Dalam perjalanan kami menempuhi kawasan Empangan Ampang Pecah. Kesan lama tak hujan sehingga paras air menjadi cetak. Dari jauh kami lihat terdapat laluan motorsikal turun sehingga ke kawasan tanah merah yang sepatutnya tenggelam di dalam air tasik.
Jauh nun ke dalam. Nasib baik la kawasannya teduh dan redup. Perjalanan adalah sekitar 300 meter... Semasa lalu ada juga pelancung-pelancung yang melintasi kami yang jalan dengan perlahaaaannn. Nak ke sana, jangan sampai ada barang yang tertinggal, jauh tu nak patah balik.
Terserempak air terjun. Scary. Tempat ni memang tak ada orang yang mampu mandi sebab sangat curam jauh ke bawah. Nak himpit ke tepi pun tak berani terutamanya En Rosman yang kaki gayat.
Akhirnya sampai... Sangat bersih dan terjaga.
Disediakan tandas dan surau. Nampak sangat dhaif. The good thing is, ia menggunakan kuasa solar untuk tenaga letrik.
Tempat pendaftaran. Pihak pengurusan akan minta senarai nama dan setiap nama dikenakan bayaran RM1.
Kami pilih lokasi yang boleh berenang. Cuma tak la dalam sangat... Ibu memang tak plan nak mandi. Pakai skirt lagi.
Happy sangat. Sebenarnya kami sampai hanya boleh berada di sana sehingga jam 2 petang. Perjalanan perlu diteruskan. Mula-mula hantar K Long ke IKBN Kuala Kubu Baru, Lepas tu perlu meneruskan perjalanan ke MRSM Slim River dan seterusnya hantar K Ngah ke Simpang Pulai.
Ibu hanya sediakan bekalan simpel.. makaroni cheese, salad + nugget + frise, kacang kuda rebus bersama jus oren. Kenyang jugak.
Gambar ni ibu ambil sebab tengok ikan yang banyak. Uwais terjun depa lari, lepas tu datang semula. Memang banyak ikan. Bagi mereka yang nak bagi makan ikan, makanan ikan boleh dibeli... tapi ikan2 ni makanan biasa yang ibu bagi depa tak mahu pulak.
No comments:
Post a Comment