Thursday, December 27, 2018

Majlis Khatan Uwais anjuran BH 2018

Uwais memang sudah pasti akhir 2018 dia akan dikhatankan... kali ni En Rosman pilih untuk menggunakan kaedah lazer.  Pengalaman menggunakan kaedah smart clamp masa Hakeem tidak begitu memuaskan hati.  Kali ni nak pengalaman kaedah laser walaupun akhir-akhir ini banyak cerita "terputus" yang bertebaran di internet.

Kali ini pula, En Rosman tak mahu lagi terlibat dengan majlis khatan beramai-ramai seperti masa Hakeem - katan beramai-ramai di Masjid Negara.

Asalnya hari Selasa 4 Disember 2018 Uwais da beratur di Klinik tapi bebab terlalu ramai orang doktor minta datang semula pada petang esok.

Memandangkan BH ada buat majlis khatan beramai-ramai bersama anak-anak asnaf dan masih ada kekosongan, ibu tanya Uwais sanggup ke nak tunggu sehingga 9 Disember 2018. Dia kata "boleh". So, ibu pun join walaupun asalnya tak mahu terlibat dengan majlis khatan beramai-ramai.

Inilah perjalanan Uwais...

 Muka masam... berdebar-debar.

Pakai baju Melayu... simple.

 Respect dengan anak-anak kecil yang berani. 


Sebahagian aktiviti memeriahkan majlis... menghilangkan debaran anak-anak.

Agen Ali pun turut beramah mesra dengan anak-anak.


Baratur setelah dibawa menaiki jip mengelilingi kawasan. sekitar 5 minit. 

Datuk Seri pun hadir memeriahkan majlis.

Uwais... dapat no 44 berbanding 50 peserta. Inilah kesan akibat sampai lewat.  Pegawai perubatan didatangkan khas daripada KPJ.


Dapat sponsor kain pelikat.  Sebenarnya warna yang dipilih macam warna ayah-ayah... taste En Rosman.  Sebenarnya ada kain pilikat versi remaja dengan warna yang lebih striking. Tapi tak pe la barang free... cuma untuk anak-anak, warna terang lebih sesuai rasanya.

Proses agak lama... masing-masing muka bosan. Jam menunjuk ke angka 12 tengahari. 

Bius tak bertahan lama... dalam perjalanan dah terasa pedih luka. Menangis sepanjang jalan sampai terpaksa bagi ubat tahan sakit masa dalam kereta. Nasib baik Uwais dah makan tengahari.  Tidur sampai jam 8 malam. Sampai kena kejut.

Alhamdulillah perjalanan proses berkhatan Uwais berjalan lancar. Terima kasih pihak BH.  Rezeki Uwais... berkhatan dengan kos yang sangat minimum iaitu RM50.  Pihak pegawai perubatan pun senang dihubungi bagi tujuan rujukan untuk masalah berbangkit.

Perbandingan peribadi smart clamp berbanding laser:

Smart clamp tiada masalah menjaga dalam tempoh 5 hari sehingga ianya dibuka.  Tiada masalah luka atau kencing. Hakeem langsung tak mengalami kesakitan selepas khatan. Kami memang tidak dibenarkan memberi sebarang air gamat atau apa-apa ubat selain antibiotik yang disapu. Dalam tempoh ini, ibu memang tak langsung melihat keadaan kemaluan Hakeem.  Cuma selepas clamp tu dibuka, luka Hakeem masih belum sembuh. Darah fresh menitik-nitik. Agak banyak. Kami pula tak diberi no telefon pegawai perubatan untuk dirujuk.  Selepas itu baru Hakeem diberi minum air gamat. Alhamdulillah 2 minggu sembuh.

Bagi kaedah laser Uwais pula, tiada sebarang balutan dibuat. Benang jahit disolve sendiri jadi tak perlu berulang berjumpa pegawai perubatan. Uwais menangis (dengan kadar yang kuat) selepas bius habis disebabkan pedih. Berlaku bengkak pada bahagian jahit yang agak teruk. Selain antibiotik, ibu bagi air gamat dan ubat bengkak.  Khatan hari Ahad... Jumaat dah turun bawah dengan kain pelikat. Hari Sabtu dah pergi kenduri, walaupun masih ada kesan bengkak tapi tiada kesakitan.... so generally, ibu prefer laser sebab cepat baik.



No comments:

Post a Comment