrsm felda tingkatan 3

      Delete
    5. Saya nk Masuk mrsm tolonglah sata

      Delete
  2. Sbnrnya pihak mara x melarang utk para pelajar mmbawa telefon bimbit....ianya trpulg kpd pihak maktab utk menetapkan sama ada boleh atau tidak... Namun di MRSM Felda dibenarkan kerana ingin memudhkn para pljr dan mendekatkan lagi diri pljr dgn ibu bapa...namun hanya telefon bimbit biasa shaja yg dibenarkan dan di bwah tggjwb sndri sekiranya berlaku kehilangan.... Sekadar pengetahuan saya shja sbgai beks Badan Wakil Pelajar di MRSM Felda

    ReplyDelete
  3. Berapa pasang pakaian yer di mrsm felda?

    ReplyDelete
  4. uniform - biru dan beige. Jumaat pakai baju melayu putih n songket. Prep hanya dibenar memakai baju melayu atau kurta, tapi boleh pakai seluar biasa. t-shirt n jersy pakai di bilik atau waktu riadah. Bagi pelajar perempuan hanya baju kurung dan bertudung hitam... jubah tidak dibenarkan. mungkin tak mau pelajar terlebih melaram. Outing sekarang pakai t-shirt MRSM dan seluar hitam - tug-in... nampak lebih kemas dan segak berbanding baju batik

    ReplyDelete
  5. Boleh tak kalau nak tukar mrsm sebab anak akak duduk mrsm pendang boleh tukar dok mrsm felda ni dekat sikit dengan rumah
    Boleh guna smartphone ke di mrsm felda

    ReplyDelete
  6. Skrg kebenaran smartfon dah ditarik balik sebab prestasi SPM 2018 merudum. Tapi ada jgk pelajar yang masih bwk... Tentang pertukaran MRSM setahu akak, boleh dilakukan, mungkin boleh tengok kekosongan... rasanya ada sahaja kekosongan. Ramai je pelajar yang volunteer keluar atau yang kena buang atas banyak kes

    ReplyDelete