Tanggal ini En Rosman komited buat persiapan kejohanan silat sekolah-sekolah. Kem silat berlangsung di pusat kemajuan silat Pendawa Lima @ Puncak Alam.
Maka ibu menggalas tanggung jawab menghantar K Long berkursus di IKBN, Kuala Kubu Baru. Perancangannya ibu pergi seorang. Tetiba Tamm kata nak ikut. Daniel pun tumpang sekaki.
Bengkel 4 hari anjuran MARA... K Long kata sangat membantu. Peserta adalah terdiri daripada pelbagai cabang perniagaan dan peringkat umur.
IKBN terletak di hujung jalan selepas melintasi MRSM Kuala Kubu Baru dan Youth Asia Camp. Di tempatkan di asrama yang terletak di atas bukit. Memang cantik.
Daniel ambil kesempatan ikut ibu... jalan2. Walaupun tak jalan2 apa pun. Masa lebih banyak diluang di atas kereta. Guna WAZE pun sesat barat ...
Qistina yang tak banyak merengek. Happy je
Dari KKB, kami bergerak ke Slim River, baby sorang kat MRSM tu suruh belikan sabun pulak... macam la tak ada koperasi kat sana. Singgah cari KFC untuk menjamu selera dengan Hakeem. Sampai hampir sana menjelang waktu asar. Kebetulan nak balik hujan selebat2nya.
Selepas Slim River kami bergerak ke Felda Trolak Timur untuk ziarah pak ngah Udin. Pak ngah Udin baru balik dari Perlis, berubat di sana. Kalau kami datang awal dua tiga hari, memang tak ada rezeki berjumpa.
Mak ngah siap kirim ubat untuk Pak Hashim. Bagi lagi anak-anak pokok daun sup untuk kami angkut bawak balik.
No comments:
Post a Comment