Tuesday, February 28, 2017

Hobi baru Luqman Al Hakeem... main kuib

Sejak berada di MRSM macam2 pendedahan Hakeem dapat daripada kawan-kawan yang datang daripada pelbagai latar belakang... kalau dulu masa sekolah rendah, Hakeem ada satu buku yang dilukis dengan gambar-gambar alien Ben10 siap dengan power masing-masing.

La ni sibuk minta ibu belikan kiub.  Sampai ada kiub yang kena rampas dengan cikgu... lepas tu malu nak minta balik, ibu juga jadi mangsa belikan yang lain.

Kebetulan jumpa kiub ni. interesting.... dan lain dari yang lain.

Asal macam ni... Ada pulak tu kat DIY.  Tapi cari lagi dah x jumpa lagi.

Susunan perlu mengikut:
1. Saiz
2. Jalur

kira kiub 2-in-1... memang out la ibu
Puzzle akan jadi mcm ni.  Banyak kali jugak terpaksa di buka nak kena pasang balik.
Kalau tengok terkopek tampalan tu menunjukkan da lunyai la yang akhirnya dapat jalan penyelesaian.

Kalau bab mainan memang istiqamah.  Kadang-kadang tengok TV pemain tengok keliling kuib pastu pejam mata buat... rupanya memang boleh.

Tak pa la... baik ibu hafal perkara lain yang sesuai dengan level ibu huhu

No comments:

Post a Comment